Search This Blog

Loading...

Sunday, August 28, 2011

Penderaan keatas murid SMK Arshad Kota Belud


Kota Belud: Murid Tingkatan 2 SMK Arshad Kota Belud datang ke Pejabat Perhubungan SAPP Kota Belud  bersama-sama dengan kedua ibubapanya memohon keadilan keatas ketidak adilan keatas perlakuan seorang cikgu yang memukul murid tingkatan 2 bernama Mohd Shafiq Bin Johardi  tanpa usul priksa pada 25 Ogos 2011.

Bapa kepada murid telah pun membuat laporan polis, dan juga membuat pemeriksaan doctor, pengadu amat kesal dengan pentadbiran sekolah kerana gagal memberi penjelasan yang munasabah keatas insiden yang berlaku keatas  murid yang menerima hukuman malang,  menurut pengakuan murid keadaan yang menimpa kepada murid tersebut membuiatkan dia stress dan mengalami kemurung kerana merasa takut kesekolah disebabkan perlakuan cikgu yang menghukum tampa usul priksa.


Menurut ibubapa murid dia telah pun berjumpa dengan Guru Besar SMK Arshad  Puan Latifah Mustakim , dan mendapat makluman bahawa cikgu yang mendera murid tersebut mengalami tekanan peribadi, maka sepatutnya guru besar perlu mengambil perhatian keatas masalah cikgu yang bermasalah supaya diberi kaunseling bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Apa yang menyedikan Ibubapa Murid tersebut, terkejut dengan cara penyelasaian untuk menutup kes penderaan dimana murid telah di beri duit sebanyak RM200.00 dalam bungkusan angpow, oleh Cikgu yang memukulnya, melalui Cikgu Disciplin.  Duit tersebut di bawah balik oleh mangsa, walaupun ibu bapa tidak menerima nya, sekarang dalam tangan ibu bapa untuk bukti kepada pihak berkenaan.  

Ibubapa tidak berpuashati dan datang kePejabat Perhubungan SAPP supaya Pemimpin SAPP i dapat  dedahkan Kes ini  kepada masyarakt umum agar ianya tidak berulang kepada murid yang lain.  Ibu Bapa juga memohon pihak SAPP untuk membantu agar Kes ini boleh di ambil tindakan.  Pemimpin pemimpin SAPP Kota  Belud yang hadir ialah Pengerusi CLC N& Kadamaian, Pn Agnes Liewpin, Ketua Penerangan Encik Jack Giau, Naib Pengerusi Tubil Gandong dan Setiausaha Bahagian N8 Usukan, Encik Yong Kai Wah.

Mengikut laporan diterima,  banyak kes yang berlaku di sekolah telah di sembunyikan oleh pihak sekolah dimana terdapat kes berlaku orang luar masuk kesekolah mencari murid yang mahu didera sehingga murid yang terlibat teruma, dan tidak mendapat pembelaan sepenuhnya oleh pihak sekolah hanya kerana murid tersebut berdiam diri dan ibubapanya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak sekolah menutup mata dan telinga.

Ibubapa murid tersebut mahukan keadilan dengan mengsyorkan menyaman pihak sekolah dan guru yang terlibat kerana kecuaian dalam melaksanakan tangung jawap sebagai  guru dan juga gagal membukti keasalahan murid yang di derah, untuk tujuan menyedarkan pihak sekolah bahawa setiap murid dalam sekolah tersebut mendapat pembelaan sewajarnya tampa mengira keturunan dan agama.

Apa yang mendukacitakan pihak SAPP dan kedua ibubapa murid tersebut, profisional Guru amatlah penting dalam membentuk masyarakat yang berhemah dan didikasi yang tinggi dan juga membentuk genarasai masyarakat yang penyanyang dan menjadi pemimpin Negara di masa akan datang.

Pemimpin SAPP Kota Belud mengesyorkan kepada Mangsa dan Ibu Bapa akan membantu dan membawa masalah ini kepada Ahli Peguam SAPP.

