Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Birokrasi Dalam SESB



Saudara Pengarang,

SAPP menerima banyak aduan daripada kontraktor-kontraktor yang melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja di 32 stesen SESB di Negeri Sabah. Ramai pengadu ini adalah terdiri dari kontraktor-kontraktor kecil bumiputra yang berjaya mendapat kontrak SESB secara kecil-kecilan.
Apa yang menjadi rungutan mereka, kalau dulu siap saja kerja-kerja yang mereka buat, SESB akan membayar mereka dalam jangka masa 2 atau 3 bulan. Sekarang dengan sistem baru, PO dilulus dan dibuat di Ibupejabat SESB Kota Kinabalu, mereka terpaksa menungu berbulan-bulan untuk mendapatkan pembayaran tuntutan mereka daripada SESB.

Ada antara mereka terpaksa menunggu 12 hingga 15 bulan untuk mendapat pembayaran. Perkara ini telah menyebabkan mereka menghadapi masalah perbelanjaan harian keluarga, melangsaikan hutang-hutang bahan-bahan peralatan yang diambil dari kedai-kedai untuk menyampaikan projek-projek yang dianugerahkan.

Selaku Timbalan Pengerusi SAPP CLC N.17, Tanjung Aru, saya merasakan bahawa birokrasi SESB dalam pengurusan yang remeh-temeh ini telah menyebabkan kesusahan terhadap kontraktor-kontraktor kecil bumiputra.

SESB khasnya dan TNB amnya harus bersikap lebih prihatin dan mengambil tindakan dan inisiatif positif terhadap kontraktor kecil bukan sahaja bumiputra tetapi semua kaum yang terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja mereka.

Bukankah Kerajaan BN sudah menyarankan supaya kontraktor-kontraktor yang melaksana dan menyiapkan projek-projek kerajaan supaya dibayar dengan seberapa cepat (kalau boleh satu minggu) dari tarikh ianya disiapkan.

Diharapkan SESB / TNB mengambil tindakan yang sewajarnya. Janganlah kontraktor-kontraktor kecil ini dijadikan mangsa birokrasi !

Salam Hormat,

BAHARI ASHIP

15 comments:

  1. SESB should step up to explain this matter.

    ReplyDelete
  2. sebaiknya kerenah birokrasi ini dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya penjelasan berhubung pekara ini dibuat.

    ReplyDelete
  4. Sebaiknya pembayaran haruslah tetap supaya kontraktor tidak tertunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  5. Like it or not, SESB must provide explanation. We need to know SESB side of his story.

    ReplyDelete
  6. Bila TNB akan menyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  7. Rasanya hal ni perlu diperjelaskan. Jangan biarkan saja, nanti tambah melarat pula.

    ReplyDelete
  8. Semoga hal ni mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  9. SESB mesti selesai perkara ini, jika tidak, ia akan menjadi isu politik. Bola ada di tangan SESB.

    ReplyDelete
  10. Punca kelemahan SESB adalah dari syaitan umno. Hampir semua bos2 kerja dalam SESB adalah orang umno. Sudah bukti syaitan umno adalah punca segala masalah di Sabah bukan hanya SESB.

    ReplyDelete
  11. SESB perlu menangani isu ini.

    ReplyDelete
  12. kalau sudah masalah itu datang dari sesb, kenapa perlu libatkan orang luar? sudah kah SAPP dan pengadu menyampaikan aduan ini kepada sesb sekaligus minta penjelasan?? atau SAPP sekadar menjadi tong tempat letak aduan??

    ReplyDelete
  13. sapp juga tidak berani minta penjelasan dari sesb untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah ini.. mereka hanya tahu mempergunakan aduan rakyat untuk bermain2 di media..

    ReplyDelete
  14. syaitan umno setiap tahun papar dalam news kata SESB dapat peruntunkan berbillion RM dari syaitan umno pusat untuk memperbaiki masalah letrik Sabah, tapi hairan hampir setiap minggu letrik di Sabah berputus putus.

    Betulkah ada berbillion RM untuk menaik taraf SESB dari syaitan umno setiap tahun atau untuk siok sendiri?

    ReplyDelete
  15. jika masalah ini memang benar timbul dari SESB/TNB,mereka perlu memaklumkan dan membuat penjelasan kepada kontraktor-kontraktor supaya tidak tertunggu-tunggu.diharap tindakan segera akan dibuat.

    ReplyDelete