Search This Blog

Friday, April 8, 2011

Hak NCR dilindungi dalam kawasan FMU

Pertikaian parti-parti politik dan orang-orang tertentu menyatakan bahawa kawasan FMU telah mengambil hak orang kampong/anak negeri di bawah NCR(hak tanah anak negeri) telah terjawab oleh Pengarah Jabatan Hutan Sam Manan dalam suatu pertemuan dengan Pesurujaya Suhakam Jannie Lasimbang dan beberapa pihak NGO beberapa hari yang lalu.

Sam Manan telah menjelaskan bahawa dalam kawasan Hutan Simpan yg dikendalikan di bawah FMU dalam perjanjian lesennya Sustainable Forest management Licence Agreement telah memperuntukan khas untuk melindungi keperluan masyarakat setempat/orang kampong dalam kawasan hutan simpan(FMU) berkenaan.


Kawasan FMU adalah kawasan Hutan simpan yang dilesenkan kepada syarikat-syarikat yang layak di bawah perjajnjian Sustainable Forest Management (SFM) Licence Agreement untuk mengurus dan mengawal hutan simpan secara mampan dan berdaya tahan seleras dengan prinsip dan peraturan ITTO untuk mengawal dan mengurus hutan tropika.

Sepertimana saya pernah jelaskan sebelum ini bahawa diantara lain dalam perjanjian tersebut ialah bahawa syarikat-syarikat FMU terikat dengan perjanjian Sustainable Forest management Licence Agreement, di antara lain; mana-mana hak NCR yang terkandung dalam kawasan FMU perlu dipatuhi dan dilaksanakan mengikut Enakmen Hutan 1968. Selain daripada itu program perhutanan masyarakat, kemudahan asas, bekalan air, bekalan letrik dan jalan raya termasuk sekolah dan klinik juga menjadi tanggungjawab syarikat FMU untuk membantu pihak kerajaan untuk melaksanakannya. Termasuklah juga memberi pekerjaan dan latihan kemahiran kepada penduduk setempat dan sekitarnya dalam kawasan FMU.

Ini bermakna bahawa kerajaan telah mengambil kira kedudukan hak orang Asal/anak negeri semasa mewujudkan program FMU di kawasan Hutan Simpan pada ketika itu. Saya mengulangi bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa semua pengusaha FMU mematuhi syarat-syarat perjanjian dan pada masa yang sama Jabatan Hutan harus memantau dan memeriksa pelaksanaannya. Kerajaan harus mempertahankan hak orang Asal/anak negeri mengikut perjanjian tersebut dan bukan sebaliknya.

Kepada pihak-pihak tertentu yang memutar belitkan isu FMU menyatakan hak orang kampong/NCR terancam disebabkan wujudnya FMU adalah tidak berasas sekali dan sebarang kegagalan mempertahankan hak orang kampong dalam kawasan FMU adalah tanggungjawab pihak berkuasa dan kerajaan untuk membetulkannya mengikut lunas-lunas perjanjian lesen FMU berkeanaan.

Japiril Suhaimin ialah Ahli Majlis Tertinggi SAPP/Mantan Setiausaha Suhakam Sabah

14 comments:

  1. hak2 NCR mmg patut dilindungi.

    ReplyDelete
  2. Kenapa tidak cakap awal-awal?

    ReplyDelete
  3. pastikan NCR dan hak rakyat sentiasa dilindungi dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. semoga hak-hak rakyat akan sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Semoga NCR sentiasa dilindungi & dipelihara.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kalau hak tanah penduduk dapat dijaga dan dilindungi..

    ReplyDelete
  7. Kalau begitu, kenalah pastikan syarikat-syarikat itu menghormati hak NCR orang asli.

    ReplyDelete
  8. hak NCR wajib dilindungi dan dipertahankan..

    ReplyDelete
  9. pihak berkuasa haruslah memastikan hak NCR tidak dicabuli oleh mana2 pihak..

    ReplyDelete
  10. Hak NCR mmg patut dilindingi dan dipertahankan.

    ReplyDelete
  11. Semoga senario ini akna membuahkan sesuatu hasil yang positif.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Sabah telah berputus menukarkan status hutan simpanan kepada tanah kerajaan untuk dibahagikan kepada penduduk yang sudah lama menetap di sana.

    ReplyDelete
  13. pernah berlaku kes dimana ada diantara syarikat2 tersebut tidak mematuhi perjanjian SFM.. bagi saya penubuhan FMU masih belum cukup sempurna selagi syarikat2 tersebut boleh melanggar perjanjian2 yang terkandung dalam SFM..

    ReplyDelete
  14. Agree with Black, those companies should adhere to the rules. The FMU should make sure of that.

    ReplyDelete