Search This Blog

Sunday, May 20, 2012

Menukar kerajaan pilihan rakyat jika gagal memenuhi aspirasi rakyat


TENOM - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa ketiadaan kuasa otonomi kerajaan negeri menyulitkan para wakil rakyat disesuatu kawasan untuk melaksanakan sesuatu pembangunan yang mendesak. Ekoran masalah itu ia terpaksa tertangguh beberapa bulan sebelum kelulusan mutlak diperolehi dari kerajaan Pusat.

Beliau berkata, terdapat laporan sebelum ini mengatakan Guru Guru terpaksa menyewa rumah kampong kerana ketiadaan perumahan disediakan kerajaan selain laporan berhubung kedaifan sekolah terutama sekali infrastruktur pendawaian elektrik.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa sekolah yang telah pun dikenal pasti lokasinya sering dilanda banjir seperti SK Kalang-Kanar, malah SK St Anthony yang mengalami runtuhan tanah beberapa tahun lalu malah sekolah terbabit telah mendapat arahan berpindah oleh pihak Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak selamat untuk dihuni.

Agak malang sekali, meskipun beberapa siri lawatan Menteri Negeri dan Timbalan Menteri Persekutuan ke tapak tersebut sebelum ini tetapi sehingga sekarang tiada kelihatan tanda tanda tindakan telah diambil oleh kerajaan, tegas Roger.

"Kalau kita bandingkan keadaan taraf sekolah bandar di Semenanjong dan yang ada di kawasan Pedalaman terdapat jurang perbezaan yang jauh sekali...diSemenanjong bilik darjah berhawa dingin manakala kita disini jangankan berhawa dingin...infrastruktur pendawaian elektrik pun usang bertahun tahun lamanya tidak dibaiki," kata beliau ketika majlis perjumpaan rakyat sempena menyambut Pesta Kaamatan di Kg Kalang pada Sabtu.

Tegasnya, keadaan sebegini memaksa rakyat tiada pilihan selain membuat suatu keputusan drastik untuk menukarkan kerajaan yang ada secara demokratik menerusi peti undi pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.

"Rakyat sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sejak beberapa penggal Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan. Jalanraya dikampong kampong tidak ubah seperti jalan kayu balak...lobang sini, lobang sana manakala air terus melimpah dipermukaan jalanraya kerana sistem perparitan tidak diselenggara. (Jadi)..kenapa rakyat tidak marah," tegas Roger.

"Siapakah yang harus dipersalahkan jikalau keadaan jalanraya terlalu daif? Tidakkan kerajaan semudah itu menyalahkan kontraktor tanpa apa apa tindakan...tetapi sebaliknya kerajaan harus bertanggung jawab untuk menamatkan khidmat kontraktor yang tidak memberi perkhidmatan yang baik dan melantik kontraktor baru yang berwibawa dan mampu melaksanakan tugas tersebut dengan baik," tambahnya lagi.

Roger yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, beliau telah menggariskan halatujunya sendiri ketika mula melangkah berjuang dalam politik menerusi SAPP dimana ekonomi satu satunya bidang yang perlu dipertingkatkan malah perlu ditransformasikan secara serius untuk merobah corak penghidupan rakyat khususnya dikawasan disini yang masih jauh kebelakang tahap kemajuannya.

Beliau menambah, hanya dengan mengukuhkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi akan dapat meletakkan martabat bangsa khususnya masyarakat KDM di puncak ekonomi yang kukuh setaraf dengan kesukuan lain yang telah pun menempah kemajuan sepertimana yang digariskan didalam wawasan 2020.

"Semua perancangan ini bukan ianya suatu angan angan atau impian semata mata...tetapi ia tidak mustahil tidak dapat dilakukan jikalau seseorang pemimpin itu serius dan gigih berusaha untuk menaiktaraf penghidupan rakyat....(tetapi), ini bukan cerita dongeng berkisar lampu ajaib atau lampu Aladdin yang mampu melakukan sesuatu dengan sekelip mata. Apa yang penting kita jujur, telus dan ikhlas membantu rakyat," kata Roger.

Berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan Roger menegaskan bahawa, perayaan tersebut perlu diteruskan disetiap Mukim atau kampong yang bertujuan bagi mendekatkan lagi golongan generasi muda untuk memahami secara dekat adat dan senibudaya yang ditinggalkan nenek moyang mereka agar ianya tidak pupus ditelan zaman.