Agnes Liewpin ialah Ketua SAPP CLC N7 Kadamaian

52 comments:

  1. Keep up the good work SAPP!

    ReplyDelete
  2. sebelum apa apa tindakan di buat perlu diselidiki dulu ,tindakan menyaman pihak sekolah adalah tindakan tidak wajar.byk kes kebiadapan dan kekurangajaran murid berlaku disekolah tapi cuba dihadapi dan diselesaikan oleh pihak sekolah tanpa tindakan yg drastik dengan harapan mereka berubah.tapi kalau ibubapa sendiri tidak cuba berkerjasama dgn sekolah untuk kebaikan anak mereka..maka perkara begini pasti berlaku..

    ReplyDelete
  3. kalu saya senang saja..kalu itu cegu ada anak maka saya minta dia kasi sama saya dan saya akan buat benda yg serupa dia lakukan sama anak saya. kalu ada kesan kebakaran sebanyak 25 lubang maka saya pun buat 25 lubang juga dibdn anak dia atau bdn bapadia atau dibadan mana2 saudaranya...ini saja jalan kalu tidak dsaman,..org yg buat statement diatas itu takut org saman tu sekolah sbb dia ada kepentingan...kekkekee

    ReplyDelete
  4. sanang cerita jangan ba kasi sekolah disana sikul nanti mati pula anak kamurang cari la sekolah lain yang bagus bagus cigu dia kio...hahahahaa

    ReplyDelete
  5. hahhahahah .... ada lagi kes rasuah bagi rm200.... wakakakkaka

    ReplyDelete
  6. Teachers of this kind should be sacked immediately,..they promote violence and sadism.

    ReplyDelete
  7. sy fikir ibubapa mangsa tidak perlu melibatkan golongan ahli politik,mereka ini hanya mengambil kesempatan,untuk mau popular,itu saja.apa yg patut di buat ialah 1. lapuran polis 2.lapuran doktor 3.lapuran sprm(ada unsur rasuah-menghalang membuat lapuran) 4.lapur pengarah pendidikan sabah dan akhir sekali kau orang pasti kecewa setiap tindakan guru pada masa ini di lindungi oleh kerajaan hahahahahahahahaaaa......kenapa...?kalau dia org tidak kerja sampai berbulan-bulan gaji jalan juga,paling kurang tindakan tatatertib kalau kes begini tukar sekolah sajaaaa.......heheheheee....mana boleh buang kelajaa....hahahahaaa.......paling kurang satu bulan saja panas....lepas tu sajuk bah ituuuuu...ko tanya lah mana-mana guru atau kerani sekolah ka atau itu pegawai PPD.....oraitba.....kalau kau..!!!!

    ReplyDelete
  8. apa lagi mau selidik,itu pengetua ada cakap itu guru ada masaalah peribadi...apa lagiiiiii...ko mauuuuu....ini sapp punya ketua penerangan pun kartun bukan guru besar la...heheheheheeeee....PENGETUA.....HAHAHAHAHAAA......tak tau beza kaaaa.....Begini saja mana itu YDP PIBG korang dia tidak boleh atur kah ni kes....

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Anonymous diatas ni macam ada kaitan degn pelajar tu tau . kalau kau bapa dia sy mau kasi tau la anak-kau tu yang kurang ajar . sy ada disana pada waktu kejadian sio dn sy tidk rasa rotan itu kena seteruk itu . ya sy tau pengetua sudah cakap itu ini bla bla tapi sy tau itu karangan(yang tidak seberapa tu) diatas banyak fakta yang diputarbelitkan dn tidak disusun mengikut kronologi yang betul . maka cara susunan ayat tu ofcoz la bagi side sama itu budak kurang ajar dan mempengaruh minda para pembaca . sy berani ckp la saya pun sekolah sana . oh ya , kalau saya mau sy boleh kasi tulis satu buku karangan yang lebih hebat dari ini. DAN TOLONGLAH bukak mata kamu tue BESAR BESAR , INI TEKS INI MACAM ADA BIAS SIKIT PIGI SIDE TU BUDAK KURANG AJAR YANG BUAT HAL DISEKOLAH TAPI MACAM SYAITAN BERTOPENG KEBAIKAN SANA RUMA.

