Search This Blog
Wednesday, April 24, 2013
GE13: Yong - “Saya tidak akan khianati kepercayaan rakyat Sabah”
KOTA KINABALU: “Saya tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat Sabah walau apapun yang berlaku,” kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam ceramah kempennya di Luyang, semalam.
Beliau mengulangi pendirian bahawa beliau dan partinya tidak akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional walau apapun keputusan pilihan raya nanti. Ini katanya, kerana beliau tidak mahu mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepadanya.
Sehubungan itu, Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, menggesa rakyat untuk memeriksa dan menganalisis dengan penuh bijaksana fakta dakwaan sesetengah pihak lawannya yang menuduhnya seolah-olah mensabotajkan kepercayaan itu.
Beliau mengulas khabar angin daripada dua bekas pemimpin SAPP yang mendakwa beliau menerima sebahagian dari RM80 juta daripada Datuk Seri Musa Aman yang diagihkan kepada parti pembangkang untuk memecah belah undi pengundi. Yong dengan sekeras-kerasnya menafi menerima sebarang wang daripada Musa.
“Saya minta rakyat supaya memeriksa dakwaan itu dan berfikir dengan waras adakah Musa akan bertindak bodoh dengan membiayai lawannya sendiri,” katanya.
Dipercayai, dua bekas pemimpin SAPP, Ketua DAP Sabah, Jimmy Wong dan Hiew King Cheu mendakwa Yong menerima sebahagian daripada wang RM80 juta yang diagihkan oleh Musa kepada parti lawan di negeri ini.
Jimmy Wong akan bertanding atas tiket DAP bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan Hiew kerusi negeri bagi Luyang.
Kata Yong, Sabah memerlukan pemimpin yang berani dan berpengalaman untuk membangkitkan masalah-masalah penduduk tempatan seperti masalah pendatang tanpa izin, pemberian IC dan sebagainya.
“Masalah-masalah ini perlu ditangani dengan berani dan berkesan kerana ia sudah lama menghantui ketenangan rakyat. Rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani isu ini kerana ia menjejaskan semua aspek kehidupan rakyat Sabah,” katanya.
SAPP adalah parti berbilang kaum yang bertapak di Sabah. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 selepas diasaskan oleh Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya adalah parti komponen BN. Ia meraih dua kerusi parlimen (Sepanggar dan Tawau) dalam pilihan raya pada 8 Mac 2008. Ia lantang menuntut kuasa autonomi untuk Sabah dan penyelesaian masalah pendatang haram serta pemberian IC kepada bukan warganegara.
Sehubungan itu, beliau meminta mandat daripada pengundi untuk membentuk kerajaan yang akan bertindak adil, telus dan dapat menghapus rasuah.
Untuk mengenali perjuangan parti, Datuk Yong mengajak pengundi-pengundi untuk bertanyakan apa saja soalan kepadanya dalam mana-mana ceramah yang akan dianjur oleh SAPP.
Sementara itu, di majlis yang sama, calon Parlimen SAPP bagi Sepanggar, Chin Hon Kiong berkata, kerajaan BN membohongi rakyat Sabah apabila berkata yang mereka akan menghormati dan melaksanakan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia.
“Sebenarnya BN langsung tidak menghiraukan Perjanjian itu. Mereka tidak jujur dalam memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat Sabah. Oleh itu, saya gesa rakyat supaya tidak lagi mempercayai janji-janji kosong BN.”
Contoh pembohongan itu katanya ialah, Manifesto BN tidak menyebut mengenai Dasar Cabotage yang menyebabkan kos taraf hidup penduduk Sabah antara yang tertinggi di Malaysia dan ini menunjukkan BN/UMNO tidak pernah serius menyelesaikan masalah membabitkan kos taraf hidup penduduk di negeri ini.
Najib sebelum ini berjanji memberikan peruntukan terbesar iaitu lebih daripada 20% royalti minyak bagi Sabah yang dijanjikan oleh parti pembangkang, di mana Chin mempersoalkan bahawa kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk memperuntukkan dana pembangunan kepada setiap negeri dan ini tiada kena mengena dengan 20% royalti minyak yang dituntut oleh pihak pembangkang.
“Najib sebenarnya sekali lagi cuba memperdaya rakyat sekali,” katanya.