Turut hadir dimajlis itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Negeri Sabah yang juga merupakan Ketua Star Bahagian Tenom Hasmin Azroy Abdullah, Ahli Jawatankuasa Parti Star Tenom Mah Chin Lee dan Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi.

Oleh: Mail Mathew

68 comments:

  1. Kritikan sahaja tidak mencukupi tanpa perancangan untuk mengatasi masalah yang di hadapi rakyat.Tidak ada di mana negara pun di dunia ini di mana pemimpin atasan bebas daripada kritikan pembangkang walaupun perancangan pembangunan yang di lancar adalah baik,telus dan ihklas.Bagaimana 'top' pun pembangunan di jalankan oleh pemimpin ianya maseh juga di pandang remeh dan dianggap gagal dan tidak sempurna oleh pembangkang.Anehnya mereka sendiri tidak tahu bagaimana memperbaiki dan mengatasi masalah tersebut sekiranya mendapat peluang.

    Bercakap pasal peningkatan ekonomi sepertimana di laungkan oleh Roger ianya merangkumi satu bidang luas.Daripada pendengaran kasar oleh rakyat ianya bererti satu peningkatan pendapatan tapi secara halus atau mikro ianya satu pencantuman berbagai aspek cabang ekonomi yang mendalam untuk menghasilkan satu keputusan yang berhasil atau satu kegagalan.Janganlah saudara Roger menghaburi mata rakyat dengan dengan mengunakan fenomena kosong.

    Kerajaan BN telah pun membuat perancangan rapi bagi meningkatkan hidup rakyat.Walaupun andaian rancak mengenai taraf dan status kemiskinan di Sabah tapi kerajaan sentiasa merancang untuk membasmi atau mengurangkan tahap tersebut dan seterusnya menaikkan nama Sabah sebagai negeri termaju di Malaysia.Ini hanya boleh di capai dan realisasikan dalam kerajaan UMNO/BN di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman.Saya minta rakyat tidak terpesona oleh janji-janji pembangkang khasnya saudara Roger kerana ianya hanyalah janji 'manis di mulut sahaja.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkasit Unsit, KemabongMay 21, 2012 at 7:22 AM

      Saya percaya apa yg ditulis Anak Petagas ini sebagai usahanya utk mempertahankan UMNO daripada terus jatuh tersungkur pada PRU13. Kita tidak terguris pun dgn kenyataan Anak Petagas kerana memang sudah menjadi tugasnya bercakap sedemikian dan memang pun sukar diubah lagi...takkan lah dia menyokong dan memuji pembangkang walau pun apa yg dijelaskan pembangkang adalah betul dan sahih!

      Mungkin juga dakwaan Anak Petagas itu benar mengenai ekonomi tetapi ia hanya berlaku kpd kroni2 dan para pilaks yg berkepentingan dalam UMNO sahaja...hakikatnya masyarakat KDM khususnya diPedalaman masih miskin tiada perubahan sejak UMNO datang ke Sabah 17 tahun lalu.

      Rakyat tidak lagi boleh diperkotak katikkan sepertu dulu...kita mahu Sabah bebas dari pembohongan UMNO, Kita mahu RCI dilaksanakan dgn segera tapi pemimpin KL masih berdolak dalik. Kabotaj yg menjadi punca lonjakan harga barang diSabah perlu dihapuskan tetapi pemimpn2 KL bermati matian membuat penafian dan memberi penjelasan dgn niat pemesongan fakta. Jadi, apakah ini dikata telus dan jujur kpd rakyat Sabah.

      Pemimpin2 Umno kalau melakukan rasuah atau jenayah pihak berkuasa terus membisu, wang dan harta berjuta juta dimiliki sedangkan pendapatan seseorg YB tidk selari dgn pendapatannya sbg YB, sudah kena lapor tapi tiada tindakan....rakyat diluar bandar " Kais pagi makan pagi...kais petang belum tentu ada makan".

      Delete
    2. Tanggungjawab pemimpin BN untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat dan usaha-usaha untuk menyelesaikan, mereka tidak bermusim tetapi sebaliknya proses yang berterusan. CM Datuk Musa Aman memberi jaminan bahawa rakyat Sabah akan terus menyokong BN untuk memastikan kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang

      Delete
  2. Mahatja Nasib, Taman Jumbo PetagasMay 21, 2012 at 7:27 AM

    Ini Anak Petagas dia buat sakap masam itu sabab dia ada gaji dari amuno bah...dia pti bah ini, walau disuru jilat pantat yb pun dia mau asal dia dapat wang balanja saja bah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak petagas cakap perkara yang betul kenapa susah untuk terima keyataan, lagipun itu pilihan dia mau sokong siapa.

