Search This Blog

Monday, October 22, 2012

Amangate: Umno tenggelam di laut dalam

Kim Quek

Kegiatan menyeludup dan memindah wang dari sesebuah negara dengan jumlah yang banyak secara haram disebut sebagai penyeludupan dan perpindahan wang haram.

Parlimen seharusnya menimbang untuk menapis kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Ini kerana Nazri memberi jawapan yang bercanggah dalam tempoh yang amat singkat iaitu hanya seminggu berhubung penyeludupan wang sebanyak RM40 juta (S$16 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kedua-duanya menafikan bahawa wang itu adalah untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Sebaliknya mereka mendakwa bahawa wang itu adalah sumbangan untuk Umno Sabah.

Parlimen juga harus menimbang untuk menyanggah kenyataan Najib kerana menafikan percubaan Michael Chia Tien Foh untuk menaiki pesawat dengan wang tunai tersebut sebagai bukan satu perbuatan penyeludupan wang dan melanggar undang-undang.

Pada 11 Oktober, ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chan, Nazri berkata Peguam Negara telah memutuskan bahawa rasuah tidak dapat dibuktikan berdasarkan laporan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nazri menambah, bahawa berdasarkan hasil siasatan SPRM, Suruhanjaya Anti Rasuah Bebas Hong Kong (ICAC) tidak mengambil sebarang tindakan lanjut.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai pada hari yang sama, Nazri berkata siasatan kes dijalankan oleh SPRM tetapi ICAC menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kes ini.

Suatu ketika, Nazri menyatakan kes ini disiasat oleh SPRM di mana Peguam Negara memutuskan tidak ada rasuah.  Pada ketika yang lain, beliau berkata ia bukan disiasat oleh SPRM tetapi ICAC yang menjalankan siasatan dan memutuskan bahawa tidak ada rasuah.

Pelbagai percanggahan


Percanggahan-percanggahan yang dapat dikesan adalah membingungkan. Mungkinkah Nazri memikirkan bahawa Peguam Negara dan kredibiliti SPRM tidak cukup bagus untuk rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu, beliau menyandarkan penemuan-penemuan kes ini kepada ICAC yang terkenal dengan kecekapan dalam memerangi rasuah dengan harapan untuk mendapatkan sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia. Kalau tidak, masakan beliau dapat menyelaraskan kenyataan-kenyataan yang bercanggah itu.

Malahan, Nazri bukan sahaja menghadapi masalah untuk menyelaraskan kedua-dua kenyataan yang berbeza itu tetapi beliau juga menghadapi masalah untuk menyelaraskan kedua-dua kenyataan ini dengan kenyataan SPRM beberapa hari sebelum ini.

Pada 5 Oktober lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, bahawa siasatan terhadap wang tunai di Hong Kong masih berjalan kerana panel yang meneliti kes ini meminta lebih banyak bukti.

Selain dari pelbagai percanggahan ini yang ditujukan kepada Nazri di parlimen, kenyataan beliau bahawa ICAC sudah membuat keputusan bahawa tidak ada rasuah dalam kes ini masih boleh diragukan.

Terdapat bukti bahawa wang tunai S$16 juta yang dirampas pada 14 Ogos 2008 itu hanya dilepaskan pada penghujung tempoh rampasan atau simpanan selama tiga tahun apabila ICAC gagal untuk membuat keputusan tentang kes ini disebabkan keengganan kerajaan Malaysia menghulurkan kerjasama dalam menjalankan siasatan.

Jika tidak ada kes sepertimana yang didakwa oleh Nazri dan Najib, perlukah pihak berkuasa Hong Kong menyimpan wang itu sehingga tamat tempoh tiga tahun, satu tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang?

Malahan, Michael Chia ditangkap dan disiasat atas kesalahan penyeludupan dan pemindahan wang.

Penafian Najib tidak bertanggungjawab


Kegiatan menyeludup dan memindah wang dari sesebuah negara dengan jumlah yang banyak secara haram disebut sebagai penyeludupan dan perpindahan wang haram.

