PENGERUSI CLC SAPP N7 Kadamaian, Agnes Liewpin tidak dapat membayangkan betapa sengsaranya rakyat di Kampung Bundu Paka, Kadamaian, Kota Belud yang terpaksa menggadai nyawa melalui jambatan gantung maut semata-mata untuk meneruskan kehidupan dan mengeluarkan hasil pertanian mereka.
Agnes yang mengambil kesempatan melawat jambatan gantung Kg. Bundu Paka yang menuju ke sawah padi, kebun getah penduduk kampung dan juga Pusat Pelancongan Kilombun semasa mengadakan perjumpaan dengan ahli SAPP Cawangan Bundu Paka, Kota Belud, baru-baru ini.
Agnes yang diiringi oleh Ketua Cawangan, Bahingki Pandiling dimaklumkan bahawa jambatan gantung tersebut tidak diselenggara sejak dua tahun lalu sehingga sangat berbahaya kepada penduduk yang menggunakannya setiap hari.
Mengikut penjelasan Ketua Kampung, Singan, pihaknya telah membuat permohonan untuk membaiki jambatan gantung tersebut dengan semua pihak termasuk Pejabat Daerah Kota Belud, tetapi sehingga masa kini, tidak ada pihak yang tampil membantu.
Kata Singan lagi, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain dan bertawakkal untuk melalui jambatan maut ini disebabkan tidak ada laluan lain yang boleh digunakan untuk ke kampung seberang.
"Jambatan gantung ini sangat penting kepada penduduk kampung yang menggunakannya setiap hari ke seberang sungai untuk mengusahakan tanah-tanah mereka. Bayangkan betapa sukarnya mereka mengeluarkan hasil sehingga terpaksa menggadai nyawa,” ujar Agnes yang turut memberanikan diri melalui jambatan maut berkenaan bagi merasaikan perasaan cemas penduduk kampung setiap hari.
Lagipun kata Agnes, Pusat Pelancongan Kilombun yang terletak di seberang sungai juga merupakan suatu tarikan pelancong luar negara bagi aktiviti Water Rafting.
“Kita dukacita kerana pada 5 November ini, suatu acara Larian Tahan Lasak Sedunia akan diadakan di Kg Lobong-Lobong dan akan menggunakan jambatan yang amat memalukan ini untuk menuju ke Pusat Pelancongan Kilombun,” kata Agnes yang berdoa agar tidak ada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kepada peserta.
Agnes melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kedaifan hidup penduduk kampung Bundu Paka dan mempersoalkan tindakan Wakil Rakyat Kadamaian, Datuk Herbert Timbun Lagadan yang asyik memperjuangkan Empangan Tambatuon yang berharga RM450 juta, sebaliknya mengabaikan jambatan gantung yang berharga tidak sampai RM45,000.
bahaya ni...manalah wakil rakyat tu..bilang dahulukan rakyat..issssayyyy..men..
ReplyDeleterakyat bah dahulukannyo.Turus bikin kalo Najib mau melawat kampung bah!
ReplyDeleteThe local leaders should bring this up to the relevant departments and apply for funds to repair this bridge.
ReplyDeleteHope that actions will be taken soon to remedy this matter.
ReplyDeleteHarap wakil rakyat prihatin dan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki jambatan tersebut.
ReplyDeleteAct now. Don't wait until one has hurt or die due to this bridge condition.
ReplyDeleteBridge will be repaired near election.
ReplyDeleteharap ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeleteharap jambatan tersebut akan dapat diperbaiki..
ReplyDeletejambatan tersebut harus diperbaiki.
ReplyDeleteini demi keselamatan penduduk yang selalu menggunakan jambatan tersebut.
ReplyDeletenanti kalau bantuan sampai, minta terus jambatan konkrit.. biar mahal asalkan tahan lama, selamat dan selesa digunakan..
ReplyDeletesemua jambatan gantung yang ada di negeri ini patut ditukar kepada konkrit.. walaupun jambatan gantung mempunyai ciri2 tradisi serta unik, tapi kalau mudah rosak dan membahayakan tidak ada gunanya juga.. lain la kalau setiap bulan diselenggara..
ReplyDeleteMana jkkk @ ketua kampung? kenapa tidak usulkan hal ini ke pihak yang dapat membantu?
ReplyDeletePeruntukan harus diberikan untuk memperbaiki jambatan ini. Keadaan lebih teruk jika ianya berlanjutan dan kemalangan berlaku yang melibatkan nyawa.
ReplyDeletesepatutnya KK@JKKK dan juga wakil rakyat berperanan untuk mendapatkan peruntukan bagi penyelenggaraan jambatan gantung tersebut.
ReplyDeleterasanya bagus juga cadangan untuk membina jambatan konkrit tu supaya tidak perlu kerap diselenggarakan dan tahan lama.
ReplyDeleteHarap ada pihak yang akan mengambil tindakan segera untuk menangani masalah jabatan gantung yang digunakan oleh penduduk kampung ini.
ReplyDelete