      Delete
  3. pemerintahan UMNO/BN terrrrBURUK dlm sejarah Sabah...mndpt pengiktirafan dr PBB sebagai negeri termiskin di Malaysia - mencerminkan betapa lemah, palui buduh, dungu dan BURUKnya sistem pemerintahan UMNO/BN di Sabah kiiiiiiiihooooi

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum tahu lagi...pemerintahan sebelum ini macamana?

      Delete
    2. semua parti pun berusaha mau menang, jadi serahkan saja kepada rakyat untuk tentukan.

      Delete
    3. Terburuk ka? Waa..anon ni mesti sudah lalui pemerintahan di bawah semua parti. Dari USNO sampai la BN. Orang veteran la katakan.

      Delete
    4. Pemerintahan BN yang terbaik setakat ini.

      Delete
  4. Sorob bin Sangut, Sook KeningauMay 21, 2012 at 12:06 PM

    Sia satuju pendapat Roger itu sabab apa lagi kita rayat sabah mau tungu suda kana budu2 dan kana taru balakang hak hak kita rayat sabah oleh Malaya. apa lagi mau tungu, kita kasi salasai diurang bah balik Malaya...undi pambangkang bila mangundi nanti. diurang kasi tutup mata kita kunun2 BR1M itu ketelusan kerajaan tapi cukai kita bayar tiap tahun suda barapa? dia kasi Rm500 berpuluh puluh tahun baru kasi dan memang pun wang itu hak kita, asil kita. Dulu mana ada parinta masam ini...bali paku, zing atau minyak minta dulu kalulusan pederal baru boleh bali kalau bulum ada kalulusan tarapaksa kana ampai dulu bertahun tahun...fuiii?..apa punya parinta itu!

    ReplyDelete
  5. Mat Janggut, KudatMay 21, 2012 at 5:18 PM

    Sdra Naka Petagas...janganlah terlalu taksub membuat pujian melampawi batas manusia kepada UMNO-BN dan Musa Aman ikon kesayangan mu..mentang2lah kau mendapat habuan besar bila mendefend UMNO-BN apabila dikritik pembangkang. Wahai Anak Petagas...sedarlah kamu dengan melihat disekeliling kita hari ini yang dikelilingi PTI yg mempunyai MyKad sebanyak lebih 600,000 gara gara kepintaran menipu rakyat dinegeri ini angkara pemimpin2 UMNO. Anak2 jati Sabah menjerit jerit setiap hari minta RCI diadakan tetapi pemimpin2 Persekutuan terus berdolak dalik bermain sandiwara. Ini jelas membuktikan bahawa kedaulatan negeri kita Sabah semakin terancam...manakala kegiatan RASUAH dikalangan pemimpin2 UMNO semakin berleluasa tetapi anehnya pihak berkuasa SPRM bagaikan menutup mata dan telinga mereka menjadikan mereka bisu sepanjang masa....tidak bertinda terhadap para petualang negara kita. Tidak perlu kita dedahkan siapa sebenarnya pemimpin yg RASUAH, memanipulasi ekonomi Sabah termasuk membawa masuk dan memperisterikan PTI secara ikut pintu belakang...malahan semua rakyat sudah tahu. Itu sebabnya rakyat Sabah tolak Anak Petagas...semuanya bangkit mempertahankan kedaulatan Sabah dan menolak UMNO-BN pada PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahati..ll
      Punya
      Buat..penhulu..iblis

      Delete
  6. kalau pembangkang, memang dia cakap buruk saja pasal kerajaan...sama jugalah dengan kerajaan...ianya perkara biasa dalam politik...tetapi yang mana adalah tin kosong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah politik, memang selalu saling mengkritik.

      Delete
    2. pembangkang semua kerajaan buat dia kutuk, walaupun apa yang dilakukan kerajaan itu baik. huhu..

      Delete
    3. Yang tin kosong ialah siapa2 yang tahu berjanji, tahu cakap saja tapi habuk pun tidak.

      Delete
    4. Mengkritik untuk kebaikan tidak apa tapi kalau untuk menjatuhkan, itu memang tidak patut.

      Delete
    5. Dalam politik ini, macam2 ada. Bagi saya, pemerintah yang ada sekarang sudah cukup bagus.Tidak payah mau tukar2 lagi.

      Delete
    6. Kritikan harus diterima untuk membaiki kelemahan masing-msing.