Katanya, jika SAPP mendapat mandat daripada rakyat selepas Pilihan Raya Umum pada 5 Mei, ia akan menepati semua janji-janji dalam Manifesto yang sudah dirangka seperti reformasi membabitkan tanah, memansuhkan undang-undang NCR yang dibuat oleh kerajaan BN, mengeluarkan semula geran itu dari 99 kepada 999, Autonomi Sabah dan masalah pengeluaran IC Sabah.
Menurut Chin, kerajaan BN tidak pernah serius untuk menyelesaikan masalah pengeluaran Projek IC walaupun selepas bekas Perdana Menteri Tun Mahathir mengaku terbabit. BN tidak pernah memberi sebarang cadangan untuk menyelesaikan masalah itu dan menggunakan RCI untuk melengahkan ia daripada diselesaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baguslah jika benar Yong tahu dan sedar matlamat SAPP walaupun kalau atau menang di PRu akan datang.
ReplyDeleteterlampau banyak parti politik pun susah juga.. lihatlah apa sudah jadi dengan SAPP.. rakyat sabah tidak akan memilih parti nyamuk yang pernah (hampir) membankrapkan sabah..
Deletedua bekas pemimpin SAPP, Ketua DAP Sabah, Jimmy Wong dan Hiew King Cheu mendakwa Yong menerima sebahagian daripada wang RM80 juta yang diagihkan oleh Musa kepada parti lawan di negeri ini.
ReplyDeleteUnsur ini sudah disahkan?
walaupun tuduhan itu hanya pembohongan semata2, namun ia tetap tidak akan menjejaskan reputasi SAPP seteruk PRU13.. so tidak perlulah Yong menggunakan isu itu sebagai alasan untuk lari dari kelemahan parti beliau..
DeletePolitik Malaysia sering dikaitkan kewangan yang besar.
ReplyDeleteinilah salah satu risikonya apabila negara mengamalkan kebebasan bersuara.. ramai pihak akan membuat tuduhan2 tidak berasas semata2 mahu menjatuhkan pihak lain..
DeleteParti yang menang harus selesaikan isu NCR, PATI dll.
ReplyDeleteIsu loyalty diabaikan oleh kerajaan BN.
ReplyDeleteIsu loyalty harus diperbaiki dan ini adalah hak orang Sabahan.
ReplyDeleteBN harus membukti keikhlasan untuk menyelesaikan isu PATI dan projek ic.
ReplyDeleteAction speaks louder than words.
ReplyDeleteBN harus bertindak lebih bijak untuk menyelesaikan isu serius di Sabah.
ReplyDeleteKabotaj harus diimansurkan demi kepentingan rakyat.
ReplyDeleteSabahan harus menikmati harga barangan yang seragam seperti persekutuan.
ReplyDeletePeruntukan untuk Sabah adalah terbanyak dalam sejarah.
ReplyDeleteSiapakan pemimpin yang boleh bersara demi rakyat di Sabah.
ReplyDeleteIsu royalti harus dikaji semula dan rakyat di Sabah berhak memiliki yang lebih berpatutan.
ReplyDeleteRakyat boleh menentukan kerajaan yang boleh memperjuangkan lebih baik untuk rakyat di Sabah.
ReplyDeleteAutonomi Sabah harus diperjuangkan.
ReplyDeleteBiarlah rakyat menilaikan adakah benar BN memperjuangkan demi suara rakyat.
ReplyDeleteMoga-moga pembangkang dapat mengurangkan kerusi BN dan boleh bersuara lebih banyak demi kebaikan rakyat.
ReplyDeleteMustahil juga Musa memberi wang untuk lawan sendiri.
ReplyDeleteJangan memberi janji kosong yang seolah mendatangkan kesan dan impak negatif sahaja.
ReplyDeleteBN masih kuat walaupun menghadapi cabaran yang giat.
ReplyDeleteIni cuma khabar angin yang belum disahkan.
ReplyDeletemembawa keluar sapp dari BN pun boleh dikategorikan sebagai mengkhianati kepercayaan rakyat.. enggan bekerjasama dengan pembangkang2 lain pun juga boleh dikategorikan mengkhianati kepercayaan rakyat..