Saya tidak nampak kenapa Najib menyifatkan perbuatan itu bukan sebagai penyeludupan hanya kerana Nazri telah menjawab soalan- soalan di parlimen – dengan jawapan yang buruk.

Menjawab satu soalan dalam sidang media pada 19 Oktober lalu, sama ada terdapat asas untuk mendakwa wang itu diseludup atau di pindah melalui Hong Kong, Najib berkata, “tidak, iannya telah pun diterangkan dalam parlimen.”
Dengan jawapan itu, sudah tentu Najib merujuk kepada jawapan Nazri yang mencurigakan itu. Adalah sangat dikesalkan sebagai seorang perdana menteri, beliau hanya berdasarkan jawapannya berhubung dengan skandal yang serius di atas asas yang tidak kukuh.

Ahli-ahli parlimen harus mendesak perkara-perkara berikut daripada Nazri di parlimen, di samping meminta beliau menerangkan berbagai percanggahan pada kenyataan-kenyataan di atas.

1. Pendedahan penuh mengenai komunikasi di antara kerajaan Hong Kong dan Malaysia tentang isu ini, terutama sama ada ICAC telah mengemukakan penemuannya kepada SPRM termasuk carta aliran wang keluar mengekori rasuah kayu balak Sabah sehingga wang itu masuk ke dalam akaun Musa Aman di bank UBS AG di Zurich, Switzerland.

Maklumat mengenai sama ada ICAC meminta kerjasama antara negara dan sama ada ICAC telah menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada rasuah dalam kes ini dan pihaknya telah memutuskan untuk berhenti dari terus menyiasat kes ini.

2. Bilakah SPRM memulakan siasatannya dan sama ada ianya masih berjalan. Jika ia masih berjalan, kenapa SPRM tidak mampu menyelesaikan tugasnya setelah sekian lama melakukan penyiasatan.

3. Apakah peranan yang dimainkan oleh Peguam Negara dalam hubungan dengan pihak berkuasa Hong Kong dan mengenai kerajaan Malaysia, terutamanya SPRM.

Melainkan jika Nazri dapat memberi jawapan yang memuaskan, beliau harus digantung dan dirujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (keistimewaan-keistimewaan dan kuasa) untuk siasatan lanjut.

98 comments:

  1. tidak ada Nazri cakap bahawa kes itu TIDAK disiasat oleh sprm.. inilah kerja media dan pemimpin2 pembangkang.. putar belit dan recycle isu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opposition really good in spinning the minister's statement.

      Delete
    2. The news just mention of Nazri statement, and now it become this....

      Delete
    3. So now what the opposition what? turning the white to black?

      Delete
    4. tidak mengejutkan kalau media2 pembangkang dan pemimpin2 pembangkang putar belit dan kitar semula isu ini kerana itulah kepakaran mereka...

      Delete
    5. Sokongan penduduk Sabah kepada BN di Negeri itu tidak pernah pudar pun.

      Delete
    6. Memang isu ini sengaja diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

      Delete
    7. Tidak perlulah terpedaya dengan permainan yang buat ini. Kalau benar datuk Musa bersalah rasanya dari dulu lagi beliau sudah dijatuhkan hukuman.

      Delete
    8. Kita percaya yang mana DAtuk Musa tidak akan terlibat dengan pelbagai kes Rasuah yang diberitakan.

      Delete
    9. Semua ini juga telah disahkan oleh SPRM dan ICAC sendiri. Jadi ini bermakna Datuk Musa sememangnya bebas daripada semua ini.

      Delete
  2. jika benar ada unsur2 penyeludupan wang haram, kenapa ICAC tidak mengambil sebarang tindakan memandangkan kes itu berlaku di Hong Kong?? bukankah itu kawasan mereka?? peguam negara tidak akan mempunyai apa2 hak untuk menghentikan siasatan di Hong Kong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ICAC sudah mengesahkan tiada sindiket rasuah.

