Search This Blog
Friday, May 4, 2012
Gaji minimum sekadar retorik
Gaji minimum sekadar retorik, tidak menfaatkan pekerja swasta
TENOM - Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung gaji minimum sektor swasta tidak lebih sekadar retorik politik yang bertujuan mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar) berkata demikian pada Rabu sebagai mengulas pengumuman itu yang disifatkannya sebagai ‘tidak wajar’ dimana Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dibayar RM800 atau kira kira RM3.85 sejam manakala Semenanjung RM900.
Beliau berkata, kadar gaji minimum itu bagi sektor swasta yang diumumkan kerajaan tidak memadai jika mengambil kira peningkatan kos sara hidup masa kini yang sepatutnya wilayah Sabah dan Sarawak diberi kadar bayaran tinggi yang terhimpit dengan kos tinggi berbanding Semenanjong.
Roger berkata, pengumuman Perdana Menteri itu yang dibuatnya sempena sambutan Hari Pekerja tidak berdasarkan kajian mendalam terutama ketika rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau.
"Apa lah ertinya pengumuman yang diharap harapkan pekerja swasta supaya diberi gaji minimum yang tinggi sekurang kurangnya RM1,000 keatas supaya mereka setidak tidaknya tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup sekarang. (dan)..ianya juga tidak terlalu membebankan majikan,” tegas Roger.
"Saya sifatkan gaji minimum yang diumumkan itu tidak memberi menfaat apa apa kepada para pekerja swasta kerana setelah ditolak caruman KWSP, Insuran berkelompok dan lain lain bayaran maka pekerja itu masih berpendapatan dibawah paras kemiskinan,” tambahnya lagi.
Beliau menambah, pengumuman itu sama seperti pengumuman skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA) yang tidak berdasarkan kajian mendalam hingga akhirnya kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaannya.
Dalam pada itu, Roger turut menyarankan Kementerian Tenaga Rakyat agar mengkaji serta memberi garis panduan kepada para majikan swasta supaya menetapkan 8 jam sehari bekerja manakala pada hari Sabtu 5 jam.
Tegasnya, adalah kerana terdapat rungutan dikalangan pekerja swasta yang diarah bekerja melebehi 8 jam tanpa bayaran elaun kerja lebih masa termasuk hari Sabtu yang melebehi 5 jam.
"Trend seperti itu perlu dibendung oleh Kementerian terbabit kerana kita tidak mahu melihat pekerja swasta terlalu terbeban dengan masa yang terlalu lama bekerja sedangkan gaji yang mereka terima tidak setimpal dengan kerja kerja yang mereka lakukan. Ini juga salah satu penghalang kepada produktiviti Negara yang dihasilkan swasta,” tegasnya.
Oleh: Ambrose M. Matthew
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
banyak perkara yang harus diambil kira seperti harga barangan, jumlah tanggungan dan sebagainya sebelum dasar gaji minimum ditetapkan.
ReplyDeleteWell, I think it is up to the top management to decide.
DeleteRM800 is still reasonable, why don't we try it out 6 months later and see how it goes? RM1500 is a bit too high for the first time this policy is set up.
Deleteya..lagipun bukan bersifat statik juga. kerajaan akan kaji dari masa ke semasa ikut tingkat kemakmuran, daya saing nasional dan produktiviti syarikat.
DeleteRM800 sudah cukup bagus.. pasti selepas ini akan ada lagi peningkatan yang akan di berikan oleh kerajaan.
DeleteGaji naik, pasti harga barangan naik.
Deletesatu garis panduan yang jelas harus diberikan kepada majikan swasta berhubung dengan jumlah masa bekerja..
ReplyDeleteIni memang terpulang kepda majikan untuk menentukannya.
DeleteThe employee rights should also be protected, don't set a minimum wage but caused the employee to work overtime to make up the extra salary.
Deleteyang penting tidak lebih 40 jam seminggu..