ReplyDeleteberdasarkan kekalahan teruk SAPP pada PRU13 yang lalu, Yong Teck Lee patut sedar bahawa beliau tidak lagi diperlukan.. eloklah SAPP dibubarkan sahaja dan Yong berhenti terus dari berpolitik..
ReplyDeleteSAPP pun tidak puas hati?? Heran aku... Parti lain salahkan SPR, peliknya SAPP pula salahkan DAP..
ReplyDeleteTolonglah bagi alasan yang profesional sikit.. Sudahlah kalah teruk, alasannya pula "sekadar ada" untuk diceritakan pada umum.. Dah tau parti tu kecik cam nyamuk, lawannya pula cicak gergasi, nak juga beralasan..??
ReplyDeletePasti ramai yang tidak tahu mengenai tuduhan RM80 juta ni..baru saja mengetahui tuduhan ini ketika musim kempen pilihanraya.
ReplyDeleteMenurut Yong Teck Lee (dalam satu kempen beliau di Kota Kinabalu), dua bekas pemimpin SAPP, ketua DAP Sabah Jimmy Wong dan Hiew King Cheu kononnya telah menuduh beliau menerima sebahagian dari RM80 juta daripada Datuk Seri Musa Aman yang diagihkan kepada parti-parti pembangkang untuk memecah belah undi pembangkang.
ReplyDeleteDalam penafian Yong Teck Lee, beliau turut berkata bahawa Musa Aman tidak akan sebodoh itu mahu membiayai lawannya sendiri.
ReplyDeleteBermakna, dalam hal ini, Yong Teck Lee mengakui bahawa Musa Aman tidak melakukan perbuatan itu untuk memenangkan Barisan Nasional. Jesteru, perang fitnah ini hanya antara SAPP dan DAP. Laporan polis yang dibuat juga tentunya ditujukan kepada DAP..
ReplyDeleteNamun yang amat mengherankan adalah, bagaimana tuduhan RM80 juta yang sudah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin SAPP, boleh menjadi punca kepada kekalahan SAPP di semua kerusi yang ditandinginya?? Untuk pengetahuan anda semua, SAPP telah meletakkan calonnya di 8 kerusi Parlimen dan 41 kerusi DUN..
ReplyDeleteMalangnya tidak ada satu kerusi pun yang dimenangi oleh SAPP.. Logik kah kekalahan di semua 49 kerusi itu disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas ini??
ReplyDeleteSebelum pemuda SAPP memilih isu itu sebagai alasan untuk menutup kekalahan dan kelemahan mereka, bukankah lebih baik jika mereka melihat dahulu siri tuduhan atau fitnah yang pernah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin BN dan juga pembangkang yang lain?? Ada tuduhan yang lebih dahsyat dari itu, namun kemenangan tetap memihak kepada mereka.. Kenapa??
ReplyDeleteKerana rakyat tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh pemimpin-pemimpin SAPP.. Malah rakyat lebih bijak menilai berbanding dengan pemimpin-pemimpin politik mengenai samada perlu bagi mereka untuk mempercayai tuduhan itu atau tidak.
ReplyDeleteSepatutnya SAPP melihat kepada faktor lain seperti kredibiliti presidennya yang sudah tercemar kerana gagal menggalas tugas sebagai Ketua Menteri Sabah (1996-1998), atau mungkin juga disebabkan oleh agenda perjuangan SAPP yang terlalu bersifat kenegerian... atau mungkin ada perkara-perkara lain yang tidak disenangi oleh rakyat.. so, apa salahnya SAPP buat dahulu SWOT analisis??
ReplyDeleteMembuat laporan polis selepas berakhirnya pilihanraya umum berjaya menyerlahkan lagi kebodohan barisan pemimpin SAPP..
ReplyDeleteKenapa tidak dibuat sebelum tarikh pengundian?? Adakah ini caranya SAPP menghadapi kekalahan? dan adakah ini caranya SAPP melakukan penambahbaikkan?? Jika beginilah caranya SAPP berpolitik, baik bubarkan saja SAPP dan arahkan Yong Teck Lee bersara terus dari arena politik..
ReplyDeleteMelihat kepada pencapaian SAPP dalam PRU13 ini, Bullet yakin bahawa hasrat mereka untuk menubuhkan kerajaan baru tidak akan tercapai sampai bila-bila.