      Delete
    2. The opposition claimed that our govt was the one who refused to cooperate with the ICAC. Can the opposition proves this allegation?

      Delete
    3. Itulah sebabnya, pembangkang tidak mau akui kesalahan sendiri, masih nak ikut Sarawak Report.

      Delete
    4. Bukankah pihak Malaysia dan Hong Kong sama2 akui withdrawn the charges against CM Musa Aman.

      Delete
  3. jika pembangkang mahu mengatakan bahawa ICAC tidak terlibat dengan siasatan ini, bagaimana pegawai2 ICAC boleh sampai ke sabah untuk menyiasat Micheal Chia dan Richard Barnes??

    ReplyDelete
    Replies
    1. The oppositions like to create their own 'facts'.

      Delete
    2. Tidak mungkin dari awal ICAC tidak terlibat dalam siasatan, kan pembangkang yang sering sebut ICAC sedang menyiasat Musa Aman.

      Delete
    3. Ataupun pembangkang yang bohong, sebenarnya tiada kes ni!

      Delete
  4. kesimpulannya, kes ini telah disiasat oleh kedua2 badan pencegahan rasuah.. jika kedua2 badan pencegahan rasuah ini memutuskan tidak ada kes atau tidak wujud elemen rasuah atau penggubahan wang haram, akur saja la..

    badan pencegahan rasuah mempunyai prosedur siasatan mereka sendiri yang lazimnya diguna pakai untuk semua kes2 yang berkaitan rasuah.. mereka lebih tahu sama ada benar individu itu terlibat atau tidak berdasarkan SIASATAN, bukannya TEORI politik pembangkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. What have been speculated by the opposition was merely to confuse the public.

      Delete
    2. Buat lawak je la ni, ular patuk ekor sendiri.

      Delete
  5. jika pembangkang tidak berpuas hati, dedahkan sahaja bukti baru dan serahkan kepada SPRM atau ICAC.. tidak perlu melalak di media2 pembangkang seolah2 pembangkang lebih arif dalam selok belok siasatan berbanding dengan pegawai2 penyiasat itu sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Why the oppositions wasting their time to speculate? Just show what they got and prove it!

      Delete
    2. Mana mereka ada bukti, mereka pun bergantung kepada Sarawak Report juga, pada hal SR pun beri gambar palsu tentang Danum Valley.

      Delete
  6. ketika Anwar memberikan jawapan yang berbeza dengan Nurul Izzah dan Tian Chua berhubung dengan isu jet mewah, kenapa tidak dipersoalkan?? kenapa tidak asak dengan pelbagai bentuk persoalan?? kenapa pembangkang bersikap double standard jika benar mereka mahukan kerajaan yang bersih, adil, jujur dan berintegriti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is why the opposition could not be the government. They are practicing double standard!

      Delete
    2. Bias ni, bias terhadap geng lain, geng lain buat apa je mereka akan kecoh.

      Delete
  7. Anwar juga tidak mendedahkan berapa kos sewaan jet mewah itu kepada umum setelah pemiliknya mengakui bahawa jet itu MEMANG disewa.. bermakna Anwar juga menyembunyikan perkara yang sepatutnya diketahui umum.. kenapa media pembangkang tidak serang Anwar?? adakah ketelusan itu hanya perlu dipihak BN tetapi tidak dipihak pembangkang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. The oppositions active 'attacking' the government because they want to sweep their own misdeeds under the carpet. LAME!

      Delete
    2. Mana ada mereka sewa jet tu, free ba..

      Delete
  8. ICAC adalah badan yang amat cegas dan tidak dikawal mana-mana badan kerajaan. Jadi, keputusan ICAC boleh dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ICAC stands for Independent Commission Against Corruption.

      Delete
    2. Sebelum ini pakatan memang cakap ICAC boleh dipercayai, tapi selepas ICAC withdrawn tu charges against Musa Aman, pakatan cakap terbalik juga.

