Search This Blog

Monday, November 7, 2011

KDM perlu perjelaskan hasil temuduga KPLSPM kepada Ibubapa pelajar

TENOM: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) digesa agar memberi penjelasan  punca sebenar temuduga pelajar lepasan SPM  Pedalaman bagi ambilan Jun tahun 2011 Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) khusus untuk kawasan Pedalaman kerana tidak mencapai angka sasaran 30 peratus sebaliknya hanya sekadar sepuluh pelajar yang berjaya manakala selebihnya kebanyakkan pelajar dari luar kawasan Pedalaman.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah berkata demikian  dalam satu kenyataan disini pada Khamis ketika mengulas unsur ketidak adilan dalam proses pengambilan pelajar pelajar lepasan SPM  untuk KPLSPM dimana temuduga itu dijalankan pada Jun, 2011 yang dikhususkan bagi  mereka  yang berada di kawasan Pedalaman.

Temuduga tersebut telah diadakan di SMK Kemabong dan telah dihadiri ramai pelajar daripada kawasan Pedalaman seperti  Nabawan, Tenom, Kemabong dan  Keningau . Bagaimana pun tidak dapat dipastikan pihak mana yang membenarkan   pelajar luar kawasan pedalaman  hadir untuk ditemuduga sedangkan mereka (pelajar luar) tidak ada dalam senarai temuduga.

Mengikut sumber dalaman, KPM pada dasarnya telah membenarkan pelajar pelajar pedalaman yang sekadar mendapat beberapa pangkat  ‘B’ untuk menghadiri temuduga itu berbanding dengan syarat asal yang mengkehendaki seseorang calon mesti mendapat pangkat  sekurang kurangnya 3A dan 3 cemerlang tetapi telah berubah disaat saat akhir.

Jimmy berkata, apa yang menjadi kekesalan para ibubapa yang menghantar memo kepadanya beberapa hari lalu memberitahu bahawa pendirian dan ketelusan bahagian pengambilan guru yang diputuskan Putrajaya tidak konsisten malah boleh berubah ubah pada keputusan asalnya dimana temuduga kali ini adalah khusus untuk memberi peluang kepada pelajar pelajar kawasan Pedalaman.

Sebaliknya tegas Jimmy, ramai pelajar SPM dari luar kawasan Pedalaman telah menghadiri temuduga itu malah telah lulus temuduga tersebut sedangkan mereka (pelajar) tidak ada dalam senarai pun untuk ditemuduga hari itu. Inilah yang perlu pihak KPM jelaskan mengapa ia membenarkan pelajar luar kawasan menghadiri temuduga itu atau apakah ini satu penindasan tersembunyi kepada hak pelajar pelajar Pedalaman.

 “ Kita mahu KPM memberi penjelasan kepada para ibubapa pelajar yang terlibat kerana  selama ini mereka tidak dimaklumkan puncanya mengakibatkan timbul rasa kecewa dengan perkembangan tersebut…bukan itu sahaja tetapi mereka lihat  seolah olah ada unsur ketidak adilan atau pilih kasih,” tegasnya.

Namun harapan mereka (ibubapa) terus hancur berkecai  apabila  berlaku  gejala yang tidak sihat tetapi tidak dapat dipastikan puncanya  yang  sepatutnya  KPM yang bertanggung jawab dalam proses tersebut ia seharusnya lebih berpaksikan kepada ketelusan, kejujuran dan keadilan.

Oleh: Mail Mathew

15 comments:

  1. Hope that the Education Ministry will give explanation regarding this move.

    ReplyDelete
  2. The students and their parents deserves to know the truth, explanations must be made.

    ReplyDelete
  3. penjelasan perlu diberikan. Susahlah macam ini jika sentiasa ada penyelewengan. Sampai bila2 pun orang2 di pedalaman akan sentiasa tertindas.

    ReplyDelete
  4. Satu saja kemungkinan yang ada, mereka tidak layak!

    ReplyDelete
  5. pemilihan dilakukan berdasarkam kelayakan yang mereka ada, jika mereka layak, mmg tidak akan diterima.

    ReplyDelete
  6. apapun, hal bagi mereka yang datang dari luar pedalaman harus diperjelaskan.

    ReplyDelete
  7. There must be a reason why this happened. Just explain to these people.

    ReplyDelete
  8. Jika benar ada penyelewengan, harus disiasat dan ambil tindakan.

    ReplyDelete
  9. dari mana Jimmy mendapat maklumat kononnya pelajar yang tidak tersenarai untuk ditemuduga telah menghadiri temuduga, malah lulus pula tu?? kes ini yang perlu diambil berat dan sebaik2nya dedahkan sumber maklumat..

    ReplyDelete
  10. kadang2 ada juga yang menggunakan khidmat 'orang dalam' untuk lulus dalam temuduga2 seperti ini.

    ReplyDelete
  11. di Telupid pun ramai juga yang datang dari luar daerah untuk menduduki temuduga terbuka tempoh hari. mereka mencuba di mana2 kawasan yang mengadakan temuduga KPLSPM secara terbuka semata2 untuk mencuba nasib.

    ReplyDelete
  12. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung pekara ini..

    ReplyDelete
  13. mungkin juga mereka yang tidak berjaya tidak memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan..

    ReplyDelete
  14. Kerana ada sebab lain kenapa perkara ini berlaku. Memamg memerlukan penjelasan untuk memastikan tidak ada persoalan lagi timbul.

    ReplyDelete
  15. Jika itu khusus untuk kawasan pendalaman maka rasanya orang luar kawasan tidak seharusnya datang apatah lagi tidak ada dalam senarai yang diberikan. Harap masalah sebegini akan diambil berat oleh KPM.

    ReplyDelete