ReplyDeleteIni kerana, penilaian rakyat bukan berdasarkan fitnah atau pembohongan, sebaliknya berdasarkan kepada kredibiliti, integriti, keboleh-percayaan serta kebijaksanaan pemimpin-pemimpinnya dan juga parti yang diwakili.
ReplyDeleteWalaupun tarikh penting 5 Mei belum berlalu, namun petanda bahawa SAPP akan berkubur bersama-sama agenda populis mereka semakin jelas kelihatan.
ReplyDeleteWalaupun di beberapa jalan utama sekitar bandaraya Kota Kinabalu ini kelihatan ratusan bendera SAPP berkibaran seolah-olah melambai-lambai kepada orang awam supaya turun mengundi parti nyamuk ini, namun ianya masih belum cukup untuk memukau rakyat Sabah yang pernah melalui zaman pemerintahan Yong Teck Lee.
ReplyDeleteDisebabkan pentadbiran Yong Teck Lee yang lebih banyak menceritakan tentang kegagalan berbanding dengan kejayaan, maka hari ini, Yong tidak ada pilihan lain bagi menaikkan populariti parti beliau melainkan menimbulkan isu-isu yang bersifat kenegerian.
ReplyDeleteJika diselusuri perjuangan SAPP sejak parti ini keluar dari gabungan Barisan Nasional, pasti semua rakyat sedar bahawa pemimpin-pemimpin SAPP lebih banyak bercerita mengenai keburukkan parti-parti lain berbanding dengan kejayaan Yong Teck Lee sepanjang beliau menduduki kerusi ketua menteri Sabah.
ReplyDeleteDi musim pilihanraya seperti ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk meyakinkan rakyat bahawa SAPP mampu mentadbir negeri ini lebih baik dari BN.
ReplyDeleteNamun disebabkan tidak ada apa yang boleh dibanggakan sepanjang parti ini membentuk kerajaan, maka tidak heranlah jika pemimpin-pemimpin SAPP lebih selesa berkempen di seluruh pelusuk negeri Sabah dengan hanya bergantung pada isu-isu kenegerian yang belum tentu mereka mampu laksanakan.
ReplyDeleteMalah, sejak kebelakangan ini, serangan SAPP lebih tertumpu kepada DAP berbanding dengan lawan sebenar mereka. Melihat kepada perkembangan ini, betullah kata para pemerhati politik bahawa kemunculan SAPP sebagai pembangkang pada PRU13 ini hanya sebagai "Pengacau Undi".
ReplyDeleteDengan rekod buruk pentadbiran Yong Teck Lee disamping kegagalan mengadakan kesepakatan dengan parti-parti pembangkang yang lain, sepatutnya Yong Teck Lee tidak perlu bersikap angkuh apabila pemimpin DAP menimbulkan spekulasi kononnya SAPP akan menyertai semula BN jika SAPP menang PRU13 ini.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Yong, SAPP bukan lagi "winnable party" bagi rakyat Sabah, sebaliknya menjadi makhluk perosak kepada negeri Sabah dan juga kepada mana-mana parti yang cuba dijadikan platform oleh SAPP untuk menaikkan populariti mereka.
ReplyDeleteDitambah pula dengan sikap Yong Teck Lee yang begitu tamakkan kuasa (jawatan Ketua Menteri) sehingga tergamak mengabaikan kerjasama yang dihulurkan Pakatan Rakyat sebelum ini.
ReplyDeleteSemua ini akan menjadi pertimbangan rakyat untuk menguburkan SAPP pada pilihanraya umum kali ini dan seterusnya...
ReplyDeletemengelirukan rakyat, begitu juga dengan kepimpinan SAPP yang semakin tidak waras apabila sanggup menjanjikan perkara yang tidak mungkin mereka mampu laksanakan melainkan jika Sabah keluar daripada Malaysia.
ReplyDeleteBermakna, jika SAPP memerintah, IC Sabah bukanlah dokumen ALTERNATIF kepada Mykad sebaliknya sebagai dokumen yang MENGGANTIKAN Mykad.
ReplyDeletePersoalannya, bagaimana pula dengan nasib rakyat Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau Sarawak sekiranya IC Sabah diwujudkan? Mahukan kerajaan negeri Selangor mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri itu??