      Delete
  9. Selagi tiada bukti yang selanjutnya, kes ini sudah berakhir buat masa kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Case is closed. Therefore, all speculations should be stopped.

      Delete
  10. Replies
    1. The government itself needs to clear the air by telling the truth without leaving unanswered questions.

      Delete
  11. Harus mengemukakan bukti yang lebih kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The opposition is judging the government using the 'street laws'.

      Delete
  12. Both SPRM and ICAC already clarify there is no corruption. Nothing can be done if no further evidence.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppositions are barking for the answer that they want to listen only.

      Delete
  13. Kes ini menjejaskan imej baik Musa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Although this controversy has tainted Musa's good image, but the people still have trust in him that he is the best CM ever.

      Delete
  14. SAPP sudah pun buat laporan polis, kami menanti perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  15. Berapa diantaranya yang benar didakwa atas kes rasuah? Banyak diantaranya masih bebas dari tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No one is above the law. That is what it supposed should be.

      Delete
  16. Badan SPRM seharusnya badan yang benar berkemampuan untukmencegah rasuahan. Badan ini tidak harus dalam kawalan mana-mana parti atau kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPRM telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

      Delete
    2. Isn't the SPRM should be an independent organization?

      Delete
  17. Tiada apa yang salah dengan kenyataan Nazri. Pembangkang saja memusingkan kenyataan Nazri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opposition will always be the opposition. Spinning the facts is their talent.

      Delete
  18. dalam kes ini kan dah jelas musa aman tak bersalah.

    ReplyDelete
  19. umno akan tetap kukuh, walaupn dilanda plbagai kontroversi.

    ReplyDelete
  20. Sabah Barisan Nasional (BN) Secretary, Datuk Abdul Rahman Dahlan, said it is not illegal for any Malaysian to give money to a political party of his or her choice - or to anybody for that matter.

    ReplyDelete
  21. "Should the donor wish to remain under the cloak of anonymity, the request should be respected as long as the donation stays within the confines of the law. "

    ReplyDelete
  22. Musa dah nafikan semua dakwaan ini. dia tegaskan bahawa dia tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia.

    ReplyDelete
  23. "But the opposition's world thrives on the axis of inequality and double standards. Allow me to illustrate my point. When the donation falls into Umno's coffers, the source must be revealed immediately.

    ReplyDelete
  24. terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well well well..oppositions have nothing to say other than this issue.

      Delete
    2. ianya adalah disebabkan oleh kepentingan politik pembangkang...kalau tidak putar belit dan kitar semula, pembangkang tiada modal untuk dipolitikkan lebih2 lagi masa2 kritikal sekarang di mana pru13 makin hampir...

      Delete
  25. Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu.

    ReplyDelete
  26. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula menyiasat Musa selepas Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong ingin mendapatkan maklumat mengenai isu itu.

    ReplyDelete
  27. ICAC telah meminta kerjasama SPRM selepas peniaga kayu Sabah, Michael Chia telah ditahan dan didakwa dengan pengubahan wang haram pada tahun 2008 kerana cuba menyeludup S$16 juta (RM40 juta) daripada Hong Kong.

    ReplyDelete
  28. SPRM bersetuju untuk bekerjasama dengan rakan sekerja di Hong Kong itu dan telah mendapati wang yang dipersoalkan itu bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

    ReplyDelete
  29. Agensi itu kemudian melaporkan kembali kepada ICAC dengan maklumat dan pihak berkuasa Hong Kong itu memutuskan untuk menggugurkan perkara tersebut dan menarik kembali aduan kepada Mahkamah Switzerland.

    ReplyDelete
  30. ICAC dah gugurkan kes ini, jadi tak perlu nak perbesarkan lagi kes ini.

    ReplyDelete
  31. ICAC dikenali badan pencegah rasuah paling telus dan serius dalam menangani rasuah. jadi keputusan ICAC tak dipengaruhi mana2 pihak.

