Search This Blog

Monday, June 27, 2011

Jangan Mimpi PKR Dapat Kerusi di Sabah?



Saudara Pengarang,

SAYA, Jain Bin Bayang, Ahli Jawatankuasa Cabang Batu Sapi yang baru dipilih pada 18 Jun 2011, dengan penuh keinsafan dan rendah hati, menggesa agar jawatan Pengerusi PKR Negeri Sabah dipegang oleh rakyat Sabah sendiri kerana sokongan moral rakyat semakin terhakis sejak dipegang oleh Majlis Presiden.

Sebagai ahli parti, kami amat malu dan berkecil hati dengan kecaman media dan pemimpin Barisan Nasional berhubung kepimpinan PKR Negeri Sabah, seolah-olah Sabah ketandusan pemimpin untuk mengemudi PKR.

Ahli PKR semakin gelisah kerana walaupun Konflik Dalaman PKR sudah berakhir dan kembali tenang, kenapa kami membebankan Presiden untuk menjadi Pengerusi PKR Sabah sedangkan beliau ada tugas lain yang lebih penting.

Perebutan jawatan PKR Sabah adalah lumrah dalam mana-mana parti tetapi Pemimpin Pusat tidak wajar terus menghukum kami sehingga terumbang-ambing bagaikan kapal tanpa nakhoda.

Secara moralnya, pemimpin UMNO memainkan semangat parokial yang sempit dengan mendakwa bahawa jika PKR berjaya menawan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang, Ketua Menterinya didatangkan daripada Kuala Lumpur.

Persoalannya di sini, apa alasan Presiden untuk terus kekal menjadi Pengerusi PKR Sabah melalui tadbir urus Majlis Presiden?

Sewajarnya isu kepimpinan negeri diselesaikan sebelum pilihanraya umum ke 13 yang diyakini akan diadakan pada bila-bila masa. Jika Parlimen dibubarkan serentak dengan DUN, adalah mustahil kita dapat memenangi walau satu kerusi dalam keadaan rakyat Sabah tidak yakin dengan kewibawaan PKR. Bertindaklah sebelum terlambat!

Salam Hormat,

Jain Bin Bayang

40 comments:

  1. Saudara penulis ini pemimpin 'baru tumbuh bulu'ka? Atau pun cari publisiti murahan.Hal begini patut tulis kepada Presiden parti bukan dalam wikisabah.Macam mana mahu jadi pemimpin kalau gaya macam orang belakang lorong.

    ReplyDelete
  2. Ansari Abdullah telah mendapat restu daripada 17 cabang PKR Sabah untok jawatan ketua perhubungan negeri Sabah tetapi tidak di persteujui oleh KL ini bermakna Ahli2 PKR di Sabah hanya di jadikan alat untuk kepentingan KL. Inikah di maksud meritrokasi dan keterbukaan yang di laung-laungkan oleh Anwar. Apa bedza PKR dan UMNO. Salah kah kalau rakyat Sabah mesti tolak parti dari semenanjung seperti PKR!

    ReplyDelete
  3. Mesti cari pemimpin yang boleh membawa kemenangan PKR dalam p/raya.Pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat bukan ahli PKR saja.Semua undi ahli PKR tidak cukup untuk menang p/raya jadi mungkin pucuk pimpinan dalam dilemma kerana Ansari walaupun diterima dalam kepimpinan PKR tidak mempunyai daya tarik untuk memenangi hati rakyat Sabah.
    Saya sendiri sebagai rakyat biasa tidak tertarik dengan kepimpinan Ansari.Tidak ada pemimpin lain ka?

    ReplyDelete
  4. PKR Ansari and DAP hiew king chiew are both under musang bin tidak aman payroll. How can we trust Sabah PR? Just get lost from Sabah. TQ

    ReplyDelete
  5. Betul apa saudara pengarang tulis disini. Pakatan rakyat akan hancur di Sabah dalam PRU13. semua kaki rasuah dan jual projek IC. Tidak percaya, tanya Datuk Karim Ghani yang bawa umno masuk Sabah.

    ReplyDelete
  6. Letak jawatan saja dari PKR kan bagus kalau tidak setuju dengan pucuk pimpinan.Tunggu kena beli?

    ReplyDelete
  7. minta DKG baca tulisan sdra Jain Bayang ini, jangan DKG syok sendiri dan memberi komen2 di fb mengikut selera sendiri.

    ReplyDelete
  8. PKR ada DKG seorang yang jual IC PALSU sama pendatang haram. saya tidak akan undi parti malaya pakatan rakyat sebab tiada beza mereka sama umno yang jahanam!

    ReplyDelete
  9. ANSARI DAPAT SOKONGAN 17 CABANG? YANG SAYA TAHU CUMA 3 CABANG SAJA, TUARAN, BANDAU DAN RANAU..DAN ANON 4.08 PM, YOU ARE RIGHT, I HEARD THAT DURING PRK BATU SAPI ANSARI AND HIEW MET SOMEONE FROM BN AND GIVEN RM500,000.00. UNTIL TODAY NO DENIAL FROM BOTH OF THEM..ADA ORANG CAKAP ADA GAMBAR LAGI DORANG TERIMA TU DUIT DAN AKAN DIJADIKAN ISU OLEH BN BILA PRU 13 NANTI... HEHHEH TOLONG BAGI CLEARANCE WAHAI PENCACAI PR.

