PRIHATIN….. Pemuda SAPP membantu penduduk bergotong royong menarik keluar sampah sarap dan kayu kayan di salah satu daripada pembetung yang tersumbat.
Penduduk Kg Kanar dalam daerah Tenom merasa kecewa dengan sikap dingin pihak tertentu khususnya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ yang tidak prihatin terhadap beberapa masalah pembangunan dan terus menghilangkan diri.; terutamanya selepas perkampungan itu dilanda bencana alam banjir kilat baru-baru ini.
Sebagai wakil kerajaan yang bertanggung jawab mengurus masalah rakyat dari segi pembangunan atau bencana alam di peringkat kampung, Pengerusi JKKK seharusnya bertindak lebih proaktif berhubung masalah tersebut, tetapi sebaliknya terus mengabaikan tanggung jawab tersebut dan membiarkan rakyat merintih tanpa bantuan.
Sepanjang 2011, sudah dua kali Kg Kanar mengalami banjir kilat disebabkan masalah pembetung tersumbat, selain masalah sungai kotor sebagai punca air banjir cepat melimpah keluar dari sungai setiap kali banjir berlaku.
“Kami diperlakukan seperti bola, disepak ke sana dan ke sini apabila kami mengadu masalah tersebut. Pengerusi JKKK pula menghilang diri entah ke mana perginya,” kata Jamikir Ibrahim, 60, seorang pesara kerajaan yang kesal dengan perilaku pihak tertentu ketika ditemui baru-baru ini.
“Kami sudah bosan dengan kelibat mereka yang berdolak dalik,” katanya lagi yang kemudiannya mengambil keputusan mengadakan gotong-royong untuk menjalankan pembersihan sungai yang dicemari sampah sarap serta kayu-kayu buruk yang dihanyutkan banjir kilat baru-baru ini.
Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Melalap yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi tidak ketinggalan turut membantu penduduk di situ menjalankan gotong-royong tersebut. Turut serta dalam gotong-royong tersebut, Ketua CLC Melalap, Jimmy Jawatah.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda telah digunakan untuk menarik batang-batang kayu sebesar pemeluk ke tepian sungai menggunakan ‘winch’.
Congrats SAPP! Keep up the good work.
ReplyDeleteBaru tanggung jawab begini sudah tidak dapat jalankan tugas, bagaimana kalau diberi jawatan tinggi? Syabas SAPP...teruskan perjuangan mendekati rakyat.
ReplyDeleteJKKK forgotten their role and responsibility to the people.
ReplyDeletelaporkan JKKK yang lalai kepada pihak berwajib.
ReplyDeleteJKKK yang lupa tanggungjawab mereka kepada penduduk kampung dan hanya tahu makan duit rakyat saja harus disingkirkan..
ReplyDeleteBagus lagi ba gotong royong. Selagi boleh ditanggani sendiri, buatlah saja :)
ReplyDeleteApapun, pihak yang berkenaan seharusnya lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.
ReplyDeleteJKKK lari? apa hal pula
ReplyDeleteLain kali jangan pilih tu orang lagi jadi JKKK.
ReplyDeletepihak yang berkaitan perlulah peka terhadap tugas mereka.
ReplyDeletegotong royong amalan mulia.
ReplyDeleteTerima kasihlah kepada SAPP keran tiba-tiba rajin. Harap SAPP akan terus melakukan amalan mulia ini.
ReplyDeleteJKKK harus ditukar jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab sekecil ini.
ReplyDeleteJahanam Kampung Kalau Ketua (JKKK)-kaki berbini,hutang along,botol,judi,iso sikul,penakut ,tamak projek dan pemalas
ReplyDeletein my kampung, we will have the gotong royong activity every month in order to prevent such problem. we don't need politicians to raise our awareness.
ReplyDeletesadisnya...
ReplyDeleteJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) patutnya lebih prihatin terhadap masalah yang dilandai oleh penduduk tersebut.
ReplyDeleteJKKK should remember their responsibilities.
ReplyDeleteWell, they are not alone, at least SAPP is there to help.
ReplyDelete