April 4, 2011: GENDANG kosong PBRS kini berdentum dentam berbunyi lagi dimana setiap dentuman bunyi gendang PBRS senantiasa dibayangi pukulan bunyi yang sumbang bersama alun suara yang garau dan kosong. Apa tidaknya kali ini Presiden PBRS Tan Sri Kurup mendakwa kononnya 170 ahli SAPP Nabawan keluar parti dan menyertai PBRS dalam satu majlis bersama rakyat di Kg Sarikan baru baru ini.
Menambah lucunya lagi apabila 'permainan silap mata politik PBRS' berlaku sumbang lagi apabila kenyataan itu mendakwa kononnya ahli ahli SAPP yang menyertai PBRS adalah dikalangan ahli parti itu semasa berada dalam BN.

Hakikat yang sebenarnya SAPP tidak pernah menubuh cawangan mahupun CLC ketika SAPP berada dalam BN kecuali selepas SAPP keluar daripada BN.
Sandiwara politik PBRS itu bagaimana pun mudah disambar oleh Exco Pergerakan Pemuda SAPP Pusat yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Larry Rafael yang sekaligus menyifatkan kenyataan itu sebagai suatu 'permainan politik' yang bertujuan untuk melemahkan pengaruh SAPP dikawasan Parlimen Pensiangan yang kini mendapat sambutan hangat disitu sejak kebelakangan ini.
Rakyat Pensiangan yang meliputi kawasan DUN Sook dan Nabawan tidak dapat disangkal lagi keinginan mereka untuk terus bersama SAPP kerana perjuangan SAPP adalah telus, berwawasan dan benci kepada amalan korupsi seterusnya ia lebih fokus kepada usaha untuk memertabatkan maruah bangsa, membangun sosio ekonomi seterusnya mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan tegar.
Larry Rafael yang gelihati apabila Tan Sri Kurup mengungkap pelbagai kata kata manis bagaikan 'gula gula manis' kepada rakyat tentang pembangunan, ekonomi dan sebagainya di Pensiangan, dimana Kurup seakan akan tidak sedar bahawa 'talian hayatnya' selaku Ahli Parlimen yang diputuskan Mahkamah hampir sampai ke penghujung jalan namun pembangunan penting untuk rakyat seperti Klik 1Malaysia, Hospital Nabawan dan beberapa batang jalanraya masih terbengkalai.
Malangnya dalam keghairaan PBRS dan Kurup 'menjual ubat' rakyat pula bertanya sesama mereka sendiri diantara mereka bahawa siapa pula tak kenal Kurup yang pernah menjadi 'Wakil Rakyat' Sook selama 28 tahun termasuk beberapa jawatan 'Menteri' yang ernah disandangnya tetapi DUN Sook dan rakyatnya masih seperti yang dulu sebelum merdeka 47 tahun lalu.
Untuk berlaku adil, kalaulah kenyataan PBRS dan Kurup itu benar mengapa pula PBRS tidak mendedahkan nama nama mereka yang terlibat dan mendakwa diri mereka adalah ahli SAPP yang bertindak keluar dan menyertai PBRS sekiranya dakwaan itu benar dan bukan olok olok seperti bersandiwara.
Pemuda SAPP Pedalaman dan Nabawan dalam bentuk baru tidak akan lemah semangat dan terpengaruh dengan propaganda serta dakyah kosong politik PBRS yang semakin hari rakyat mencemuh PBRS kerana suka menggayakan taktik 'politik sandiwara dan gendang kosong'.

Ada ataupun tidak PBRS sama SAPP saja yang tahu.
ReplyDeletesiapa sertai siapa bukan penting pun, yang penting adalah peranan parti dalam membantu rakyat.
ReplyDeleteSila pastikan kebenaran artikel ini dan pembaca jangan mudah terpengaruh dengan berita yang belum Sahih kebenaranya.
ReplyDeletesama ada benar atau tidak terdapat ahli SAPP yang menyertai PBRS hanya mereka yang tahu. apa pun yang penting adalah tanggungjawab kepada rakyat perlu dilaksanakan.
ReplyDeleteSAPP dan PBRS sahaja yang tahu.
ReplyDeletePBRS tidak perlula menafi kalau benar ada ahli mereka mnyertai PBRS.
ReplyDeleteBila SAPP ada cawangan di Nabawan? Saya orang sini pun tidak tahu pula. Orang BN sangat creative lah buat Fitnah. Fitnah sudah jadi kebudayaan PBRS dipengaruhi oleh umno kah?
ReplyDeletehal ini bukan isu besar pun.
ReplyDeletebukan satu isu yang mementingkan soal kepentingan rakyat..ianya adalah soal kepentingan parti dan peribadi..
ReplyDeleteterpulang kepada parti politik berkaitan untuk menangani perkara ini..
ReplyDeletehhmmm.. biasalah gimik politi. mahu juga daa ruangan gosip. hehe
ReplyDeleteApapun, pandai2 lah rakyat menilai perkara ini.
ReplyDeletePBRS patut dedahkan nama mereka jika betul-betul ada.
ReplyDeleteIf PBRS have the name list, they should expose it.
ReplyDeleteTidak pastilah kebenarannya. Begitu juga yang berlaku di tenom. Kununnya ahli UMNO keluar menyertai PKR. Apa pun kita tunggu PRU yang akan datang.
ReplyDeletekurup,, jangan takut berbalas pantun..
ReplyDeleteKalau betul ahli SAPP mengikuti PBRS, apa salahnya? Biasalah ahli melompat parti.
ReplyDeleteapa susah tunjuk bukti? atau tipu aje? Bodoh punya orang BN terutama dari syaitan assssno.
ReplyDeleteBetul ataupun tidak, tepuk dada tanya selera.
ReplyDelete