Search This Blog

Saturday, January 18, 2014

APS minta penjelasan Mahkamah Anak Negeri kenapa samannya kepada mufti belum didengar

KENINGAU - Angkatan Perubahan Sabah (APS) disini meminta pihak Mahkamah Anak Negeri (MAN) Keningau agar memberikan penjelasan sebab sebab saman yang difailkan terhadap Mufti Negeri Sabah bertarikh 8 Oktober 2013 rujuk MAN/KGU/100-1/1Vol.1V/1(280) sehingga kini belum didengar disini.

Pengerusinya Paul Kadau (gambar), berkata, sedangkan mengikut Enakmen MAN 1992 Bahagian 111, Bidangkuasa dan Kuasa MAN 6 (1) tiap tiap Mahkamah Anak Negeri hendaklah menjalankan bidang kuasa asal tertakluk kepada peruntukkan Enakmen ini untuk mendengar , membicarakan, memutuskan dan melupuskan kes kes berikut;

(a) Kes kes yang timbul daripada pelanggaran undang undang atau adat anak negeri yang semua pihaknya adalah anak negeri.

Tegasnya, beliau percaya bahawa perbicaraan wajib dijalankan oleh kerana perbuatan Mufti Sabah itu jelas telah melanggar undang undang atau adat anak negeri.

Masyarakat KDM mahu melihat institusi Mahkamah Anak Negeri yang mengurus tadbir hal ehwal adat istiadat masyarakat itu perlu diperkasakan untuk selama lamanya dimana perbicaraan itu tidak boleh digagalkan kerana bimbang masyarakat KDM akan memberi tanggapan negatif bahawa institusi MAN hilang krediblitinya sebagai sandaran komuniti itu mempertahankan adat dan senibudayanya, tegas beliau.

Selain itu, Paul menegaskan bahawa pendiriannya tidak pernah pudar untuk terus mempertahankan maruah masyarakat KDM yang harus dihormati oleh semua pihak sebagaimana KDM juga diharuskan menghormati adat dan senibudaya masyarakat lain.

“ Mufti Sabah Aziz Jaafar harus membayar sogit kepada masyarakat KDM sebagai jalan terbaik untuk menyelesai dan melenyapkan isu ini dimata masayarakat KDM.

“ Sebaliknya, jika beliau (Mufti) itu masih engkar atau tiada usaha dilakukan oleh pihak tertentu khususnya MAN Keningau menyahut seruan kami, maka APS bercadang akan mengadakan demonstrasi aman dihadapan MAN Keningau,” kata beliau pada Jumaat.

Dalam pada itu, Paul turut meminta pendirian daripada pemimpin Agung KDM Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung isu tersebut kerana kenyataan Mufti itu turut mengaitkan etnik Kadazan sebagai “ciptareka” yang membawa kesan negatif kepada gelaran “Huguan Siou”.

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment