Search This Blog

Monday, October 22, 2012

Pemuda SAPP sertai penduduk kampung membantah rampasan tanah

KUDAT, Oktober 20, 2012: Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Tanjung Kapur bersama penduduk Kampung Loro Kecil dekat sini telah mengadakan demonstrasi membantah rampasan tanah di kampung itu.

Kes rampasan tanah oleh syarikat swasta dan pihak perseorangan semakin menjadi-jadi di kampung itu sejak kebelakangan ini, kata Pemuda SAPP Tanjung Kapur.

"Baru-baru ini SAPP dapati sebuah syarikat swasta telah berjaya merampas tanah di kampung ini. Selain itu ada dua orang perseorangan turut melakukan perkara sedemikian.


"SAPP tidak akan membiarkan kes seperti ini terus berlaku dimasa hadapan samada di kampung ini mahupun dimana-mana sahaja di Sabah.

"Dasar reformasi tanah SAPP memberi jaminan bahawa kes rampasan tanah seperti ini tidak akan berlaku lagi malah rakyat yang tidak mempunyai tanah akan diberi tanah," kata Ketua Pemuda SAPP Tanjung Kapur Frankie Chong.

Beliau berkata demikian pada majlis turun padang di Kampung Loro Kecil dekat sini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Kawasan (CLC) Tanjung Kapur Peter Tsen, Setiausaha Pemuda SAPP Stephan Gaimin dan Pemuda SAPP Api-Api Ansylem Yong.

Pemuda SAPP turut membuat tayangan video mengenai rampasan tanah yang sedang berleluasa di Sabah di Kampung Longgom Kecil dekat sini diikuti dengan penerangan mengenai isu-isu semasa.

Frankie menyatakan kehidupan para penduduk kampung pada masa semakin sukar kerana harga barangan sentiasa naik.

18 comments:

  1. SAPP sertai penduduk kampung membantah rampasan tanah tapi mereka sendiri rampas tanah

    ketika YTL jadi KM Sabah, geran2 tanah untuk kampung2 tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff ambuyat memang patut rakyat diutamakan bukannya poket kroni umno

      Delete
    2. jeff ambuyat dan kris jr adalah pengkhianat negeri sabah. dibayar oleh UMNO dan kroni untuk menjadi cybertrooper. sangat memalukan kelakuan anda dengan membuat fitnah kepada sapp kalau betul seperti yang anda utarakan pergilah buat laporan polis dan tunjuk bukti.

      Delete
  2. SAPP sertai penduduk kampung membantah rampasan tanah tapi mereka sendiri rampas tanah

    Hak rakyat lain yang dikatakan diambil olh YTL ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan, Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, Tanah2 Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd..

    ReplyDelete
  3. SAPP sertai penduduk kampung membantah rampasan tanah tapi mereka sendiri rampas tanah

    "malah rakyat yang tidak mempunyai tanah akan diberi tanah"..

    macam pemuda sapp mahu memberikan tanah kepada semua penduduk sabah yang tidak mempunyai tanah?? bukankah sebelum ini YTL sendiri mengatakan bahawa ketua menteri sabah tidak mempunyai kuasa meluluskan tanah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan mengutamakan rakyat dalam kes tanah NCR, pembangkang tidak harus memutar belit keadaan. a

      Delete
  4. Kerajaan tidak mendiskriminasi penduduk2 asal Sabah dalam menyelesaikan masalah tanah NCR

    ReplyDelete
  5. SAPP dulu pn ada buat rampasan tanah jg.

    ReplyDelete
  6. ISSUES relating to the rights of the natives in Sabah have always been given attention, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.He also gave an assurance that the government would not undermine the rights of natives to own land in the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He was allaying fears of the government sidelining claims for Native Customary Rights land and that it was being discriminative in the issuing of titles to indigenous people.

      Delete
    2. "The state is administered by natives, too, and to protect as well as to preserve the rights of the indigenous communities will always be our priority.

      Delete
    3. Datuk Musa also said : "Instead of manipulating the NCR issue, everyone should cooperate and help ensure the rights of the indigenous people are protected,"

      Delete
    4. n the last 15 years, the Land and Survey Department received 615 claims for NCR land involving 1,164 people throughout the state.

      Of the total, 207 cases were given recognition, 70 cases were dropped while 338 were still being investigated,

      Delete
    5. Datuk Musa also said of the 348,652 land titles issued by the department until last year, 55 per cent of 190,452 were native titles issued to indigenous owners.In terms of size, the area issued with native titles make up 24 per cent or 487,680ha of the total 1.9 million hectares of land issued with titles.

      Delete
    6. Since 2000, a total of 41 cases related to NCR land claims were filed in court involving 1,243 people from across the state.

      Delete
    7. Of the total, 10 cases involving 1,021 claimants were dropped, four cases were ruled in favour of its 17 claimants and five cases involving 17 claimants ended with consent judgment.

      Delete
  7. There were also four cases withdrawn by the five claimants and 18 cases with its 183 claimants have yet to be decided by the courts.

    ReplyDelete