SUDAH terang lagi bersulu, sudah nyata lagi bertanya! Apakah ‘cold war’ seperti yang dinyatakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat Khairy Jamaluddin ketika merasmikan persidangan pemuda Umno diKeningau baru baru ini boleh disanggah sebagai tidak benar.
Apabila timbul penafian yang kononnya ‘cold war’ tidak ada, malangnya terlalu sedikit yang bersetuju penafian Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said itu berbanding kenyataan KJ itu bahawa Umno Sabah berlaku ‘cold war’ masyarakat sekeliling pula menjawabnya “ Waaahhh? KJ baru sekarang tahu?...kami lamaaa sudah tahu bah!”.
Tidak ada sebarang perkara yang boleh disembunyikan lagi dalam dunia politik harini dalam era komunikasi dunia tanpa sempadan khususnya Sabah dimana apa yang telah berlaku diakhir akhir ini sudah semakin ketara yang boleh didifinisikan daripada gaya pertuturan dan ungkapan setiap kali pemimpin pemimpin tertinggi Umno Sabah berucap.
Yang terbaru, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shafie Apdal dalam kenyataannya, bahawa beliau menafikan dakwaan yang beliau “gila kuasa” dan merancang menggulingkan kepimpinan Negeri sekarang.
Beliau juga turut menafikan bahawa beliau tidak ada masalah dengan orang lain dalam kalangan pemimpin Umno diSabah. Bagaimana pun beliau dipetik sebagai berkata bahawa “ Kecuali mereka yang mempunyai masalah dengan saya,” kata beliau ketika merasmikan mesyuarat tahunan Umno Papar baru baru ini.
Selain itu, Shafie dalam kenyataannya bahawa seseorang itu tidak perlu berasa gentar untuk memperjuangkan kebenaran bagi menfaat rakyat kerana inilah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak melalui usaha mereformasikan agar rakyat akan menyokong kerajaan.
Mungkin persaingan kepimpinan antara Shafie dan Musa telah diambil kesempatan oleh “macai macai” masing masing dimana ianya sekadar pergeseran politik biasa tetapi kemudiannya membawa kepada suatu perbalahan dimana beberapa pemimpin bawahan telah menjadi mangsa hanya kerana tanggapan yang kurang jelas kerana tanpa bukti.
Mampukah Umno Sabah meleraikan pergeseran mereka sebelum PRU13 ini yang semakin hampir bahangnya. Jika ianya berterusan pastilah Umno dan BN berhadapan dengan laluan sukar untuk meraih sokongan daripada rakyat Sabah.
Oleh: Wartawan JendelaSabah.com
Siapa tidak tahu ada 'cold war' diSabah...sudah terang2 baahh! Musa memang pandai main wayang..dia boleh buat apa saja terhadap orang2 yg menentangnya, tapi kuasa rakyat dia lupa...memangkah undi untuk kemenangan kuasa. Tunggulah PRU13..
ReplyDeleteAzman Haji Ruslan sudah ditendang, Jamawi bakal ditendang...yg angkat kaki Rubin,Raimie Feisyal, Ghani...pemimpin peliharaan Musa. Dapatkah mereka ini bertahan dalam PRU13 kecuali Azman dan Jamawi..!
ReplyDeleteSaya mahu tanya satu soalan.Berapa lama Musa Aman mahu jadi Ketua Menteri Sabah?
ReplyDeleteSeolah-olah jawatan ketua menteri adalah hak dia dan kepunyaan dia untuk selama-lamanya.
Oklah baaa...jangan lagi banyak berpolitik tuding menuding jari dalam Umno. Musa kah atau Shafie kah yg jadik KM sama saja...dua kali lima. Yang penting Umno ditumbangkan dlm PRU13...Ayuh! patahkan UMNO-BN dengan karis2nya..
ReplyDeletePeperangan dingin antara ahli bukan apa yang baru. Perkara seperti ini selalu berlaku.
ReplyDeleteMA and Shafie are in one team. Instead of arguing, they should cooperate with each other.
ReplyDeleteBut whatever it is, I'm sure Najib will know who is the best person to be the CM.
