Search This Blog

Friday, November 30, 2012

Masalah tanah dan tanah adat berleluasa di seluruh Sabah


KENINGAU - Masalah tanah dan tanah adat (NCR) begitu berleluasa diseluruh negeri Sabah. Kejadian rampasan tanah dan hak anak negeri terabai oleh kerajaan BN. Demikian juga masalah tanah berlaku di kawasan Mukim Dalit dan di Kg Rimbayan kawasan Sook.

Parti Maju Sabah (SAPP) telah menggubal polisi untuk menyelesaikan masalah tanah di Sabah. Tanah adat (NCR) dan tanah-tanah yang dahulunya dipohon oleh penduduk kampung dan telah diambil oleh orang lain atau syarikat akan dikaji semula dan akan dikembalikan kepada penduduk kampung termasuk geran komunial juga akan di kaji semula seterusnya akan dibahagi-bahagikan dalam bentuk geran NT kepada penduduk kampung. Demikian saranan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa lawatan ke Kg. Dalit Station dan Kg. Rimbayan Sook.

Orang asing (PTI) dengan senang wenang mendapat kad pengenalan MyKad sudah sampai ke satu tahap yang membimbangkan. Projek IC dibawah pemerintahan Umno/BN menjadi masalah besar kepada rakyat Sabah, mereka jadi warga Negara dengan begitu mudah sekali yang diurus oleh Putrajaya. Hak dan keselamatan rakyat Sabah sudah terancam, masalah sosial, masalah jenayah dan rampasan hak dan peluang rakyat Sabah amat terasa disemua pelusuk negeri Sabah.

Untuk menyelesaikan masalah ini SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (IC SABAH), untuk rakyat tulin Sabah. Orang Sarawak dan Semenanjung yang sudah jadi penduduk tetap di Sabah juga layak memohon. Cara ini sahajalah dapat membezakan orang asing yang ada MyKad dengan rakyat Sabah tulin yang ada Mykad dan Sabah IC.

Semua urusan kerajaan termasuk permohonan lesen perniagaan, biasiswa, permohonan kerja, kebajikan, permohonan tanah dan sebagainya perlu gunakan Sabah IC untuk mendapat kelulusan.

Dalam majlis Harapan Baru Sabah tersebut, Presiden SAPP telah Melancarkan Markas SAPP Mukim Dalit dan Sub Markas Kg. Rimbayan. Seramai 100 orang meyertai SAPP di Kg.Dalit dan seramai 120 orang meyertai SAPP di Kg.Rimbayan.

Turut hadir ialah Datuk Hj Md Noor Mansor, Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Hj.Amde Sidik, Naib Presiden Datuk Frankie Chong, Edward Dagul, Jimmy Jawatah, Japiril Suhaimin, AMT, Aloysius Danim, Abdul Malik, Kpt Joseph Lakai, Puan Irene Chan dan pemimpin-pemimpin CLC Sook.

SAPP Media

26 comments:

  1. Kerajaan negeri tidak pernah membelakangkan penduduk asal Sabah.Ini adalah mesej yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman kepada kira-kira 10,000 orang yang berkumpul di KampungInobong, Penampang

    ReplyDelete
  2. "Ingatlah bahawa Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh penduduk asal Sabah, dan isu-isu mengenai kesejahteraan penduduk asli Sabahadalah fokus utama dalam agenda kami," kata Musa.

    ReplyDelete
  3. Menyentuh mengenai Hak Adat Bumiputera (NCR) yang telah menjadi satu isu politik akhir-akhir ini, Ketua Menteri mendedahkan bahawakerajaan negeri akan menjelaskan isu-isu terperinci mengenai tuntutan tanah adat di sidang Dewan Undangan Negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hak milik harus dipertahankan.

      Delete
    2. Isu tanah ini harus di ambil perhatian agar tidak timbul sebarang masalah pada masa akand datang.

      Delete
  4. Katanya, beliau mengambil langkah-langkah segera bagi meredakan isu tuntutan tanah NCR. Beliau merujuk kepada arahan kerajaan baru-baru ini kepada Jabatan Perhutanan untuk menghentikan semulapersempadanan sempadan hutan simpan di kawasan-kawasan di mana persempadanan meliputi kawasanyang dituntut oleh masyarakat tempatan sebagai tanah adat mereka.

    ReplyDelete
  5. "Saya telah menghalang Pengarah Perhutanan untuk memastikan bahawa tanah adat tidak diganggu oleh kerajaan negeri," kata Musa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Musa akan memastikan bahawa tanah adat tidak di ganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

      Delete
  6. Beliau mendedahkan bahawa, beberapa kawasan dalam hutan simpan boleh diberimilik di bawah gerankomunal kepada mereka yang menduduki tanah itu sejak bertahun-tahun lamanya.

    ReplyDelete
  7. "Tiada persoalan yang kerajaan merebut tanah hak adat," tegas beliau. Mengenai perkara berkaitan denganpembangunan, Ketua Menteri memberitahu orang ramai di Penampang yang selain dari mahkamah institut latihan dan Jambatan Pagansakan baru, turut dimajukan ialah Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa berilai RM300 juta di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

    ReplyDelete
  8. is tanah harus diberi perhatian.

    ReplyDelete
  9. selesaikan isu tanah yang membelenggu penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbincangan antara kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan penduduk, amat penting bagi mencari jalan penyelesaian.

      Delete
  10. setiap ahli Umno BN memupuk semangat kerja berpasukan kerana setiap ahli mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap ahli menghayati prinsip perjuangan menyertai Umno supaya parti kekal relevan, unggul dan menjadi tonggak pemerintahan.

      Delete
    2. Setiap ahli Umno perlu bekerja sebagai satu pasukan, satu ketua atau nahkoda kerana kita semua ada peranan masing-masing

      Delete
    3. sebagai ahli umnoBn bertanggungjawab membina sebuah pasukan yang mantap dan mampu mengharungi cabaran

      Delete
    4. Jika semua ahli UMNO besatu hati, pasti BN akan berjaya lagi.

      Delete
  11. setiap ahli Umno memahami erti perjuangan untuk parti, dan tahu membezakan antara perjuangan dan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus ikhlas untuk mempertahankan hak milik penduduk. Isu tanah sering merisaukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sentiasa memastikan hak penduduk tidak di ganggu.

      Delete
  13. Pengeluaran Geran Komunal adalah melindungi kepentingan anak negeri Sabah di kawasan tanah kerajaan di sekitar perkampungan anak negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, ia juga menyelesaikan isu tuntutan tanah hak adat negeri Sabah tanpa melalui siasatan tanah dan menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberian milik tanah yang seimbang dan adil.

      Delete
    2. Apa yang amat penting katanya, adalah menghalang anak negeri Sabah daripada menjual hak milik dan kelulusan permohonan tanah.

      Delete
    3. Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, melalui penganugerahan geran komunal penduduk kampung di kawasan Pedalaman yang mendiami perkampungan mereka sejak dari nenek moyang akan diberi keutamaan.

      Delete
    4. Ghani mengulas isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu yang memutar belitkan pemberian geran komunal akan menghakis tanah adat dan hak anak negeri.

      Delete