DeleteTerpulang kepada majikan untuk menentukan gaji pekerja yang setimpal dengan kerja yang di beri.
Deleteselain itu, kerajaan juga harus memberikan penjelasan terperinci bagaimana dasar gaji minimum ini dilaksanakan..
ReplyDeletePM memang akan memperjelaskan segalanya kepada rakyat bila tiba masanya.
DeleteGaji yang diberikan perlu diselaraskan mengikut kelulusan.contohnya, sijil,diploma atau ijazah.
DeleteSokong dengan anon.. gaji yang di beri mengikut kelulusan.
Deletepolisi kabotaj yang membebankan rakyat sabah dan sarawak juga harus dihapuskan..
ReplyDeleteCabotage Policy needed to be uplifted.
DeleteHopefully the cabotage policy which cause the price of goods in Sabah and Sarawak to increase should be reviewed and dropped.
DeleteDasar kabotaj perlu dikaji semula. sepatutnya tiada perbezaan harga antara Sabah dan Sarawak barulah adil.
Deletekerajaan juga harus memastikan harga barangan tidak akan naik berikutan perlaksanaan dasar gaji minimum..
ReplyDeleteHarga barang harus di pantau, ada segelintur peniaga sesuka hati menaikkn harga barang.
DeleteGovernment must ensure that the price in goods will not increase when the min wage is implemented.
ReplyDeleteI hope that the government could review back the min wage in sabah and sarawak. The min wage should be standardize.
DeleteRespon rakyat akan dijawab jua.
ReplyDeletesebelum ada gaji minimum, kadar gaji amat rendah hngga mencecah RM300 sebulan, pelaksanaan gaji minimum pasti byk membantu pekerja2 yang bergaji rendah sebelum ini.
ReplyDeleteMany households only managed to get around RM300 to RM600 which is not enough to survive the current cost of living. This minimum wage policy to set the salary on RM800 will bring a huge improvements to the hardcore poor.
Deletetapi adalah lebih wajar jika gaji di Sabah, Sarawak dan Labuan di samakan dgn gaji di semenanjung.
ReplyDeleteThe Minimum Wage Policy will be implemented 6 months from now, hope that this will give the employers enough time to adapt.
ReplyDeleteKalau majikan mengalami masalah untuk mengikut kadar gaji minimum, mereka ada pengecualian tempoh selama 12 bulan. kalau betul2 tidak dapat laksanakan gaji minimum boleh mohon pelanjutan tempoh peralihan.
ReplyDeleteBaguslah jika ada pengecualian kerana ia akan membebankan mereka jika keuntungan yang mereka buat pun kecil.
DeleteKeluarkan la pengumuman baru bahawa harga barga barang di Sabah diselaraskan dengan di Malaya.
ReplyDeleteSetiap yang dilakukan oleh kerajaan ada sebab yang munasabah. Pasti tidak akan memberi kesan negatif yang labih berbanding dengan kesan positif.
ReplyDeleteApa yang saya lihat cabotage policy harus di kaji semula kerana barang2 menjadi terlalu mahal dengan adanya cabotage policy.
ReplyDeleteGaji sudah naik pastikan kualiti kerja juga naik.
ReplyDeletebelum kesan lagi impak nya.
ReplyDeleteIdea memang baik untuk membantu golongan gaji rendah, tetapi tindakan ini akan membawa kesan terhadap harga barangan.
ReplyDeleteKerajaan harus pantau harga barang2, jangan ada pihak yang sesuka hati naikkan harga
DeleteAbolish carbotage system. Its a great burden to the people in Sabah.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya adalah gaji minimum, bos pun tidak sembarang bagi gaji
ReplyDeleteMengenai gaji minimum ini saya sangat sokong. tapi kalau dibuat lagi dengan kelulusan lagi bagus. Maksud disini setiap kelulusan maka lain gaji mereka.
ReplyDeletePasti pembangkang tidak duduk diam jika perkara yang baik diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat. Ini kerana jika tidak pasti sokongan rakyat kepada kerajaan akan terus kuat. Maka ini akan menggugat sokongan kepada parti pembangkang nanti.
