Search This Blog

Saturday, January 4, 2014

Pendekatan JAIS rampas Bible tidak berkhemah, kasar - Pemimpin Gereja SIB

TENOM - Pemimpin Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), kesal dan kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memilih pendekatan yang tidak berhemah keatas Persatuan Bible Malaysia (BSM) yang merampas lebih 300 Bible dalam Bahasa Malaysia dan Iban.

Tindakan JAIS itu menyemarakkan lagi api kemarahan penganut Keristian dinegara ini, sedangkan isu Kalimah Allah belum pun reda sepenuhnya selepas Mahkamah memutuskan sebutan Kalimah Allah hanya terpakai kepada Umat Islam, tegasnya.

Mutang berkata, JAIS mempunyai masa yang secukupnya untuk memanggil dan menasihatkan BSM supaya melupuskan sahaja Bible itu daripada diedarkan dibumi Semenanjong secara aman, malangnya mereka (Jais) memilih pendekatan agak kasar tanpa kuasa waran daripada Mahkamah.

“Selain kuasa waran untuk memasukki bangunan BSM, mereka juga difahamkan tidak memaklumkan terlebih dahulu Menteri Besar Selangor untuk mendapatkan nasihatnya berhubung serbuan itu.

“Tidak ada ruginya jikalau pun semangat setiakawan dan amalan berbaik baik dengan agama lain dinegara terus diwujudkan....malahan apakah dengan bermusuhan itu satu satunya jalan masuk ke surga bagi mereka yang terlalu fanatik terhadap agama masing masing...tentulah jawapannya tidak,” tegas Mutang pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan JAIS pada Khamis lepas merampas lebih 300 Bible Berbahasa Malaysia dan Iban mengandungi perkataan Kalimah Allah diBangunan BSM di Damansara Selangor.

Dalam serbuan tersebut difahamkan Presiden BSM Lee Min Choon dan Pengurusnya Sinclair Wong turut ditahan dan dibawa ke Balai Polis tetapi dibebaskan dengan jaminan selepas tiga jam kemudian.

Ditanya lanjut berhubung pendekatan yang harus diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan kemelut isu itu Mutang berkata, “ Saya sangat bersetuju dengan pandangan seorang cendikiawan Islam bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa Agama dengan Politik harus dipisahkan kerana Jika dia mencampurkan keduanya untuk mendapat panduan Tuhan kepimpinannya secara adil dan amanah membawa kepada kebaikan.

“Sebaliknya, jika percampuran politik dan agama atas hasrat menguatkan kedudukan politik, maka itu akan merosakkan nama Tuhan dan agama-Nya,” tegas Mutang.

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment