Search This Blog

Friday, May 4, 2012

Lawatan PM, TPM ke Sabah tidak sentuh RCI


KEMABONG - Ketua Pegawai Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), terkilan dengan lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya ke negeri ini pada baru baru ini (minggu lepas) tetapi sedikit pun tidak menyentuh bila pelaksanaan RCI yang dinanti nantikan rakyat selama ini.

Beliau berkata, lawatan kedua dua pemimpin nombor satu Negara walaupun jadualnya berselang selih namun kedua duanya tidak langsung menyentuh soal RCI malah difahamkan wartawan cuba mendekatinya untuk menemubual namun tidak berpeluang.

"Rakyat semakin kecewa diatas kelibat mereka dimana sepatutnya RCI haruslah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihanraya kali ke-13 diadakan...(kerana) kita ingin mengetahui ketulenan sebenar pengundi dinegeri ini berdasarkan dokumen yang mereka miliki selain proses pilihanraya berjalan dengan seadil adilnya tanpa kesangsian,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis.

Beliau yang merupakan Ketua Penyelaras Parti Kita Parlimen Tenom sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Penerangan parti itu dinegeri Sabah berkata, pucuk kepimpinan BN yang juga Perdana Menteri Dato’ Seri Najib seharusnya mengkotakan janjinya sebelum ini untuk menyelesaikan isu Kad pengenalan palsu dan pemberian kerakyatan melalui pintu belakang kepada warga asing sebelum pilihanraya umum ke-13 diadakan.

"Kita melihat dan mendengar dimana mana sahaja rakyat berada tanpa rasa takut menyuarakan perasaan marah mereka apabila kerajaan masih membeku tidak mengumumkan pelaksanaan RCI sedangkan ianya sudah dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet Persekutuan,” tegasnya.

"Malahan semua parti parti politik tidak kira pembangkang atau BN termasuk UMNO sudah bersetuju RCI perlu diadakan..(jadi) mahu tunggu apa lagi,” tambah Mutang lagi.

 Dalam pada itu, Mutang turut meluahkan kebimbangan bahawa Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang baru diluluskan pendaftarannya akan menjadi landasan bagi pemegang pemegang MyKad yang meragukan sekiranya dokumen diri mereka tidak sempat disahkan ketulenannya menerusi RCI.

 Tegasnya, lebih lebih lagi PKS berjuang berteraskan suku kaum Suluk dan Bajau Tempatan yang menyokong BN menguatkan kekuatiran ianya berkemungkinan akan dijadikan kenderaan sebagai tumpangan kepada ratusan ribu dokumen yang meragukan yang kini berada ditangan golongan tersebut (merujuk laporan buku Projek IC karya Mutalib M.D).

Oleh: Ambrose M Matthew 

52 comments:

  1. nazri menyatakan bahawa kabinet bersetuju untuk menubuhkan RCI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, it has been widely published in the media as well.

      Delete
    2. Kabinet sudah buat keputusan meluluskan RCI sejak 8 Februari lalu.

      Delete
    3. The Federal Government is currently forming the terms of reference for the RCI as claimed by De facto law minister Nazri Aziz.

      Delete
    4. RCI akan di tubuhkan, jangan risau, pasti masalah PATI akan dapat di selesaikan.

      Delete
    5. RCI tidak harus mengambil masa yang terlalu lama.

      Delete
  2. nazri juga turut menyatakan bahawa proses penyediaan TOR juga telah dimulakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanya dalam proses la tu.

      Delete
    2. harap ia akan dpt disiapkan dgn cepat.

      Delete
    3. Nazri Aziz has revealed that Sabah will have its royal commission of inquiry (RCI) and that “the government had already begun the process of preparing the terms of reference for the RCI”.

      Delete
    4. Harap akan segera di laksanakan.

      Delete
  3. mungkin pasal itulah PM dan TPM dalam lawatan mereka ke sabah baru2 ini tidak menyentuh pasal RCI sehingga TOR siap disediakan dan dipersetujui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It would be good if either PM or the DPM could update us TOR progress.

      Delete
    2. If RCI is not set up, the pati issue in sabah may not be solved.

      Delete
    3. I think he needs some time to really make sure everything is alright.

      Delete
    4. jika TOR untuk RCI belum lagi lengkap, bagaimana mereka nak sentuh hal itum setelah ia lengkap barulah PM dan TPM akan umumkan RCI.

      Delete
    5. Mungkinkah akan diumumkan dalam lawatan PM yang seterusnya di Sabah?

      Delete
    6. Tidak sentuh tentang RCI tidak bermakna yang PM lupa janji beliau.Pasti akan di tunaikan.