    ReplyDelete
  10. Tidak tahu macam mana ahli PKR tertarik dengan Ansari.Kalau kata kerana dia peguam banyak lagi peguam handal,kalau ka dia handsome tidak juga.Saya ingat semua ahli PKR yang pileh Ansari ini mata mereka 'serong' dan bermasalah.Berita ambil wang dari BN ini mungkin sudah diketahui Anwar itu sebab dia berhati-hati jangan sampai pemimpin PKR Sabah jual maruah dan jual murah macam 'ikan basung'nanti rosak lah PKR.
    Kalau tidak silap orang Sabah dari Tuaran yang terakhir di lantik sebagai ketua PKR Sabah.Apa jadi? Sudah jadi sampah masyarakat dan dibeli 'cheap sale' oleh Musa.

    ReplyDelete
  11. Biar rakyat yang menentukannya.

    ReplyDelete
  12. Ok lah,kalau Ansari tidak layak jadi ketua perhubungan PKR Sabah kena lah pilih di antara Kalakau untol atau Halik Zaman. Macam mana ya!

    ReplyDelete
  13. Rata2 sokongan di Sabah Halik Zaman lagi di terima daripada Kalakau kerana tukang bakar koran.

    ReplyDelete
  14. Ini masalah PKR.Cari lah pemimpin yang boleh di terima oleh rakyat jelata bukan segelintir ahli PKR saja.Apa guna nya'menang sorak tapi kampung tergadai'faham?

    ReplyDelete
  15. Tumpang lalu....kalo mo pilih Pemimpin PKR..pilih dan cari lah yg betul2 ada uummmh!! untuk menerajui perjuangan Politik di galanggang kerusi2 UMNO seluruh Sabah...ITU yg saya nampak!! kalo setakat Ansari enda payah la...masa da sentuk...berusaha lah ahli2 PKR cari Ketua...kestabilan kekuatan dan Pengaruh PKR Sabah adalah SIAPA Ketua Pimpinan PKR Negeri Sabah dan jauh sekali kalo masih di pegang Orang dari Semenanjung...kalo sebut Halik Zaman dan DKG utk jawatan itu atukkoiii!! sailang terus katan...sad to say but true...

    ReplyDelete
  16. Halik Zaman bolih tapi jangan dia dekat SLDB bahaya!

    ReplyDelete
  17. Masalah sebenarnya adalah dengan parti itu sendiri. Jika mereka perform baik saya pasti rakyat akan memilih mereka.

    ReplyDelete
  18. Rakyat kena perhati setiap aspek bila masa mengundi...

    ReplyDelete
  19. semuanya harus diselesaikan sebelum PRU-13. setiap parti perlu buat persiapan yang cukup.

    ReplyDelete
  20. Pengerusi PKR Sabah pun bukan diambil dari orang sabah, apa lagi klu mereka memerintah Sabah. mngkin habis Sabah ni dikuasi oleh mereka. penduduk Sabah gigit jari ja. PKr mmg tak boleh dipakai langsung.

    ReplyDelete
  21. susah bagi pkr mendapat sokongan di Sabah kerana masalah yang dialami oleh parti itu.

    ReplyDelete
  22. Kalau macam inilah, mahu undi PKR pun ragu2.

    ReplyDelete
  23. Orang SABAH SUKUNG pkr HANYA UNTUK KEPENTINGAN diri mahu jadi caluun sahaja. Tidak ada tempat lagi jual diri lah kpada PR.oTAK DILUTUT benci UMNO tapi sokong PR apa beza...keluar mulut harimau masuk mulut buaya....palaui

    ReplyDelete
  24. Biar rakyat yang tentukannya. Tak perlu pening kepala.

    ReplyDelete
  25. Apapun kita tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku nanti.

    ReplyDelete
  26. Saya ingat saudara Jain bin Bayang ini bagus letak jawatan saja lah dari PKR atau keluar parti terus.

    ReplyDelete
  27. berikan kuasa kepada penduduk Sabah sendiri. PKR risau dengan kebolehan anak tempatan.

    ReplyDelete
  28. Keluar dari PKR, buat saja parti tempatan. Sama saja bohongnya PKR dari Malaya.

    ReplyDelete
  29. pmimpin2 atasan PKR kbanyakan X umno member yg tdak bjaya atau d pcat dri umno. bli d ktakan PKR ini little brother umno.

    ReplyDelete
  30. kalau begitu, siapa tolak umno,tolak pkr la tu kan. memang local parti patut d sokong dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  31. Boleh pilih presiden negeri PKR melalui pilihan raya parti oleh semua ahli yang sah.

    ReplyDelete
  32. PKR kena mengambil satu langkah yang berani melepaskan tampuk pimpinan PKR negeri kepada pemimpin tempatan yang muda dan berkaliber.

    ReplyDelete
  33. Belum lagi ke medan perang, sudah lawan sesama diri.

    Macamana nak menag dlam pilihan raya yang akan datang?

    ReplyDelete
  34. sukar nak menaruh harapan kepada satu parti yang tidak mampu ada pemimpin sendiri.

    ReplyDelete
  35. UMNO berasar dari Sem. Malaysia, kini bertapak di Sabah lebih dari satu tekad. Masih lagi kuat dan mantab di Sabah.

    ReplyDelete
  36. Fikiran begini menghalang negeri Sabah dari maju kehadapan.

    ReplyDelete
  37. betul la tu.. jangan mimpi PKR dapat kerusi di Sabah kalau begini keadaannya.

    ReplyDelete
  38. umno kuat pasal pendatang haram.

    Kita sebagai orang Sabah mesti TOLAK parti dari semenanjung dengan niat jahat tahu saja merompak hak2 dan hasil bumi Sabah.

    Jika Sabah dan Sarawak tidak bagi duit (rampas dari hasil bumi kita)sama semenanjung, negeri2 di semenanjung sudah bankrupt selama lamanya! Inilah realitinya.

    ReplyDelete
  39. rakyat sebagai pengundi lebih layak buat kenyataan ini..

    ReplyDelete