    ReplyDelete
  11. p/s: anynonymous yang cakp " apa lagi mau selidik,itu pengetua ada cakap itu guru ada masaalah peribadi...apa lagiiiiii...ko mauuuuu....ini sapp punya ketua penerangan pun kartun bukan guru besar la...heheheheheeeee....PENGETUA.....HAHAHAHAHAAA......tak tau beza kaaaa.....Begini saja mana itu YDP PIBG korang dia tidak boleh atur kah ni kes.... " sgt mencurigakan.

    ReplyDelete
  12. heheh minta maaf la semua kerana kesilapan galaran memang suda kena post baru ingat pengetua kitakan biasa cakap guru besar yang kena taip mengitikut aduan murid dan ibubapa, saya terima kasi dengan semua komentar yang bernas lagi kritikan yang membina, bukan SAPP bermaksud untuk campur tangan urusan sekolah SMK Arshad tetapi sebagai ahli politik kita kena ambil tindakan setiap aduan. harap2 pihak sekolah dapat mempertingkatkan pengurusan dalam sekolah agar perkara serupa tidak berulang tk u

    ReplyDelete
  13. waa..makin panas ini kes taw..napa?ada yg trasa kan..jd kpd pyokong sy ucap kan trama kasih byk2..yg x myokong tu..pikir la balik ya..sokong kbenaran bah..lg 1 sy amat kesal kerana gmbr tu telah d edit tmpa pgtahuan..kalo mo tgk gmbr sbenar bole..cakap jak..o,ya..jgn mnuduh org tmpa usul priksa bah daus..ko ni mcm pyokong cikgu tu pula..kalo brani tampil ke hadapan..
    pmainan politik jak cara yg snang supaya mdpt perhatian umum..kalo x ni la jd dia 1 bulan suda sejuk..apa lg..

    ReplyDelete
  14. Daus = sila tampil d makhamah nnt utk pjelasan..bole ba kan?

    ReplyDelete
  15. MACAM SYAITAN BERTOPENG KEBAIKAN SANA RUMA?
    bhati2 ya bcakap..ko tu nda rasa lg kali..

    ReplyDelete
  16. pui ! macam2. kenapa tdk jumpa pigi sekolah dulu? terus pigi sana pejabat? apalah otak cetek.

    ReplyDelete
  17. kenapa mau perhatian umum ? macam buduh saja tau . org kasi selesai cara yang matang , bukan minta puji mau kasi war-war sana sini.

    ReplyDelete
  18. No komen sdh la. malas sy mau masuk cmpur .

    ReplyDelete
  19. haha..otak cetek?pikir la..sy rasa tindakan bapa pelajar yg tbaik..ko ni org kg kali kan??haha..cetek nya..cian deh lo..

    ReplyDelete
  20. SAPP terus maju!

    ReplyDelete
  21. daus?ada berani>?

    ReplyDelete
  22. sy merupakan pelajar smk arshad..em..xda mo cakap apa la gio..kalo pndapat sy kita tgk bah sapa mnang..pelajar kah cikgu?lg pun sy ada bah d tmpt kjadian tu gio..cian shafiq tu..byk kali teranaya..
    konsingkou.

    ReplyDelete
  23. Tatabahasa,ejaan dan susunan ayat perlu diperbaiki bagi mengelakkan kekeliruan para pembaca..

    ReplyDelete
  24. kesian... sabar jak lah utk kedua2 pihak... TUHAN itu maha kuasa, maha adil, dan maha mengetahui... jangan takut..orang teraniaya selalu mdapat pertolongan drpd TUHAN... rajin2lah berdoa agar kes ini selesai dgn baik dan selamat.... manusia tidak kira apa pangkat, apa status, apa jantina... semua makhluk-Nya.. tawakkal aja lah...