      Delete
  7. SAPP tiada peluang untuk menang pada pru13 nanti...SAPP adalah parti yang lemah...pemimpin2 nya lemah berbanding Star...kalau terpaksa pilih antara SAPP dan Star, saya pilih Star...tidak payahlah Star berkomplot dengan SAPP pada pru13 nanti sebab tu YTL pun sudah tunduk sama DAP...lemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok di Bt Sapi dulu, YTL nampak sudah mendapat sokongan.

      Delete
    2. kalau tengok di Bt Sapi dulu, YTL nampak sudah tidak mendapat sokongan.

      Delete
    3. JK lebih nampak tegas dengan pendiriannya daripada YTL!

      Delete
    4. Tapi JK ni selalu saja lompat parti.itu yang bagi imej tidak baik tu.

      Delete
    5. JK tiada pendirian.Suka lompat parti dan tidak tau apa agenda beliau.

      Delete
  8. pilihan di tangan rakyat...tidak payahlah SAPP cuba mengajar rakyat untuk membuat pilihan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, setiap orang ada pilihan sendiri, rakyat pasti pilih yang diarasakan terbaik.

      Delete
    2. Terpulang kepda rakyat siapa pilihan mereka, SAPP jangan suka sibuk2.

      Delete
  9. si roger mahu jadi calon bah ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada si Roger mahu calon atau tidak itu perkara lain...tetapi sebagai seorang pemimpin diperingkat parti dan seorang Peguam dia kena tegaskan pendirinnya dengan penyokong2 SAPP termasuklah memberitahu rakyat halatuju parti dan kelemahan pihak lawan UMNO dan BN. Takkan lah pula dalam majlis itu dia berucap memuji muji UMNO dan BN...macam mana pula begitu. Inilah politik yg dihasil dari kepakaran seni utk menterjemahkan cara perjuangannya...dan bagaimana dia berhujah utk melemahkan kekuatan lawan...itu kerja dan permainan org politik. Misalnya kalau seseorg Arkitek...dia pastikan rumah yg bakal dibina strikturnya dijamin kuat dan selamat supaya bangunan tidak akan roboh walaupun ada gempa bumi...dan begitu juga seorang tukang gunting rambut (barber)...dia memastikan rambutnya digunting tidak menghodohkan paras muka pelanggannya. Itulah segala galanya...Sekian!

      Delete
    2. Terpulanglah dengan Roger. kalau layak tu mesti rakyat vote dia juga.

      Delete
    3. Sama ada Roger akan dipilih menjadi calon, itu terpulang kepada Pucuk pemimpin tertinggi parti. Bukan dia suka boleh terus dilantik.

      Delete
  10. biar rakyat tentukan pilihan sendiri. mereka pasti dapat memilih dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  11. YTL bukan tidak menang di batu sapi, beliau berhadapan dengan dua gajah yang berkempen untuk menjatuhkan dia. BN dan PR kedua-duanya berkempen bertentang YTL. Pasti hairan, bukan, saya cakap, inilah cara orang semenanjung memang mahu menguasakan kami orang Sabah. Fikirlah betul-betul, kami haruslah dan semetisnya undilah calun kita dari parti tempatan Sabah..Undilah SAPP, tidak salah, saya janjikan dan untuk harapan anak cucu kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke tu? bukankah SAPP dan PKR nk bekerjasama menentang BN? SAPP kalah kerana YTL mmg tidak dipercayai penduduk Sabah.. huhu..

      Delete
    2. Kalau sudah kalah, kalah la bah. Apa lagi mahu cover2?

      Delete
    3. Yong Syn Ngie, K.KMay 22, 2012 at 1:28 PM

      Siapa bilang teda dipercayai?...kalau seseorang pemimpin sudah teda dipercayai...macam SPF punya parti lah jadinya sebab penyokong pun tiada...mungkin juga ada sikit2 tapi mungkin ratus2 lah. Tapi YTL...kau kira sendirilah ribu2 ramai dia orang datang jumpa YTL...bermakna dia masih ada sokongan dan penyokongnya mempercayai/yakin dgn kepimpinan YTL...cuma junta saja yg teda percaya sebab mungkin dia masalah peribadi dgn YTL atau dia ini pembodek BN dan penjilat pantat UMNO!

      Delete
    4. YTL masih ada sokongan tapi tidak bermakna jumlah orang yang menyokongnya mencukupi untuk memenangi PRU.

      Delete
    5. Yong Teck Lee tidak patut bertanding di Batu Sapi, PKR minta SAPP memberi laluan untuk mereka bertanding satu ke satu dengan BN, tapi SAPP enggan memberi jalan.

