KOTA KINABALU - “Husam Musa sama dengan perjuangan untuk mendapatkan kembali hak minyak dan gas asli, tanpa Husam Musa bererti perjuangan untuk mendapatkan kembali hak minyak dan gas asli negeri-negeri pengeluar minyak dan gas asli akan terbantut”, tegas Zainnal Ajamain jurucakap Gerakan Nasionales Sabah atau singkatnya GANAS merangkap salah seorang plantif yang menyaman PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sabah.
Mengikut beliau Husam Musa adalah satu satunya individu yang menjadi pemangkin kepada kumpulan GANAS untuk menuntunt hak minyak dan gas asli bukan saja di peringkat Negeri Sabah malah sampai ke peringkat Nasional dan Antarabangsa.
Ketiadaan Husam Musa diperingkat exco negeri Kelantan menunjukkan negeri Kelantan sudah tidak mementingkan hak minyak dan gas asli mereka sendiri dan ini sangat sangat mengecewakan pergerakan di peringkat negeri negeri pengeluar minyak dan gas asli.
Adakah ini menunjukkan satu peralihan keutamaan oleh Negeri Kelantan kepada sumber kewangan lain seperti Kayu Balak dan meminggirkan tuntutan minyak dan gas asli? Sudah tentu ini mengambarkan satu pemikiran cetek di kalangan pemimpin Kelantan dan PAS amnya. Kita di Sabah lebih fasih tentang isu Kayu Balak dan kita sendiri nampak bagaimana sumber seperti ini boleh hilang sekelip mata saja disebabkan kerakusan pemimpin. Menyedari hakikat ini telah mendorong sekumpulan intelek dan cendekiawan negeri Sabah untuk membentuk GANAS dengan satu tujuan – menuntut hak minyak dan gas asli Negeri Sabah.
Kita di Sabah merasa bertuah kerana mendapat sokongan dan dorongan daripada Dato Husam Musa disebabkan beliau juga sudah sekian lama memperjuangkan hak minyak dan gas asli Kelantan. Sokongan dan kerjasama seperti ini telah menjadikan tuntutan minyak dan gas asli bukan lagi perjuangan negeri negeri pengeluar minyak dan gas asli secara persendirian, Husam Musa telah mengangkat tuntutan ini sebagai satu kuasa penentu keperingkat Negara dengan pembentukan gabungan gerakan 5 negeri pengeluar minyak dan gas asli.
Kerajaan Pusat dan PETRONAS tidak boleh melihat tuntutan ini sebagai satu isu remeh yang boleh ditepis dengan senang. Pada masa ini, tuntutan melibatkan 5 negeri dan ini memberikan 94 Kerusi Parlimen dan kira kira 4 juta pengundi. Ketidak hadiran Datuk Husam Musa didalam perkiraan seperti ini bererti Kerajaan Kelantan dan PAS amnya sengaja mematikan usaha untuk menuntut hak minyak dan gas asli oleh negeri negeri yang terlibat.
Zainnal merasa tidak hairan sekiranya Kerajaan Kelantan atau PAS amnya menerima surat terima kasih daripada Kerajaan Barisan Nasional dalam masa yang terdekat oleh kerana Kerajaan Kelantan dan PAS amnya berjaya mematikan usaha murni seorang pejuang dan anak watan Kelantan, yang selama ini menjadi duri dalam daging Kerajaan Barisan Nasional dan PETRONAS.
Zainnal menjelaskan tidak mudah untuk kami di Sabah memberikan kepercayaan kepada “orang luar” dalam perjuangan seperti ini. Kami faham yang telah terjadi kepada Tun Datu Mustapha Harun dan Tun Fuad Stephen disebabkan isu minyak dan gas asli, apa yang terjadi kepada mereka menjadi iktibar kepada perjuangan kami di Sabah. Kami tidak mungkin menerima sesiapa saja untuk mengantikan Husam Musa. “
Kami berpendirian, kami mulakan perjuangan ini dengan Husam, kami akan akhiri perjuangan ini dengan Husam”, jelas Zainnal Ajamain.
Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionales Sabah
No comments:
Post a Comment