ReplyDeleteRoger ada buat kajian ka seperti yang dibuat oleh kerajaan dengan mengambil kira semua faktor luaran dan dalaman?? pengumuman gaji minimum ini bukan secara suka2.. nanti bila ramai yang menganggur atau terbeban dengan kenaikkan harga barang, siapa yang disalahkan?? peniaga??
ReplyDeletebukankah lebih baik jika pemimpin2 pembangkang Sabah menasihatkan rakyat di negeri ini supaya berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi??
ReplyDeletePrime Minister Najib Razak has announced a long-awaited minimum-wage policy for Malaysia, in a move that is set to benefit 3.2 million of the country’s lowest-paid workers — including Indonesian maids — while potentially boosting the ruling Barisan Nasional’s (BN) chances at the next general election.
ReplyDeleteThese workers, who make up a quarter of Malaysia’s workforce, currently earn less than 700 Malaysian ringgits ($231) a month and live below the poverty line.
ReplyDeleteThey include security guards, as well as construction and plantation workers.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib said that the minimum wage will be set at $297 per month for workers in Peninsular Malaysia and $264 for those in East Malaysia.
ReplyDeleteIt excludes those in the domestic service sector, such as maids. Malaysia has been negotiating minimum wages separately for maids, most notably with Indonesia.
ReplyDeleteThe new wages will come into effect in six months. They have been in the works since 2009, when Najib unveiled plans to move Malaysia’s economy away from a low-cost model and rely less on cheap labor.
ReplyDeleteFrom a social perspective, this is the right thing to do, so that the most vulnerable groups aren’t taken advantage of, said Yeah Kim Leng, chief economist of Malaysian rating company RAM Holdings.
ReplyDeleteIt can also serve as a way of pressuring industries to restructure and go up the value chain.
ReplyDeleteConsidering the relatively small increment, Yeah believed there will not be a huge jolt to the system, though labor-intensive companies may be more affected.
ReplyDeleteNeighboring Indonesia, Thailand and Vietnam are among countries that have a minimum wage, which varies by area and sector.
ReplyDeleteIn Bangkok, the minimum wage is 300 Thai baht $9.75 a day, while in Jakarta, it is 1.29 million rupiah ($143) a month. Singapore does not set a minimum wage.
ReplyDeleteMalaysia’s minimum wage rates were set on the advice of the National Wage Consultation Council, which was created last year and comprises employer representatives, trade unions and government agencies.
ReplyDeleteNajib pointed out that in making their recommendations, the council had assessed economic conditions and taken into account the needs of businesses, “while ensuring that no Malaysian is left behind in the country’s economic progress," he said.
ReplyDeleteHe added the lowest-paid will now be guaranteed an income that lifts them out of poverty and helps ensure that they can meet the rising cost of living.
ReplyDeleteWith a crucial general election believed to be only months away, the announcement is also seen as an attempt by the BN to secure an important voting bloc.
ReplyDeletePolls have previously shown that the lower-income groups here were the most receptive towards the BN’s attempts to woo them with cash handouts and subsidies.
ReplyDeleteBut Yeah felt that the policy could be a double-edged sword, as it could hurt small businesses as well.
ReplyDeleteIndeed, the Malaysian Federation of Employers (MEF), whose members collectively hire two million workers, said that it was feeling “jittery” for its smallest firms.
ReplyDeleteAbout 200,000 of these small companies — some of which employ only a few workers and operate on tight profit margins — may be adversely affected, said MEF executive director Shamsuddin Bardan.
ReplyDeleteNajib said that most firms with five workers or less can defer the minimum-wage scheme for another six months.
ReplyDeleteShamsuddin said the federation had initially hoped for a three-year grace period.
ReplyDeleteThe government has said that companies that cannot cope can appeal for an extension, said Shamsuddin.
ReplyDelete