    ReplyDelete
  32. Did you ever heard that opposition declare their donor? the opposition, too, receives political donations from all and sundry.

    ReplyDelete
  33. The new multi-million ringgit DAP headquarters in Penang which cost about RM3.5 million and according to Penang DAP Chairman, the money was collected through donations.

    ReplyDelete
  34. Senior DAP leader on Twitter who financed the building replied in no uncertain terms that the millions collected were from DAP's well-wishers and loyal supporters.

    ReplyDelete
  35. When individuals give money to DAP, it is called 'sincere donation' but when it happened on Umno, the opposition accuses Umno of cronyism, corruption and abuse of power.

    ReplyDelete
  36. Opposition must be finding themselves in a very awkward position when Nazri announces that Musa Aman was not involve in any corruption.

    ReplyDelete
  37. I dun think the case will effect Umno, it just a contribution from anonymous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya BN Sabah tetap stabil, cuma pembangkang yang masih gagal untuk bersatu.

      Delete
  38. Receiving contribution is normal for political parties, dun be bias and impose wrong idea into it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menerima sumbangan itu pekara biasa, tapi ada yang sengaja politikkannya.

      Delete
  39. UMNO will not sink, but the opposition.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dilihat pembangkang sedang sibuk untuk mainkan isu ini.

      Delete
  40. The Opposition should not question Sabah Umno's RM40 million political donation from unknown sources because DAP had also received RM3.5 million from supporters to build a new building in Penang said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri said it was not an offence for any party, including the Opposition, to receive donations for their political activities.

      "There is no problem. Any party can receive donations. We understand DAP had also received. But Umno received more because there are more Umno supporters.

      Delete
  41. "Political donations are not an offence. But if it is to become an offence, we are ready to enact such laws," he told Tan Kok Wai (DAP-Cheras) during a question and answer session in Dewan Rakyat here today.

    The Attorney-General’s Chambers had decided that there was no element of corruption in the case against Sabah Umno receiving donations.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazri said the contribution was to the Sabah Umno and not for the personal use of Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

      He clarified that the donation to Sabah Umno was investigated by Hong Kong's Independent Commission Against Corruption (ICAC) and not the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC).

      Delete
  42. It was ICAC that investigated and later closed the case. The money was banked into the Sabah Umno account and not to any individual,” he said.

    Nazri who was also asked how many leaders were being investigated by the MACC said a former Menteri Besar, two Members of Parliament, two exco members and two state assemblymen were being investigated.

    "We cannot reveal the identity of the individuals because it will jeopardise investigations," he said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the Government will consider the proposal to have a new law to prevent foreign intervention in the country through the influx of foreign funds.

      He said “the influx of foreign funds for such purposes will cause us to become agents of foreign powers and we will be forced to create lies to destabilise the country."

      Delete
    2. We are in support of any measures to ensure that terrorist activities are not carried out in our country. In addition, we already have an Anti Money Laundering and Anti-Terrorist Financing Act in place. There are already other acts that prevents entities and persons from becoming foreign agents in this country.

      Delete
  43. Putrajaya revealed today that businessman Michael Chia was never caught in Hong Kong holding large sums of Singapore currency as reported, in the latest twist to the saga over a RM40 million political donation for Sabah Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “According to MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission), Chia was never arrested in Hong Kong... that is the MACC’s answer.

      “And (Hong Kong’s) ICAC (Independent Commission Against Corruption) never caught Michael Chia,” Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said when wrapping up committee stage debates on Budget 2013.

      Delete
    2. The Padang Rengas MP explained that the RM40 million, which was allegedly meant for Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman, was actually frozen in an investment account in Hong Kong.

      Delete
    3. Nazri admitted, however, that he was not certain of the exact details but said that the money in the Hong Kong account was later meant to be transferred to an account in a Swiss bank.

      “That is my understanding of the case,” he told the House.

      Delete
  44. isu ini akan berlarutan sebab ianya sudah jadi bahan politik.

    ReplyDelete