Bongawan: Program amal Parti Maju Sabah melalui sayap Pemudanya bersama pemimpin setempat terus diadakan. Kali ini Pemuda SAPP telah berkesempatan membantu penduduk kampung membaiki keadaan surau Kg. Jawa, Ulu Papar di dalam kawasan DUN N.23 Bongawan yang condong akibat struktur tanah yang lemah selain faktor usia surau tersebut. Tindakan segera Pemuda ini telah menyelamatkan surau kampung tersebut daripada tumbang menyembah bumi.
Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat yang juga Naib Ketua Pemuda Kebangsaan berkata Pergerakan Pemuda telah menerima aduan penduduk kampung 2 minggu lalu, dan meminta kerjasama PZM kawasan berkenaan untuk memantau dan mengkaji keperluan surau bagi memudahkan khidmat bantuan dilaksanakan. Bagaimanapun setelah mendengar laporan penduduk beliau amat terkejut apabila dimaklumkan telah membuat permohonan kepada wakil rakyat berkenaan lebih 2 tahun lalu tetapi sehingga sekarang belum diambil perhatian. Menurutnya lagi Pemuda mengambil pendekatan “Dengar, Lihat dan Selesai” melalui program tersebut.
Pak Dollah mantan Ketua kampung berkenaan berkata permohonan yang dibuat sudah basi dan tiada tindakan serta lawatan dilakukan oleh wakil rakyat mahupun pegawai-pegawainya. Oleh itu, beliau telah meminta bantuan daripada Pergerakan Pemuda SAPP. Menurut Dollah lagi keadaan membimbangkan surau tersebut akan runtuh bertambah serius semasa mengerjakan ibadah tarawih pada bulan ramadhan tahun ini. Bagaimanapun disebabkan tiada alternatif lain setelah permohonan mereka terus dipandang sepi oleh wakil rakyat, maka mereka terpaksa menggunakan juga surau tersebut. Setiap kali mengerjakan solat mereka redha meskipun seperti telur dihujung tanduk.
Jamain yang kesal dengan keadaan itu berkata adalah sepatutnya wakiil rakyat yang mempunyai kakitangan yang ramai telah membuat pemantauan dan membantu segera penduduk kampung tersebut. Beliau bersama dengan Naib Presiden SAPP En. Jaafar Hj Ismail dan Naib Pengerusi CLC Bongawan En. Jamil William Corie serta beberapa AJK CLC telah bersama-sama bergotong royong bersama penduduk dan pemuda setempat. En. Jamil telah mendermakan simen dan batu pasir bagi membolehkan tiang surau itu diperkuatkan. Sementara Jaafar mendermakan kayu untuk mengganti tiang yang reput.
Usaha Pemuda SAPP dan pemimpin setempat ini kemudiannya diraikan di dalam majlis jamuan cara kampung. Menurut Jamain lagi program gotong royong ini sebenarnya dapat memupuk perhubungan dan jalinan baik diantara pemimpin dan penduduk setempat.
Harap ada peruntukan diberikan untuk memperbaiki Surau usang ini.
ReplyDeleteAdakah ketua kampung yang baru follow up permohonan yang dibuat oleh mantan ketua kampung.
ReplyDeleteSeharusnya wakil rakyat memberi perhatian & membantu rakyat di dalam kawasan jagaannya.
ReplyDeleteTolong-menolong amalan mulia. Bantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Teruskan.
ReplyDeleteWakil rakya rajin-rajin main peranan. Silap-silap kena ganti dengan yang baru.
ReplyDeletenampaknya SAPP begitu aktif turun padang sekarang. mungkin mereka nak jelajah satu Sabah ni.
ReplyDeleteperbanyakkan lagi usaha seperti ini. moga2 dapat banyak undian PRU nanti:)
ReplyDeletebantuan mereka amat dihargai, harap ia bukan cara untuk memancing undi.
ReplyDeleteHarap kamu ni boleh tahan lama.
ReplyDeleteKalo tdak bayar upah lama-lama hilang dah semua pulak!
Puack!Puack bukan Muack!Muack laApa dah jadi?
ReplyDeleteKerajaan BN UMNO pusat ada janji berjuta juta ringgit peruntukkan,mana sudah? Wakil Rakyat patut terangkan.Jangan makan hak rakyat nanti kena tuntuk diakhirat.
ReplyDeleteEn Jaffar Ismail bekas Tuan DO kah? Kalau ini orang boleh percaya.Orang orang Semporna masih lagi ingat jasa baik beliau semasa jadi Tuan DO dulu.
Amad Kusairi
Mabul
baguslah..harap bantuan yang diberikan dilakukan dengan ikhlas.
ReplyDeleteharap surau yang usang akan dapat diperbaiki..
ReplyDeleteNecessary reinforcement is needed to ensure the building is strong enough.
ReplyDeleteMr Anipah and Aripin shoud be awared that surau ia about to collapse.They should be either replaced the JKKK for failing to notify them accordingly.
ReplyDeleteIt all about "bangau oh bangau,mengapa engkau kurus". Dont blame the opposition shoud BN UMNO lose their authority during 13th GE then.
Gonzales
Babagon
itu wakil rakyat confirm kena ganti yang baru..
ReplyDeleteTerima kasihlah kepada SAPP kerana memberikan bantuan kepada penduduk untuk bersama bergotong royong menyelamatkan surau.
ReplyDeleteTeruskan mendekati hati rakyat sementara sempat ini sebelum PRU13 tidak lama lagi. Rakyatlah penentu untuk mereka.
ReplyDelete