Datuk Dr Lucas Umbul (kanan sekali) |
Walhal tegasnya, dokumen tersebut amat penting bagi menyokong hujahnya berhubung usul yang telah dibentangkan beliau diDewan Negara tahun lepas (November 2013) berkaitan dengan langkah langkah yang telah diambil jabatan itu untuk menangani masalah banjir yang kerap berlaku disini.
Katanya, dengan adanya dokumen itu, hujahnya kelak akan dapat memberi gambaran yang jelas setakat mana tindakan yang telah diambil buat masa sekarang selain beberapa lokasi yang sedang dalam perancangan yang masih dalam kajian supaya dapat dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk perhatian khusus.
“Sebenarnya, niat kita adalah jujur dan ikhlas untuk membantu rakyat khususnya dikawasan yang sering dilanda banjir untuk dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan supaya dapat diambil perhatian serius.
“Meskipun tidak terniat untuk mengambil alih peranan wakil rakyat didalam isu ini namun dalam kesempatan itu, ketika menghadiri sidang di Dewan Negara, masa terluang bagi saya menyampaikan denyutan nadi rakyat dengan harapan agar masalah itu dapat ditangani sebaik mungkin.
“Manakala, pegawai itu perlulah memberi kerjasama kepada kami untuk membekalkan dokumen yang berkaitan dan relevan dalam masalah tersebut agar usaha kearah menangani masalah itu mencapai matlamatnya kerana segala galanya dilakukan demi kepentingan rakyat,” kata beliau ketika memberitahu media pada Khamis.
Lucas yang juga merupakan Naib Presiden UPKO berkata demikian ketika memberitahu media berhubung perkembangan tindakan kerajaan Persekutuan selepas isu kekerapan banjir besar dikedua dua sungai disini iaitu Sungai Padas dan Pegalan dikemukakannya didalam persidangan Dewan Negara pada tahun lepas (2013).
Difahamkan bahawa semasa persidangan itu, Senator Datuk Dr Lucas Umbul telah mengemukakan usul semasa sesi soal jawab lisan meminta kerajaan menyatakan apakah langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kekerapan banjir besar berlaku diPedalaman khususnya di Tenom sejak beberapa tahun lalu.
Lucas menegaskan bahawa disebabkan kekerapan banjir besar itu berlaku, ianya banyak mengakibat kerosakan terhadap harta benda penduduk kira kira lebih 3,000 orang terutamanya mereka yang tinggal dilokasi pesisiran Sungai Padas dan Sungai pegalan terlibat dengan masalah kejadian tanah runtuh disebabkan hakisan yang serius sejak tahun 2008 klagi.
No comments:
Post a Comment