    ReplyDelete
  25. " pui ! macam2. kenapa tdk jumpa pigi sekolah dulu? terus pigi sana pejabat? apalah otak cetek."
    kenapa mesti keluar perkataan kesat... anda sendiri seperti perkataan diatas ( otak cetek ) kerana mengeluarkan perkataan yg kurang bernas..

    ReplyDelete
  26. shafiq kat sekolah macam syaitan ka seperti yg tertera??? orang yg cakap tu belum tentu seperti malaikat... cakap siang pandang2.. cakap malam jeling-jeling... =)... hahahahaha.. mulut kan senang jak cakap.. bikin tulah tu lau cakap sebarang..

    ReplyDelete
  27. haha..terasa si kawan yg suka pui2 tu taw..cian bah dia..haha..bikin ktawa kmi d kg ranau taw..dia cakap dulu baru kasi manipulasi sama org..haha..bah..pandang la..jeling la ko ar..haha

    ReplyDelete
  28. thanxx to Pemimpin pemimpin SAPP Kota Belud Pengerusi CLC N& Kadamaian, Pn Agnes Liewpin, Ketua Penerangan Encik Jack Giau, Naib Pengerusi Tubil Gandong dan Setiausaha Bahagian N8 Usukan, Encik Yong Kai Wah. sy sokong SAPP!!

    ReplyDelete
  29. teraniya bh diaaaaaaaa atuuuu koi dii nopo.

    ReplyDelete
  30. tenaga pengajar semua sekolah hendaklah mengambil iktibar insiden yang berlaku di SMK arshad dan kita percaya tiada ibubapa atau murid mahu diinaya sungguh pun kes safiq bukanlah seauatu yang luar biasa tetapi perlu ada garis panduan keselamatan dan juga tatacara dispilin, dan saya mencadangkan kepada setiap sekoalh supaya menubuhkan satu badan kehakiman makamah sekolah bagi menjatuhkankan hukuman keatas murid dengan memperkenalkan murid-murid sistem perundangan dan juga kehakiman. ianya telah pun di guna pakai di luiar negara seperti america britin, ini juga membolehkan murid2 memahami apa kah krusus guaman dan menganal sistem kehakiman pada peringkat awal disemping membangkit semangat pelajar menminati sistem perundangan. saya berharap cadangan ini di terima oleh seluruh sekolah, pra peguam di lantik di kelangan murid dan hakim di kalangan cikgu2 cara pengandalian berdasarkan cara di makamah hujah2 mangikut perundangan kod iteka di sekolah dan juga berdasarkan perundangan sekolah, skian

    ReplyDelete
  31. kamu ini bodohnya..! astagfirullah..! kamu tahu kah, mohd syafiq ini memang nakal...~ teruk betul gaya di sekolah... saya bukan memburukkan2 dia, tapi ini kenyataan...! korang tahu tak yang dia sudah disingkir, tapi diterima oleh jabatan pelajaran kota belud ..! so, siasat betul2...!

    ReplyDelete
  32. nama yg bds pembuka minda..tp pragai sma seja bah pula..haha
    kalo nakal kna anaya buat apa?

    ReplyDelete
  33. berani kerana benarr bhaa..
    kalau takut jadi la mcm yg c cigu yg memukul..diam2 bwa tempurung..taw slh kan..
    yg heran yg tidak2 la tau apa real story ikut2 juga dgn mnuduh yg benar itu salah...yg slah itu benar..hahahx...

    ReplyDelete
  34. senakal nakal pun safiq bukan salah jika kita semua mencari jalan memperbetulkan dia bukan menghukum, jika kita di tempat safiq mungkin juga kita merasa demikian, tetapi kita manusia berakal perlu cari jalan membetulkan safiq dri murid yang nakal kepada murid yang baik sipa tahu murid ini menjadi contoh pelajar terbaik di masa akan datang

    ReplyDelete
  35. Bagus juga SAPP ni... prihatin dengan masalah rakyat. Tapi mungkin sedikit terlupa akibat teruja menjadi hero. Tanyalah kenapa? Tanyalah mengapa? Barulah adil. Lebih bagus kalau dapat info dari kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  36. kerana mengharapkan safiq ni berubah la maka byk kesnya dipandang sebelah mata sahaja..tapi ibubapa nya la yg tidak mau bekerja sama..paciknya guru disiplin pun tidak dpt handle...apa lagi guru lain..patut masuk kelas pendidikan khas ba budak ni...

    ReplyDelete
  37. kalau saya yang ditanya..sa mungkin akan menjawab seperti ini "kalau bukan oleh murid itu...guru tidak akan memukul murid tersebut..." . saya percaya bahawa kamu smua yamg mengomen article ini ada orang yang dewasa...jadi knapa kamu tidak dapat mengeluarkan pendapat seperti orang dewasa?..sekarang kalau kamu semua masih belum berpuas hati...kamu pergi tanya sama itu dia punya classmate kalau dorang suka sama itu murid, itu murid tidak bersalah ,tapi kalau diorang satu classmate tidak suka sama dia..sudah terbukti bahawa murid itu bersalah....kalau mau cari kebenaran tanya classmate dia yang perempuan..kerana perempuan saja yang tidak pernah menipu tentang kebenaran....

    ReplyDelete
  38. cikgu la buduh...mak bapa mana x syg anak...binatang pun sayang anak dia...cuba klu cikgu ni ada anak..lps tu benda ni jadi kat anak dia???apa plak perasaan dia..xkn maw tgk2 saja...budak2 pn maw d pukul..klu maw beri plajaran pn agak2 lar,klu smpi lebam2 bgini pandai2 lar pikir...

    ReplyDelete
  39. budak bentingal mmg kena pukul. tapi teda la ba sampai gini teruk.. pakcik dia guru disiplin ka??

    ReplyDelete
  40. mmg la ibubapa syg dngn anak. tapi kalau anak itu berbuat kurang ajar dkt skolla buat apa?...buat malu ibu bapa jak...ibu bapa dorang tu tau ke kes perangai anak dia dekat skolla?...

    ReplyDelete
  41. benda2 macam ni mmg kalau kita perkatakan atau persoalkan... mmg tidak pandai habis... ini baru beberapa org komen.. masing2 punya pendapat.. kita mmg susah mau atur org kan... saya selama ini membaca sahaja.. ini pun terpanggil utk mengomen di sini...
    pada pendapat saya..
    kepada pihak guru tersebut, smoga mjadi iktibar dan tidak putus asa utk mjadi seorang pendidik yg berkaliber..
    kepada pelajar pula, smoga jg mjadi pengajaran..
    mudah2an pelajar ini mjadi pelajar, anak, bapa yg berguna kelak.
    kepada para pengomen atau masyarakat yg mengenali pelajar ini..
    sama2lah kita membantu dan membentuk dia mjd mjd baik tidak kira disiplin atau hal2 yg lain... kerana kalau kita mahu mengubah sesuatu fiil manusia ini x dapat terus-menerus..kena berperingkat...kerana selain peranan ibu bapa, guru, rakan sekolah.. KITA MASYARAKAT SETEMPAT jg sangat memain peranan dlm apa jua situasi...

    ReplyDelete
  42. Sikit2 jadi isu politik..betul ka perhatian diberi untuk kepentingan pelajar tersebut atau untuk mendapatkan publisiti politik?? Hmmmmm...MOTIF..lagi satu...tlglah periksa ejaan sebelum mengeluarkan artikel..kasian...heheheheheh

    ReplyDelete
  43. kalau sabahan tu biar la sabahan...kita harus menjaga indentiti cara sabahan bertutur...kalau tidak di jaga..akan pupus budaya kita...haha

    ReplyDelete
  44. bagi saya semua tindakan pasti sebab... saya mahu tanya adik syafiq ni pernah kena buang sekolah kah??????? pasal saya dengar2 adik syafiq ni pernah kena buang sekolah.. BETULKAH????