ReplyDeleteMahukah institusi pendidikan samada kolej atau universiti di Semenanjung mengiktiraf IC Sabah sebelum menawarkan kursus kepada anak jati Sabah?? dan bagaimana pula jika negeri-negeri lain turut mengeluarkan IC khas untuk negeri masing-masing??
ReplyDeleteBila ada pihak yang membantah, dengan mudah mereka menjawab bahawa IC Sabah tetap akan dikeluarkan kerana Mykad sudah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.
ReplyDeleteDaripada sekadar melaung-laungkan pengeluaran IC Sabah dan membidas pihak yang mengkritik idea populis SAPP, kenapa pemimpin-pemimpin SAPP tidak jelaskan saja secara terperinci tentang bagaimana ianya dilaksanakan dan apa pendekatan yang diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul disebabkan kewujudan dua IC yang berbeza ini??
ReplyDeletemampukah SAPP mengawal tindak tanduk setiap pegawai-pegawainya agar tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? disinilah masalah yang sepatutnya perlu ditangani oleh SAPP sebelum tampil dengan idea populis kononnya mahu mengeluarkan IC Sabah..
ReplyDeleteApa jaminan bahawa IC Sabah cetusan idea populis SAPP ini tidak akan diberikan kepada warga asing jika Yong Teck Lee sendiri gagal menyelesaikan masalah pemberian IC kepada warga asing ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah??
ReplyDeleteMengeluarkan IC baru khas untuk rakyat Sabah bukanlah penyelesaikan kepada masalah warga asing di negeri ini.
ReplyDeleteJika pelaksanannya longgar atau terlalu banyak "lubang", penyelewengan tetap akan berlaku sekalipun IC Sabah itu dihias cantik menggunakan teknologi terkini.
ReplyDeleteSepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP mengkaji dimana silapnya sehingga Mykad boleh terlepas ke tangan warga asing.
ReplyDeleteKesimpulannya, pemberian IC Sabah ini hanya janji untuk meraih undi kerana SAPP sendiri gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu mengatasi kebarangkalian masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pelaksanaannya, dan apa pendekatan yang diambil bagi memastikan pelaksanaan IC ini diseluruh Sabah tidak akan berlaku penyelewengan.
ReplyDeleteSejak bila kawasan seperti Sepanggar, Putatan dan Inanam menjadi milik mutlak SAPP? Adakah hanya SAPP sahaja yang layak bertanding menentang BN di kawasan itu? dan bagaimana Yong Teck Lee tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak memiliki pengaruh yang kuat di kawasan-kawasan tersebut?
ReplyDeleteJika benar Pakatan Rakyat mempunyai peluang tipis untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan beliau, jesteru Yong Teck Lee tidak perlu meroyan menghalang mana-mana parti pembangkang untuk meletakkan calon di kawasan itu?
ReplyDeleteJika semua pengundi di Sepanggar, Putatan dan Inanam menyokong penuh calon SAPP, kemenangan tetap akan menjadi milik SAPP sekalipun pertanding banyak penjuru berlaku di kawasan itu.
ReplyDeleteDengan rekod buruk Yong Teck Lee sebagai bekas ketua menteri Sabah dan masih terpalit dengan skandal SAS, pembalakan dan rampasan hak-hak penduduk Sabah, beliau sepatutnya berundur dari politik dan membiarkan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri ini.
ReplyDeleteSebagai rakyat tulen Sabah, tidak mahu negeri yang sedang berada dilandasan tepat untuk menuju status negeri maju dimusnahkan oleh pemimpin-pemimpin rakus, angkuh dan oportunis seperti Yong Teck Lee.
ReplyDeleteTindakan Yong Teck Lee menghalang mana-mana parti untuk bertanding di kawasan yang mempunyai calon SAPP membuktikan parti nyamuk ini cuba membunuh demokrasi yang sebelum ini turut dituntut oleh mereka.
ReplyDeleteJika beginilah sikap presiden dan pemimpin-pemimpin SAPP, apa jaminan bahawa demokrasi di negeri ini akan terus subur dibawah pemerintahan mereka? Tidak mustahil, rakyat juga akan turut ditindas sekiranya didapati menentang cara pentadbiran mereka.
ReplyDeleteDalam hal ini, Bullet tidak melihat mana-mana parti politik baik dipihak pembangkang mahupun parti pemerintah cuba melakukan sabotaj terhadap parti nyamuk SAPP.
