Search This Blog

Thursday, January 16, 2014

Anwar diragui kepimpinannya selepas gagal selesaikan isu Bible

TENOM - Bekas Timbalan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), sependapat dengan bekas Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas kegagalannya menyelesaikan isu rampasan lebih 300 Bible dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) baru-baru ini.

Beliau berkata, kelantangan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini konon beria ia membela rakyat pelbagai kaum dan Agama bukan lagi menjadi sandaran tetapi kelibatnya hampir sama dengan pemimpin Umno.

Tindakan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) dan Lau Weng San (Kampung Tunku) kerana berani mencadangkan pemansuhan ke atas Enakmen 1988 yang menyekat bukan Islam dari menggunakan 35 perkataan Arab dalam amalan beragama mereka termasuk Allah setidak tidaknya diambil sikap positif Anwar, tegasnya.

“Selain daripada kedua-dua ADUN muda itu, adakah lagi orang lain yang mempunyai keberanian sama ada di Selangor dan seluruh negara untuk tampil menyelesaikan isu itu.“Saya kecewa dengan Anwar, sekali lagi beliau gagal menunjukkan kepimpinannya apabila ia amat diperlukan,”katanya pada Khamis ketika mengulas berhubung pendirian Datuk Seri Anwar dalam isu rampasan Bible dalam Serbuan JAIS dibangunan PBM.

Mutang yang juga bekas calon Parti Kita dikawasan Parlimen Tenom tetapi tewas dan hanya mendapat undi sebanyak 420 orang berkata, ketokohan Anwar dan PKR kini sudah mulai pudar dikalangan masyarakat KDM diSabah kerana kegagalannya itu memberi pengertian yang mendalam terhadap keikhlasannya untuk memimpin negeri ini lebih baik daripada Umno.

“Cukup dan cukuplah!...saya harap saudara saudara masyarakat kita diSabah amat mengerti dengan lakonan dan sandiwara pemimpin ini...kita juga ada maruah dan harga diri untuk mengelakkan dari mempercayai politik mereka.

“Kecuali, PR mengetengahkan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mempunyai pandangan hampir selari dengan pembangkang berhubung isu kalimah Allah.

“Sesiapa yang membaca tulisan-tulisan Dr Asri dan penulis lain yang progresif akan menyedari bahawa ajaran Islam adalah lebih luas dan lebih mendalam maksudnya daripada yang disaji oleh kumpulan jabatan agama UMNO,” tegas Mutang.

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment