Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Mercun Bebas Dijual di Lahad Datu?



Mutalib M.D

KENDATIPUN penjualan bahan letupan termasuk mercun diharamkan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara tidak lebih tiga tahun; namun bahan larangan ini dijual secara bebas di Lahad Datu. 
 
Pembakaran mercun diharamkan selaras dengan Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. 

Mercun telah diharamkan di Malaysia sejak tahun 1991, selepas terjadinya kebakaran kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buluh. Mengikut Seksyen 42, Akta Bahan Letupan 1957, jika disabitkan kesalahan kerana mengilang, memiliki atau mengimport kedua-dua bahan itu boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun mercun yang dijual secara terbuka di Lahad Datu, terutama di belakang Pasar Ikan dan Pasar Rakyat serta kakilima, dalam jumlah yang kecil tetapi ramai penjual didapati dengan mudah daripada Filipina dan dibawa masuk oleh PATI ke Lahad Datu melalui Bongao dan Sitangkai.

“Harganya yang murah dan boleh ditawar. Mula-mula takur juga mahu beli, tetapi bila Nampak polispun beli, maka kamipun beli. Lagipun dijual secara terbuka. Saya fikir tidak salah kerana tidak ditangkap,” ujar Kamsani Ujani, kakitangan syarikat perladangan terkemuka di Lahad Datu.

Menurut Kamsani, wujudnya PATI dan rakyat tempatan yang menjual mercun ini memudahkan mereka melepaskan gian bermain mercun semasa kanak-kanak; terutama roket yang boleh ditembak jauh ke udara dan tidak membahayakan.

“Kita tahu memang bahaya untuk kanak-kanak terutama mercun dan bunga api kerana tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan, tetapi setakat ini mercun yang kami beli tidak mendatangkan sebarang kecederaan,” kata Kamsani yang mengakui hanya memperuntukkan RM100 untuk membeli mercun dan bunga api untuk beliau dan anak-anaknya bermain di kampung mereka di Semporna.

Dalam pada itu, seorang penjual mercun, Jakilan Tambangi, 35, memberitahu bahawa mereka hanya mencari wang poket untuk hari raya dengan menjual mercun dan bunga api yang mereka beli daripada Taukeh Ching dan Alex.

“Memang ada juga yang mereka bawa dari Filipina dan ada juga dari China. Kami tidak tahu macam mana boleh masuk. Tapi kami hanya jual sahaja dan semua kami beli daripada dua taukeh ini. Tidak ada tangkap, jadi kami juallah,” kata Jakilan yang mengakui tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tetapi telah menetap di Lahad Datu sejak 10 tahun lalu.

1 comment:

  1. Lihat muka budak2 jual mercun itu semua keturunan UMNO.

    Siapa undi BN bermaksud terus sokong UMNO kasih masuk PATI ke Sabah untuk menindas hak2 orang kita nie.

    ReplyDelete