    ReplyDelete
  45. kalau kamu kata semua ni salah cigu..... kenapa pula selama ni tak ada kes pasal penderaan yang dilaporkan kat SMK ARSHAD ni... mustahil ini yang PERTAMA......

    ReplyDelete
  46. selepas ja saya dengar pasal kes ni .....saya nampak syafiq tak kemurungan pun tapi semakin bersemangat lagi adalah........... lucu lah kenapa pula syafiq malas pegi skul hahahaha............. BUKAN DIA BARU KENA BUANG SEKOLAH KAH... LEPAS TU MOHON AGAR DIMASUKKAN SEMULA itu bukan pelajar bermasalah sebab tulahlah dia dirotan.......................... lagi satu napa gambar tu satu ja bukaN kena EDIT kah hahahahahahahahahahahahahhahahhahahhahahhahahahha

    ReplyDelete
  47. kemurungan apa kalo benda yg jadi suda brapa mngu..pikir la lu..haha

    ReplyDelete
  48. Kes ini adalah kes dera dan rasuah yg teruk berlaku di sekolah. Mendisiplinkan seorang budak nakal berusia 14 tahun oleh ahli organisasi sekolah yang merupakan sebuah pusat sosialisasi yg diterajui oleh pakar2 pendidik dengan cara merotan bukanlah satu cara yg profesional dan tepat. Para pendidik sdh lupakah teori-teori psikologi pendidikan dan perkembangan emosi kanak2, remaja, dewasa dan tua? Etika profesion perguruan? Kepimpinan barisan pentadbiran? Agama? Cuba renung pepatah Arab ini, "Lebih baik tidak menghukum orang yg bersalah drp menghukum org yg tdk bersalah". Maksudnya, hukuman itu jika dilakukan hendaklah dengan berhemah, cara yang betul dan berperikemanusiaan, tidak meninggalkan kesan yang negatif seperti perasaan dendam dan trauma seumur hidup. Sebaliknya hukuman yg memberikan satu keinsafan dan kesedaran yg mendalam. Gunakan pendekatan yg manusiawi. Kalau perangai budak itu teruk macam setan, pihak sekolah perlu gunakan pendekatan berlandaskan kasih sayang. Di mana Unit Kaunseling dan guru-guru kaunselor sekolah? Setahu saya di PPDpun ada unit kaunseling. Ataupun boleh guna pendekatan agama. Mana ustaz sekolah atau guru agama? Dengan mendera dan merasuah murid itu telah menjadikan sifat para guru di sekolah tersebut lebih teruk daripada budak nakal tersebut yg dikatakan nakal macam setan. Tindakan guru di sek itu sama seperti tindakan Iblis juga. Nah jadi ingat lain kali guru-guru yg menjadi tulang belakang kepada transformasi perkembangan kanak2 di sekolah harus membuat HOME WORK dulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Sdh lupakah dgn pepatah, "Kalau guru kencing berdiri itu..." Pengetua bertanggungjawab jga kpd guru2 dan kakitangannya di sek. Oleh itu jika dikenalpasti ada guru atau KTBM yg bermasalah peribadi, silalah rujukkan ke unit kaunseling sekolah atau di PPD. Kalau pengetua yg bermasalah pula boleh berjumpa terusdengan kaunselor di PPD atau di JPN terus. Tiada apa yg perlu dimalukan. Sdh sampai masanya budaya kaunseling diperhebatkan di institusi sekolah untuk kebaikan semua pihak. Mdhn2 guru2 tetap dihormati oleh masyarakat. Jgn bertelagah dgn masyarakat kerana mata masyarakat tertuju tajam kpd kita golongan pendidik. Cara bertindak dan bercakap kita menggambarkan cara dan kematangan berfikir kita.

