Search This Blog

Thursday, April 19, 2012

Abu Bakar kehilangan hak mengundi 2008 kerana kelalaian SPR!


TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meletakkan semula nama Abu Bakar bin Djunus 80, dalam senarai pengundi yang tercicir sejak tahun 2008 kerana kononnya beliau telah “meninggal dunia” merupakan suatu penganiaan terhadapnya.

Beliau berkata, SPR perlu bertanggung jawab diatas perkara tersebut kerana bukan sahaja beliau kehilangan hak seorang pengundi mengikut Perlembagaan malah beliau diaibkan dengan mendakwa beliau telah meninggal dunia”.

“Kita minta SPR menyemak semula senarai terkini pengundi dalam daftar SPR sebelum pilihanraya umum kali ke-13 kerana kemungkinan ada lain lain kes turut berlaku selepas atau sebelum kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan disini sebagai mengulas berikutan laporan seorang warga emas rakyat tempatan digugurkan dalam senarai daftar pengundi kerana dikatakan telah “meninggal dunia”.

Pada Khamis, dilaporkan seorang warga emas tempatan Abu Bakar bin Djunus Kad Pengenalan (KP) 321022-12-5013 tinggal menetap diKg Chinta Mata kira kira 5km dari pekan disini mengadu beliau tidak dapat mengundi pada pilihanraya umum kali ke-12 (tahun 2008) kerana namanya telah digugurkan dari senarai pengundi SPR kerana dikatakan telah “meninggal dunia”.

“Agak bernasib baik kerana Abu Bakar masih mendapat sumbangan BR1M RM500...tetapi sekiranya KP dia pun kena batal dan mansuh, apa apa bantuan dan wang dia dalam akaun bank pun semuanya kena beku...sudah tentu ianya menyusahkan kepada beliau,” tegas Roger.

“Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa Abu Bakar semata mata kelalaian pihak lain khususnya SPR. Kita tidak pasti apa lagi masalah mereka (SPR) kerana kakitangan dan pegawai yang bertugas sudah tentu mencukupi untuk mengharungi tugas tugas itu...lagi pun semua system menggunakan IT...bukan seperti 20 tahun dahulu semuanya menggunakan secara manual,” tambah Roger.

Roger Stimin
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap seterusnya berkatanya, pihak SPR perlu berhati hati selain melakukan penelitian terhadap senarai pemilih yang berdaftar sebelum PRU13 untuk mempastikan senarai itu bebas daripada masalah keraguan rakyat seperti nama bertindih, pemilih yang telah meninggal dunia tetapi masih kekal dalam senarai dan pemilih yang tidak dikenali.

“Bukti permasalahan senarai pengundi sudah terungkai seperti apa yang berlaku dengan kes Abu Bakar yang perlu dijadikan iktibar SPR...dan kemungkinan ada lain lain kes lagi seperti orang yang sudah mati berpuluh tahun lalu tetapi masih ada dalam senarai pengundi dan kebanyakkan pernah berlaku KP digunakan oleh orang lain manakala pemilik asalnya tidak dapat membuang undi,” tegasnya.

Oleh: Ambrose M. Matthew

15 comments:

  1. biasanya orang yang masih hidup tapi dikatakan sudah mati bukan hanya dihina tapi layak dan dibolehkan untuk mendakwa orang atau sesiapa sahaja yang bercakap mengenai kematiannya mengikut lunas undang-undang adat. Jadi kita janganlah mempermain-mainkan kematian sesiapa tanpa usul periksa terlebih dahulu. sekian.

    ReplyDelete
  2. SPR perlulah memastikan bahawa pengundi-pengundi yang masih layak undi tidak tersingkir dari senarai tanpa sebab. Perhatian perlulah diberikan terhadap isu seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Senarai nama pengundi perlulah dipastikan terlebih dahulu, mereka yang layak undi dikekalkan, mereka yang mempunyai status yang diragui wajar disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersihkan senarai daftar pemilih sebelum PRU dilaksanakan.

      Delete
  4. hmmmm....2008?? tapi kenapa sekarang baru bising2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun sama juga... kalau saluran dah dihalang dan orang 'besar'tak pedulikan masalah rakyat.... nah itu yang sering terjadi. Apa lagi kalau pemimpin tidak turun padang bermain cinta dengan jawatan yang dia dapat.
      ( jangan pula ko main-main dengan perkataan "sekarang baru bising2..??)

      .. MAKANYA SEKARANGLAH MASANYA YANG PALING SESUAI.....!!!!!!!!!!!!.

      !!!!...BILA LAGI..??? HHHAAAAAAAAAAAAAAA.............!!!!!!!

      Delete
  5. JPN perlu sentiasa mengemaskini daftar kelahiran dan kematian rakyat bagi memudahkan tugas SPR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. JPN dan SPR kena pasti senarai data2 mereka selaras. kerjasama antara mereka amat penting.

      Delete
  6. Bahaya ni. Yang mati dihidupkan, yang belum mati, dimatikan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otopot inoh tobinai, nung tumanud dho adat... obuli oh samanon iti SPR.
      popobuduh papala'at dovokon inoh.

      Delete
  7. Banyak kelemahan yang perlu dibaiki oleh SPR sebelum PRu13 ini.

    ReplyDelete
  8. Tantalu Kosun, Kg Angan Angan enomApril 20, 2012 at 6:30 PM

    jangan2 saya ini pun sudah mati dalam daftar spr!...bagus cek dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iiyaaaa bha, kalau itu polipin pilak diurang kasih hidup lagi pakai orang mati punya kad pengenalan bha....!!!!

      bagus sia pigi asah dulu tu parang panjang sia.....

      Delete
    2. Sungguh-sungguh menghina............

      Delete
  9. Kesilapan sebegini sememangnya perlu dielakkan. Mungkin yang pasti siasat mereka yang meragukan menjadi seorang pengundi.

    ReplyDelete