      Delete
  12. Aspirasi apa atau sepa?Rakyat?Masih mimpi bah!

    ReplyDelete
  13. Rakyat Kelantan juga mahu menukar kerajaan kerana kerajaan PAS gagal menunaikan janji 22 perkara semasa PRU-12 itu. Bila PRU-13, rakyat Kelantan akan menggulingkan kerajaan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Kelantan juga marah terhadap kerajaan PAS kerana kegagalan mereka mempertahankan hak tanah orang asli.

      Delete
  14. Kerajaan sedar, prihatin dan terbuka untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh rakyat dan berusaha untuk menyelesaikan secara berperingkat

    ReplyDelete
  15. Politik memang mencabar. Bukan sahaja kena memenuhi rakyat malah kena pula menentang saingan giat dari pembangkang.

    ReplyDelete
  16. Biarlah rakyuat sendiri menilaikan siapakah kerajaan yang lebih sesuai.

    ReplyDelete
  17. Bukan mudah untuk SAPP & YTL mengambil balik hati rakyat yang kecewa dengannya.

    ReplyDelete
  18. Let wait and see whether the majority intended to change the government, indeed PRU13 will answer this.

    ReplyDelete
  19. SAPP tidak perlulah bermimpi ingin menukar kerajaan sedangkan parti sendiri tidak ada pendirian sendiri dan tidak stabil lagi. Maka kerajaan yang ada sekarang ini masih relevan untuk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Petagas, Hamdan, junta,zin , hantu dan lain lain, cakap banyak tak guna , tunggu sahaja PRU datang Rakyat akan tunjuk kepada kamu, yang rasuah, jahat, buaya semua akan di tolak. Tak lama lagi, sabarlah sedikit.

      Delete
  20. sekolah di kawasan2 pedalaman di semenanjung ada penghawa dingin ka??

    ReplyDelete
  21. cakap memang la senang.. bila sudah memerintah, 1001 alasan dia bagi nanti..

    ReplyDelete
  22. Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman said the Barisan Nasional (BN) government would continue to make it a priority to fulfill its promises to the people and attend to their problems.

    ReplyDelete
  23. He said the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, was a clear example of this as he continuously meets the grassroots during walkabouts.

    ReplyDelete
  24. “The leaders of the country are confident in meeting the people face-to-face because they can fulfill the promises made to the rakyat. In this way, the people can air their problems directly so that the leaders can solve them immediately,” he said this when launching the Libaran Umno branch cluster meeting here yesterday.

    ReplyDelete
  25. Musa said it was different from the opposition leaders who often made empty promises because they could not honour them. He said they were more interested in getting the power to rule and not in defending the interests of the people as shown by what has happened in states controlled by the opposition.

    ReplyDelete
  26. Meanwhile, Musa who is also the Sabah Umno chief, reminded party members in the state not to be excessively concerned by the choice of candidates in the upcoming general election.

    ReplyDelete
  27. He said they should focus all their efforts in updating the BN party machinery in order to ensure the people returned the mandate to the ruling government.

    ReplyDelete
  28. Furthermore, he said if they were caught up with the issue of candidates, they would not be able to focus on serving the people.

    ReplyDelete
  29. “The choice of candidates in BN is determined by the leadership so let us all wait. What is important is for us to work harder to make sure the party remains strong and our party machinery is regularly updated.

    ReplyDelete
  30. “I believe the BN candidates who will be chosen are winnable candidates. So don’t think of personal interests but think of the party and serving the people,” he said.

    ReplyDelete
  31. He reminded members to always stay united especially at the grassroots level and to avoid trivial issues that can destroy the party’s strength.

    ReplyDelete
  32. “If there are problems, we should solve them amicably bearing in mind that we must not destroy party unity by exaggerating small issues.

    ReplyDelete
  33. Musa also stressed that Umno will be BN’s backbone and to work hard to assure the ruling government stayed in power in Sabah.

    ReplyDelete
  34. He said Umno and the component parties of BN will prove that BN is the best choice for the people through its continuous development programmes.

    ReplyDelete
  35. Musa expressed his confidence that Sabah will continue to grow especially in the rural areas due to the commitment of the government led by Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  36. He said the BN government ensured development for all irrespective of their faith and political ideologies.

    ReplyDelete
  37. “That is the BN concept of serving the people. The elected representatives of BN will always work hard to serve the people because they know they have been voted by the people and so it is their responsibility to serve them,” he added.

    ReplyDelete