    ReplyDelete
  49. secara langsung pendapat guru amat tepat pada masanya dan setiap masyarakat perlu memandang seritus cadangan pengkritik ini ke arah keberkesanan pentadibatan sekolah, saya amat yakin sekiranya pengetua menjadikan amanat ini sebagai tauladan dan sekirnya terdapat permasallahan di sekolah sepatutnya Pengetua tiadk menyembunyi faktha yahya kerana nak ambil nama sekolah kekal tak tercamar. keunggulan pembangunan minda anak2 bermula pada pendidikan yang baik, dan kejayaan sesorang itu juga bermula dari langkah pertama kita,

    ReplyDelete
  50. kapital z said saya bukan nak menambah tokoh tambah banyak kes di smkarshad tidak di bawa kepengatahuan umum, kes seorng budak di pukul dikoroyok dalam kelas 3 angrek baru2 ini tidak di bawa kepengatahuan pihak berkuasa, sikuriti gard yang bertanggung jwap mengawal terlibat untuk membuli, kita harap sebarng perkara ini tidak lagi berlaku, dan apa ygh penting bukan menegak benang yg bash tapi kita sama2 mencari pendekatan kearah kaebaikan bersama.

    ReplyDelete
  51. Tdk ada gunanya pihak pentadbiran menyembunyikan masalah yg berlaku di sekolah. Jesteru, keberanian mengakui adanya kes2 masalah disiplin di sekolah dan seterusnya mendapatkan kerjasama ahli masyarakat setempat termasuk agensi2 kerajaan dan badan2 bukan kerajaan termasuk pakar2 dalam pendidikan, adalah sat tindakan yang bijaksana dan dituntut oleh komuniti dan apapun agama. Jika Pihak pentadbiran bertindak sedemikian maka , sebagai Guru, saya rasa masyarakat bukan sahaja memandang tinggi pada kewibawaannya sebagai ketua pentadbir tetapi Allah akan memberkatinya. Jabatan juga akan menghormati beliau sebagai seorang tokoh.Ingat, jangan takut untuk mengubah sesuatu keadaan yang sudah menjadi budaya di sesuatu tempat. Ada banyak cara yg boleh digunakan untuk memulakan perubahan yg sdh terbudaya itu. Antaranya ialah melALUI FORUM. Ahli2nya mestilah terdiri daripada wakil2 masyarakat setempat, tokoh2 tempatan serta hendaklah memfokus pada isu utama yg berlaku di sekolah tersebut. Contohnya masalah ponteng, murid melawan dan lain2. Jemput penceramah dari Jabatan atau pakar2 Motivasi sepert Datuk Fadhilah Kamsah, Dr. Muszafar (angkasawan). Buat Ceramah keibubapaan, keagamaan, dll. Apa2 pun setiap sesuatu budaya yg sdh berakar umbi sekian lama bukanlah mudah untuk diubah namun dengan adanya kesedaran dan kebijaksanaan serta kerjasama semua pihak, tiada yg mustahil. SMK Arshad boleh bertukar menjadi sebuah sekolah yg Cemerlang. Saya ada pengalaman bertugas di sebuah sekolah yg memang teruk, di mana org kampunnya biasa mengugut guru2 dgn parang kalau ada sedikit isu tapi apabila Pengetuanya menggunakan pendekatan "mesra alam" maka sekarang syukur kerana sekolah tersebut kini merupakan salah sebuah sekolah cemerlang di Pedalaman. Good Luck! SMKARSHAD BOLEH!

    ReplyDelete
  52. xpayah komen lebih2 lah kalo xtau punca sebenar. xtau cerita sebenar... sy sokong DAUS...... kalo yang perna skolah msti tau karena2 pelajar kan. bkn juga mnegakkan kebenaran tindakan guru. cuma JANGAN KOMEN LEBIH2 KALO TIDAK TAHU CERITA SEBENAR.... BRAVO DAUS!!!

    ReplyDelete