Search This Blog

Wednesday, April 27, 2011

Haram baca Utusan Malaysia, tegas Dr Haron Din

Mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.
Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji Abidin menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

13 comments:

  1. I'm not interested in reading it. Too much racism.

    ReplyDelete
  2. I'm agree with Dr Haron Din.

    ReplyDelete
  3. Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
    27/04/2011 1:56pm

    KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.
    Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

    "Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkanSuara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.
    "Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan

    ReplyDelete
  4. terserahlah kepada setiap orang untuk menilai setiap pekara atau isu.

    ReplyDelete
  5. putar2 la pla.

    ReplyDelete
  6. Utusan Malaysia is full of racism elements. It should be ban.

    ReplyDelete
  7. alai said...

    "Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram"

    Kalau dah akhbar fitnah dan pembohong, mereka ini tidak kira sapa pun... sampaikan Ustaz Haron Din punya kenyataan pun mereka sanggup pusing dan jadikan modal politik fitnah mereka.. ini bukan pertama kali, malah sudah banyak kali..

    ReplyDelete
  8. akbar Suara Keadilan kantoi menipu rakyat..

    ReplyDelete
  9. ini la hukum putar alam. putar sana sini, putar kemari... pancut sini, pancut sana, pancut sanasini, pancut luar, pancut dalam, pancut luardalam... menggerunkan....

    ReplyDelete
  10. Bairlah mereka membaca. Siapa kamu yang kata haram untuk membaca utusan. Apa yang penting utusan membetulkan info yang diberikan. Terpulang kepada pembaca itu sendiri.

    ReplyDelete
  11. aiks boleh pula main haram2. hehhee

    ReplyDelete
  12. bagi saya tak salah baca, tapi harus bijak membuat penilaian. Jangan main bedal ikut rasa ja. huhu

    ReplyDelete