ReplyDeleteSemua perti mempunyai masalah dalaman tapi jangan rakyat dijadikan umpama pelanduk mati tersepit. Nasib rakyat perlu dibela dan hak2 rakyat perlu dijaga. Utamakan rakyat bukan kepentingan masing2.
ReplyDeleteApa yang saya lihat kedua2 mereka tidak ada masalah sesama sendiri.
ReplyDeleteSeharusnya tidak ada pesengketaan antara mereka kerana kedua2 merkea berasal dari negeri yang sama dan sepatutny mempunyai tujuan yang sama untuk seluruh Sabah.
ReplyDeletetiada ada wujud sebarang masalah antara Musa dan Shafie, kedua mereka mempunai hubungan baik, jgnlah kita percaya dgn kata2 pihak luar yang ingin melagakan mereka.
ReplyDeleteMusa dan Shafie adalah pemimpn Sabah yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Sabah, kita harus menyokong mereka.
ReplyDeletemungkin pekara ini sengaja diperbesarkan oleh sesetengah pihak. pekara seperti ini tidak perlulah dibesarkan, lebih baik fokus terhadap isu-isu rakyat.
ReplyDeleteMasing-masing buat perception sendiri, media pun turut sama bermain dengan sentimen 'cold war' ini...adakah ia benar2 berlaku?
ReplyDeletePada luarannya, mungkin begitu la kelihatan, perang dingin berlaku di antara kedua2 pemimpin ini...tapi dalamannya, siapa yg tahu? hanya kedua2 pemimpin ini saja yg tahu...
apa yg pasti adalah kedua2nya merupakan anak jati Sabah yg byk menyumbang kepada negeri Sabah...
perkara yang kecil saja pun boleh jadi besar dan tersebar luas kalau disiarkan dalam media. jadi tidak hairanlah kalau cerita tentang 'cold war' Shafie dan Musa diperbesarkan hingga seluruh negara tau. jadi, media massa mahupun elektronik pun kena sampaikan maklumat dengan fakta dan bukti.
ReplyDeletegaduh2 pun tiada manfaat kepada rakyat..
ReplyDeletemacam sengaja saja diperbesarkan perkara ini..
ReplyDeleteMemang sukar tutup rahsia dizaman dunia tanpa sempadan ni. Tapi k/kala rahsia tu belum tentu disampaikan dengan fakta yg tepat.
ReplyDeleteJadi, setiap hal yang berlaku haryuslah dinilai secara matang dan bukannya bedal ja apa yang disajikan:P
ReplyDeleteItu sudah pasti..Saya percaya dan kami rakyat Sabah percaya bahawa UMNO pasti bersatu.
ReplyDeleteasalnya cuma satu isu, tapi bila masuk media boleh jadi 10 atau lebih isu.. itulah makna dunia tanpa sempadan hari ini.. sebenarnya pembangkang tidak mempunyai cara lain untuk menewaskan BN di sabah selain terpaksa mencari peluang memecah belahkan pemimpin2 BN di Sabah.
ReplyDeleteBaik jangan batu api isu ini.
ReplyDeletePemimpin gila kuasa.Dia ingat jawatan ketua menteri bapa dia yang punya.
ReplyDeleteIsu "cold war" masih dinafikan?...tetapi bacalah betul2 akhbar setiap hari...apa kata Datuk Rahim Ismail...dan apa pula jawapan Musa dan org2 suruhannya. Kalau tidak? manakan KJ berani bercakap dipersidangan UMNO diPedalaman yg dihadiri ribuan penyokong UMNO...? betu tak? Inilah ragam orang kita, kalau mahu menegakkan benang yg basah pun biarlah berpadan sikit..oooiii?
ReplyDeleteTakkan lah tak tahu pulak! Cakap pula batu api...takkan pokok bergoyang kalau tiada angin? Inikan diakhbar terpampang cerita Shafie Apdal sudah kencang sana sini...KM turun padang rasmi persidangan Umno 'blast' lagi sini sana...jadi yg itu apa?...batu api?
ReplyDeleteSudahlah, apa boleh buat.
ReplyDelete