ReplyDeleteSebelum malapetaka melanda Sabah untuk kali kedua sebagaimana yang berlaku pada tahun 1996-1997, baik semua pengundi Sabah berfikir banyak kali sebelum memberikan undi kepada SAPP...
ReplyDeleteKerajaan tentunya tidak mempunyai masalah mengeluarkan IC baru untuk Sabah jika negeri ini adalah sebuah negara. Sebuah negara yang terdiri dari beberapa buah negeri seperti Malaysia, memerlukan hanya satu IC bagi mempermudahkan urusan harian.
ReplyDeleteSejak tercetusnya idea SAPP ini hinggalah ke hari ini, pemimpin-pemimpin SAPP termasuklah Yong Teck Lee gagal menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan.
ReplyDeleteMereka juga gagal mengkaji mengenai baik buruknya cadangan ini untuk masa depan negara. Disebalik kegagalan demi kegagalan itu, SAPP terus mendesak kerajaan supaya mengeluarkan IC baru khas untuk Sabah atas alasan Mykad yang ada pada hari ini boleh dimiliki dengan mudah oleh pendatang asing.
ReplyDeleteMungkin ramai yang berpendapat bahawa cadangan SAPP ini amat baik untuk dilaksanakan, namun bagaimana dengan penerimaan negeri-negeri lain? Adakah kerajaan di negeri-negeri lain sanggup mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri tersebut?
ReplyDeleteSemua kesan-kesan ini sepatutnya sudah dipertimbangkan, dikaji dan diperhalusi oleh para barisan kepemimpin SAPP sebelum mencadangkan IC Khas Sabah.
ReplyDeleteNamun malangnya sehingga hari ini Yong Teck Lee masih diam membisu dan enggan mengulas kelemahan-kelemahan tersebut melainkan terus mendabik dada menganggung-agungkan cadangannya.
ReplyDeleteInikah yang dibayangkan oleh SAPP dengan mencadangkan idea itu? Sudah tentu sentimen kebencian terhadap warga Sabah akan lebih subur selepas ini berbanding dengan sebelumnya (provokasi kenegerian melalui facebook) jika kerajaan Malaysia membenarkan Sabah mengeluarkan IC sendiri.
ReplyDeleteBermakna cadangan ini akan terus dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan diperingkat pusat serta kerajaan di negeri-negeri lain. Jesteru, jika SAPP memerintah, warga Sabah tidak boleh lagi keluar-masuk ke negeri-negeri lain kerana tidak mempunyai Mykad.
ReplyDeleteMalah para pelajar atau pekerja yang berada di semenanjung juga terpaksa balik ke Sabah kerana tidak boleh berurusan tanpa Mykad dan kemungkinan besar status warga Sabah di semenanjung juga akan bertukar kepada warga asing.
ReplyDeleteJika alasan Yong Teck Lee bahawa Mykad yang ada pada hari ini telah tercemar kerana mudah dimiliki oleh warga asing, apa pula jaminan dari beliau agar IC Sabah tidak mudah dimiliki warga asing??
ReplyDeleteRasanya lebih tidak selamat apabila kuasa memberikan IC terletak ditangan kerajaan SAPP atau Yong Teck Lee. Tidak mustahil mereka juga akan menggunakan kelebihan itu untuk membawa masuk lebih ramai warga asing dari negara China untuk dijadikan pengundi tetap mereka.
ReplyDeleteSemua kemungkinan ini perlu juga diambil kira memandangkan parti politik masa kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.
ReplyDeleteMalah Yong Teck Lee juga gagal menjelaskan bagaimana bentuk kerajaan negeri Sabah jika beliau menjadi Ketua Menteri kelak.
ReplyDeleteYong juga gagal menjelaskan tentang apa pendekatan yang bakal diambil oleh beliau bagi mengawal tingkah-laku atau tindak tanduk pegawai-pegawainya supaya mereka tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC..
ReplyDeleteMalah timbul juga pertanyaan sekiranya Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah, adakah rakyat Sabah secara automatiknya akan lebih bersikap patriotik, alim, jujur, bersih dan sebagainya sehingga tidak ada antara mereka yang terlibat dengan amalan rasuah bagi membantu warga asing dalam mendapatkan IC? Kesimpulannya, masalah Mykad ini boleh diselesaikan tanpa perlu Sabah memiliki IC sendiri.
