Search This Blog

Thursday, March 10, 2011

Herbert sekali lagi mencuba nasib

Kota Kinabalu, Mac 10, 2011: Wakil rakyat kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan sekali lagi mencuba nasib untuk memujuk penduduk penduduk Kg Tambatuon supaya bersetuju dengan pelaksanaan empangan setinggi 340 meter di Kg Tambatuon kawasannya. 

"Dengan perkataan menyebut peperangan atau kemarau panjang akan berlaku yang akan mengakibatkan kekurangan beras di sabah, ini merupakan kali kedua beliau menyebut perkataan sedemikian yang seolah olah memprovok peperangan dan menakutkan rakyat.

Pengerusi SAPP kawasan Kadamaian Puan Agnes Liewpin merasa kecewa dengan wakil rakyat seperti Timbun yang bukan lagi mahu membela nasib rakyat tetapi mendesak penduduk penduduk dan 20 buah kampung yang akan dijejaskan oleh pembinaan empangan yang bernilai RM450 juta itu.

Beliau menyoal wakil rakyat tersebut adakah beliau tidak setuju dengan cadangan pembinaan beberapa buah mini hydro dengan keupayaan menampung kapasiti hingga 10MW itu di sepanjang sungai kadamaian juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada mega projek itu?

"Cadangan ini telah disuarakan oleh Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee kepada kerajaan pada lawatan beliau 6 Jun 2010 di Kampoung Tambatuon.

"Tidak kah lebih baik kelebihan peruntukan daripada projek mega itu digunakan untuk membina banyak lagi jalanraya jalanraya yang begini teruk dan tidak boleh dijalani oleh kereta kereta kecil seperti jalan di Kg Podos, Tinata, Lobong Lobong, Kiau, Kg Sayap, Kg Lahanas, Kg Bongol dan banyak lagi semasa lagi semasa hujan di kawasan Kadamaian?

Agnes menggesa Timbun supaya menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kawasan, meninjau kesengsaraan penduduk penduduk kampung yang mengguna jalan jalan tersebut setiap hari.

"Beberapa penduduk kampung telah mengadu kepada Agnes bahawa beliau tidak pernah turun ke kampung mereka sejak kemenangan PRU12, adakah inilah sebabnya beliau sekarang menyebut beliau bersedia untuk memberi laluan kepada calon wanita di kawasannya pada PRU13 oleh kerana beliau telah gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang membela nasib rakyatnya.

6 comments:

  1. Mungkin perbincangan perlu dilakukan oleh kedua pihak. Sebaiknya perjelaskan kenapa perlu ada empangan ini. Jelaskan sebab-sebab lebih terperinci supaya penduduk faham apa tujuan sebenar pembinaannya..

    ReplyDelete
  2. Rakyat sudahpun menolak, jangan nak main paksalah.

    ReplyDelete
  3. Its just matter of time the government will decide not to go on with the project.

    ReplyDelete
  4. projek ini ada kepentingannya juga, tp rakyat sendiri kena membuat pilihan untuk menerimanya atau tidak.

    ReplyDelete
  5. lebih tepat lagi jika kerajaan dapat bertindak menyelesaikan masalah2 ini secara serentak. disamping mencari lokasi yang sesuai untuk pembinaan empangan, atau mencari alternatif lain untuk meningkatkan ekonomi penduduk, kerajaan juga perlu memastikan jalan raya di negeri ini berada dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  6. Don't force the people to accept any projects that they don't want.

    ReplyDelete