Search This Blog

Monday, August 1, 2011

Dulu PATI.. Kini dah jadi Pengundi

Antara tuntutan BERSIH 2.0 yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong adalah penggunaan dakwat kekal sebagai tanda bahawa seseorang pegundi itu telah mengundi dan juga pembersihan Daftar Pemilih.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan tidak berminat langsung dengan penggunaan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh BERSIH 2.0 itu tetapi mereka lebih berminat dengan penggunaan Sistem Biometrik yang bagi mereka ianya lebih praktikal.

Mungkin kerana jika dibandingkan Sistem Biometrik dan Dakwat Kekal, kos untuk menyediakan prasarana dan peralatan sokongan untuk Sistem tersebut adalah tinggi jadi komisyen yang dijanakan bagi membolehkan system tersebut digunakan juga adalah tinggi..

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Kementerian Dalam Negeri dilaporkan telah memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai lalu.

Objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Dan tempoh terakhir bagi warga asing untuk mendaftar ialah pada 31 Julai 2011.

Memandangkan sehingga hampir ke tarikh 31 Julai hanya sekitar lebih kurang 300,000 orang PATI yang mendaftar dan ianya jauh tersasar dari sasaran iaitu 2,000,000 orang PATI.

Tanpa memberikan sebarang alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan proses Pendaftaran Biometrik bagi pekerja asing tersebut telah dilanjutkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

by Anak Sungai Derhaka

15 comments:

  1. Sasaran 2 juta PATI tapi yang datang hanya 300 ribu? Hmm...jauh sangat bezanya tu. Selepas tamat tempoh pendaftaran, ambil tindakan lebih tegas ke atas PATI yang tidak berdaftar.

    ReplyDelete
  2. Layan baik kerajaan M'sia diberi kepada semua PATI yang ada passport / permit kerja dan tiada dokument perjalanan yang sah. Jadi, tindakan yang lebih tegas dan agresif perlu dikenakan kepada PATI yang gagal mendaftarkan diri sepanjang tempoh yang diberi.

    ReplyDelete
  3. Dakwat kekal patut digunakan kerana ia senang dan tidak memakan kos yang banyak.

    ReplyDelete
  4. Harap melihat pilihan raya yang bersih dan adil pada PRU-13.

    ReplyDelete
  5. penggunaan sistem biometrik oleh mengelakkan berlaku pemalsuan identiti.

    ReplyDelete
  6. pati yang tidak memberikan sebarang kerjasama untuk Pendaftaran Biometrik perlulah dikenakan tindakan tegas.

    ReplyDelete
  7. hanya 300,000 orang PATI yang yang telah mendaftar untuk program 6P. adakah mungkin lebih ramai lagi yang mendaftar jika tempohnya dilanjutkan?

    ReplyDelete
  8. harap pihak kerajaan dan Bersih dapat mencapai kata sepakat untuk kaedah pendaftaran yang lebih baik bagi proses pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  9. jimat lagi mengguna dakwat kekal daripada sistem biometrik - ianya bukan sahaja kos rendah bahkan tidak memerlukan kemahiran.

    ReplyDelete
  10. PATI pasti akan dapat dikurangkan berperingkat. Jadi kita tunggu bagaimana kementerian dalam negeri meyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  11. Pati boleh dikurangkan kalau kita jahat mcm nazi....tapi kita tak akan jadi mcm itu la sebab kita masih ada akal & perasaan yg waras...jadi, apa2 pun bagi la peluang kepada kerajaan untuk sort out masalah ini...

    ReplyDelete
  12. All the best to Bersih in achieving their objectives.

    ReplyDelete
  13. I just hope the number of pati will decrease tremendously this year.

    ReplyDelete
  14. Only citizens have the right to vote.

    ReplyDelete
  15. India yang merupakan negara yang paling tegar menggunakan celup jari dakwat kekal akan menggunakan biometrik untuk mengelakkan penipuan undi pada pilihanraya umum akan datang. Malah negara2 seperti Gambia, Brazil, Ghana, Sierra Leone dan Zambia yang mewakili Dunia Kedua juga telah beralih daripada penggunaan dakwat kekal kepada sistem biometrik.

    ReplyDelete