      Delete
    7. Kerajaan harus bertindak cepat agar rakyat tidak meragui janji dari persekutuan.

      Delete
  4. maklum balas daripada rakyat sabah juga harus diambil kira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm waiting for the official announcement.

      Delete
    2. Ada sudah rakyat Sabah yang 'panas' sebab sudah 2 kali Najib datang Sabah tapi belum ada berita baik tentang RCI.

      Delete
  5. diharapkan RCI ditubuhkan dengan segera..

    ReplyDelete
  6. It is just matter of time that the PM will announce the matter regarding RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggulah pengumuman rasmi daripada kerajaan Persekutuan mengenai pelaksanaan RCI ini nanti.

      Delete
  7. I hope RCI will be held before election come.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaupun ditubuhkan sebelum PRU, rasanya masih sempatkah RCI ni buat siasatan untuk masalah PATI?

      Delete
    2. RCI perlulah dilaksanakan sebelum PRU-13, sama ada ia sempat membuat penyiasatan menyeluruh itu lain cerita, yang penting kerajaan sudah menunaikan janji untuk melaksanakan RCI ini.

      Delete
  8. The Prime Minister will be visiting Sabah again this month and we shall see if he will announce the RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtaulah kalau masih tiada pengumuman dari PM nanti mungkin ramai yang sudah hilang kepercayaan.

      Delete
    2. Tunggu dan lihat sajalah, sama ada pengumuman akan dbuat ataupun tidak siapa yang tahu?

      Delete
    3. The PM must convince the people. Otherwise, people will lost their trust and hope on BN even though Nazri has confirmed the matter recently. Official statement from the PM is necessary.

      Delete
  9. jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
  10. sememangnya, isu PATI/PADI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah/Malaysia

    ReplyDelete
  11. perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi keperluan untuk penubuhan RCI di Sabah sangat tinggi dan perlu disegerakan sebelum keadaan menjadi teruk.

      Delete
  12. jika tidak diselesaikan segera, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

    ReplyDelete
  13. semoga ada perkembangan positif mengenai penubuhan RCI ini kerana inilah yang diingini oleh rakyat Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkembangan positif sudah di umumkan oleh Nazri.

      Delete
  14. RCI harus diputuskan dengan segera kerana RCI akan memberi tumpuan kepada masalah yang telah berkurun lama menghantui Sabah.

    ReplyDelete
  15. Pastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku. Pastikan juga RCI ditubuhkan walau ada beribu alasan yang duberikan agar penubuhan RCI tidak dilakukan.

    ReplyDelete
  16. PM pasti akan mengumumkan penubuhan RCI tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  17. RCI harus ditubuhkan sebelum PRU untuk menjamin keadilan.

    ReplyDelete
  18. Let see how sincere our PM about PATI issue in Sabah.

    ReplyDelete
  19. The PATI will bring great impact to election result in Sabah. We need to know the truth.

    ReplyDelete
  20. We hope something positive from the HQ.

    ReplyDelete
  21. Persekutuan harus serius dalam penubuhan RCI di Sabah.

    ReplyDelete
  22. Sekiranya Najib mengumumkan pembentukan panel itu ketika lawatannya, beliau akan dikritik kerana gagal memberikan jawapan yang jelas terhadap skop penyiasatan panel dan ahlinya. Maka sebab itulah perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu.Jangan lupa, isu ini telah menjadi isu yang hangat. Semua orang bercakap mengenainya. Dan (isu) telah berlanjutan bertahun-tahun. Najib tidak boleh membuat pengumuman tanpa sebarang butir tambahan yang lengkap takut memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  23. Kekecewaan semestinya terasa. Namun ini demi kebaikkan kita juga. Kita tidak boleh melakukan kerja tanpa usul periksa atau kaji dulu. Kerana ini akan memberikan padah pada diri sendiri. Maka mengenai RCI ini kerajaan sedang dalam kajian bagi meluluskannya.

    ReplyDelete
  24. kenapa Sylvester tidak turun berjumpa dengan PM atau TPM ketika lawtan mereka ke negeri ini dan tanya terus berkenaan dengan RCI?? kenapa sudah mereka terbang ke KL maru sibuk persoalkan itu ini?? takkan la PM dan TPM terus mahu umumkan RCI sebaik menjejakkan kaki ke negeri ini, sedangkan isu RCI masih sedang dalam perbincangan, diperhalusi dan dirangka...

    ReplyDelete
  25. kalaupun Sylvester mahu mempopularkan parti Kita, rajin2 la turun padang dan highlight mana2 masalah2 rakyat untuk dibawa keperingkat nasional.. bukannya ulang balik isu yang sudah sedia jadi isu oleh pemimpin2 politik yang lain..

    ReplyDelete