Search This Blog

Sunday, May 6, 2018

Sistem 2 Parti akan kuburkan Hak-hak Sabah

KOTA KINABALU - Rakyat Sabah harus waspada dengan hasrat mempromosikan sistem 2-Parti, Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, dan dengan kempen mereka bahawa PH adalah satu-satunya pilihan untuk rakyat Sabah, kata Parti Solidariti Tanahairku (STAR).

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden. STAR, menyatakan dalam satu stetmen di sini bahawa rancangan mewujudkan sistem dua parti ini akan menghapuskan Hak Sabah.

“Walaupun terdapat faedah dalam sistem 2-Parti, rakyat Sabah harus sedar bahawa memandangkan Malaysia adalah persekutuan 2-peringkat, sistem 2-Parti tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pada peringkat pertama, Malaysia adalah sebuah persekutuan sekarang 3-wilayah, Malaya, Sabah dan Sarawak, sementara di peringkat kedua, Malaya adalah sebuah persekutuan terbentuk dari 11 negeri.

“Tiada satu pun daripada 11 negari di Malaya yang sama taraf dengan Sabah dan Sarawak dari segi hak dan pangkat, apa lagi dari segi saiz,: kata Dr. Jeffrey. “Dalam peta rasmi Malaysia, Malaya nampak lebih besar dari Sabah dan Sarawak, tetapi ini adalah terbalik daripada yang sebenarnya. Sarawak hampir sama besar dengan Malaya manakala Sabah lebih besar daripada 6 negeri di Malaya dan 90 kali daripada saiz Perlis.”

Dr. Jeffrey mengulangi peringatan beliau bahawa meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai negari ke-12 dan ke-13 di Malaysia adalah satu pembohongan, sesuatu yang bermaksud bahawa kita adalah negeri-negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaya yang dinamakan semula sebagai Malaysia.

Jelasnya, jika sistem 2-Parti ini ditubuhkan sepenuhnya di Sabah, hak istimewa dan keistimewaan Sabah akan dikuburkan di dalam sistem 2-Parti dan tidak akan ada lagi peluang untuk dipulihkan.

“Hak-hak Sabah di Malaysia sudah pun dipersetujui sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Terdapat hak dan keistimewaan yang khusus untuk Sabah dan Sarawak dan yang tidak boleh didapati di 11 negari lain di Malaya. Hak tersebut termasuk, imigresen, bahasa, agama, hak hasil pendapatan dan kuasa veto di Parlimen serta perlindungan berhubung dengan perubahan Perlembagaan Persekutuan. Tiada hak dan keistimewaan seperti ini diberikan kepada 11 Negeri di Malaya,” Dr. Jeffrey menekankan.

“Jika sistem 2-Parti ini diamalkan sepenuhnya, wakil-wakil Sabah dalam kedua-dua parti politik dalam sistem 2-Parti akan menjadi minoriti kecil dan tidak akan dapat mempengaruhi apa-apa keputusan dalam mana-mana perbincangan parti.”

Katanya, ini samalah dengan apa yang telah dikatakan oleh allahyarham Tan Sri Adenan sewaktu menjadi Ketua Menteri Sarawak, bahawa dia “perlu kekal di luar dan tidak berada di dalam Umno kerana di dalam Umno dia akan menjadi suara minoriti dan akan kalah dalam mana-mana pengundian. Oleh itu, beliau tidak akan dapat melindungi atau mempertahankan kepentingan Sarawak.”

Maka Dr. Jeffrey yakin bahawa pilihan yang terbaik untuk melindungi dan mempertahankan hak dan keistimewaan Sabah ialah dengan terus berada di luar sistem 2-Parti, tetapi tetap juga berusaha dan bekerjasama untuk membentuk kerajaan Persekutuan. Dan, katanya lagi, jika Sabah tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan, maka ia sepatutnya menjadi kerajaan negeri yang berautonomi penuh tetapi berdiri teguh berdepanan menghadapi kerajaan Persekutuan sebagai rakan kongsi samataraf dan tidak  tunduk kepada tuan politik mereka di Malaya.

”Sebagai contoh yang jelas, sekarang Umno Sabah tidak mempunyai kedudukan untuk melindungi hak dan keistimewaan Sabah dan tidak berkuasa untuk menuntut pelaksanaan hak-hak Sabah melainkan mereka bersedia untuk dikeluarkan dan digantikan oleh wakil lain. Mereka perlu mengikut keputusan dan kehendak parti yang tidak konsisten dengan hak-hak Sabah,” tambah Dr. Jeffrey.

“Ini sedang berlaku dalam kes ‘royalti minyak’ atau bayaran tunai 5% di mana kerajaan Sabah tidak dapat bersuara menuntut supaya 5% itu ditingkatkan kerana mereka terpaksa sahaja menerima keputusan TIDAK BOLEH DINAIKKAN dan yang menghina dari  kerajaan Persekutuan. Begitu juga, “BN Sabah tidak berdaya menuntut hasil bersih 40% untuk dikembalikan atau untuk menguatkuasakan pelaksanaan RCI mengenai pendatang tanpa izin. Sekiranya Umno Sabah mahu membentangkan perkara ini dalam perhimpunan agung Umno atau mesyuarat majlis tertinggi mereka tetap sahaja kalah undi.*

“Tetapi, kerajaan Sabah yang berkecuali (berautonomi) dan tidak tunduk, yang diperjuangkan oleh Gabungan Sabah, akan dapat bertindak atas kehendak sendiri dan tidak tunduk atau takut akan sebarang tindakbalas dari penguasa-penguasa politik di Malaya. Kerajaan autonomi itu juga tidak boleh dilabelkan sebagai pro-BN atau mesra-BN seperti yang dikempenkan oleh propaganda PH,” jelas Dr. Jeffrey. Kerajaan Sabah yang berautonomi tidak berbeza dengan negeri-negeri PH Selangor dan Pulau Pinang yang tidak dilabel sebagai pro-BN atau mesra-BN walaupun dikuasai oleh PH dan berkerjasama dengan kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh BN.

“Sudah pasti ini adalah perangsang bagi rakyat Sabah ketika memikirkan siapa yang mereka mahu undi mereka dalam PRU-14,” katanya.

No comments:

Post a Comment