ReplyDeleteSaya lebih bersetuju jika kerajaan persekutuan mengeluarkan satu lagi Mykad baru yang lebih berkualiti dan tidak mudah ditiru.
ReplyDeleteMaka sebab itu, Wikisabah terpaksa menyekat atau memadamkan ulasan yang tidak sependapat dengan mereka bagi memperlihatkan kononnya media mereka berjaya mempengaruhi minda rakyat Sabah dengan hanya menyiarkan ulasan-ulasan yang menyokong artikel mereka.
ReplyDeleteTaktik pengecut seperti ini amat sinonim dengan presiden mereka Datuk Yong Teck Lee.
ReplyDeleteSetiap kali ada kritikan pedas dilemparkan terhadap Yong, dengan serta-merta beliau akan arahkan orang bawahannya untuk menjawab kritikan tersebut.
ReplyDeleteBila ada tuduhan dilemparkan terhadap Yong, dengan serta-merta juga beliau susun sepuluh jari untuk menuding kesalahan kepada mana-mana pihak yang beliau benci.
ReplyDeleteJika sebelum memerintah, jentera-jentera Yong Teck Lee sudah berani menyekat kebebasan bersuara, bagaimana pula jika parti ini diberikan mandat memerintah?
ReplyDeleteBukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga yang sering menuntut supaya kerajaan BN tidak menyekat kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara itu hanya perlu diamalkan oleh BN tetapi tidak untuk pembangkang?
ReplyDeleteMengenai isu sumbangan politik RM40 juta ini, rasanya SAPP sudah agak jauh ketinggalan dalam mengikuti perkembangan isu tersebut, atau mungkin juga SAPP sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga disebabkan kemaruk sangat mahu merampas kerajaan.
ReplyDeleteBagaimana agaknya nasib negeri Sabah pada waktu itu jika rakyatnya dihalang dari meluahkan pendapat, teguran atau kritikan?
ReplyDeleteButa kah SAPP ini aa.. Bodoh.. Cakap senanglah tapi mana buktinya untuk semua ini.
ReplyDelete"Pakar" membocorkan maklumat dari Pakatan Rakyat iaitu Rafizi Ramli juga telah gagal membuka semula kes siasatan sekalipun beliau ditaja untuk terbang dua kali ke Hong Kong untuk bertemu dengan pihak ICAC.
ReplyDeleteSehingga hari ini tidak ada apa-apa jawapan atau perkembangan terkini mengenai pendedahan baru oleh Rafizi Ramli.
ReplyDeleteMalah, menurut SPRM dan ICAC, kes itu sudah ditutup kerana tidak wujud elemen-elemen rasuah sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang negara ini.
ReplyDeleteNamun malangnya, presiden SAPP yang sangat terdesak mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah bukan sahaja dengan sengaja mengabaikan amaran itu, malah terdesak menggunakan pendekatan fitnah semata-mata mahu meraih undi rakyat Sabah.
ReplyDeleteKedua, Yong Teck Lee akan menggunakan isu-isu tragis seperti pembunuhan atau kemalangan bagi memburuk-burukkan kerajaan. Ketiga, menganjurkan perhimpunan untuk memperlihatkan betapa banyaknya protes rakyat terhadap kerajaan walaupun yang datang berdemo itu hanya dikalangan ahli dan pemimpin-pemimpin SAPP sahaja.
ReplyDeleteApabila semua pendekatan beliau gagal membuahkan hasil, ditambah pula dengan pertelagahan dengan pembangkang lain seperti DAP dan PKR, kini Yong Teck Lee semakin tertekan kerana terbayangkan hasratnya untuk merampas kerajaan semakin pudar.
ReplyDeleteJesteru, beliau terpaksa beralih kepada isu RM40 juta yang sebelum ini pernah menggegarkan politik Sabah walaupun beliau tahu bahawa kes itu sudahpun selesai disiasat oleh pihak ICAC dan SPRM..
ReplyDeletePersoalannya, kenapa hanya tinggal beberapa hari lagi untuk tiba tarikh pilihanraya umum, barulah Yong Teck Lee terbuka hatinya untuk membangkitkan isu RM40 juta?
ReplyDelete