Search This Blog

Wednesday, December 14, 2011

Pemuda SAPP: Penubuhan RCI dialu-alukan ...

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi (gambar), merasa lega dan mengalu alukan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa Barisan Nasional (BN) Sabah telah menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat masalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk pemilikan Kad Pengenalan menerusi pintu belakang diSabah.

Katanya, SAPP antara yang telah memperjuangkan penubuhan RCI beberapa bulan lalu berharap isu yang dibangkitkan Pairin itu akan menjadi kenyataan sebaliknya bukan sekadar ibarat melepaskan batuk di tangga untuk mengaburi mata rakyat kerana pilihanraya umum kali ke-13 sudah hampir.

"Kepimpinan SAPP memandang serius masalah ini yang tidak boleh dipandang ringan lagi, dimana ia merupakan ibu segala masalah keselamatan di negeri ini," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Rabu sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan berhubung isu RCI pada baru baru ini.

Pada Rabu, Pairin yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pengerusi Jawatan Kecil itu dipetik sebagai berkata bahawa Jawatankuasa Kecil BN Sabah telah menyokong idea kerajaan membentuk RCI untuk menyelesaikan masalah PATI diSabah.

Rudy seterusnya berkata, rakyat yang berbilang kaum dan keturunan serta kepercayaan agama yang selama ini berdiri teguh dibelakang kepimpinan SAPP semata mata untuk menyokong perjuangan parti itu supaya RCI ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut isu tersebut malangnya pihak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus berdolak dalik dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal malah ia membosankan.

"Kita juga sudah mengumpulkan ratusan ribu tanda tangan daripada masyarakat pelbagai keturunan di Sabah menyokong RCI ditubuhkan namun selepas beberapa bulan tanda tangan itu diserahkan oleh Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul di Parlimen tidak langsung memberi kesan positif kearah penyelesaiannya," tegas Rudy.

"Kami agak keletihan dan kekadang rasa hilang sabar apabila segala usaha kami dinafikan kerajaan namun sandaran kami adalah rakyat yang bakal menghakimi kerajaan secara demokrasi melalui peti undi dalam PRU ke-13 berlandaskan gelagat buruk mereka," tambah Rudy.

Dalam pada itu, mengenai dengan gesaan segelintir pemimpin UMNO Sabah yang mencadangkan supaya RCI tidak perlu ditubuhkan kerana ia kurang relevan dalam menyelesai isu PATI sebaliknyanya menumpukan penyiasatan pemberian MyKad dan kerakyatan dinegara ini Rudy berkata,

"Penubuhan RCI adalah amat penting supaya kita dapat menyiasat dan mengesan siapakah dalang sebenar disebalik pembuat arahan keatas pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan melalui pintu belakang dimana kegiatan ini secara tidak langsung telah mendorong kebanjian PATI ke negeri ini…kita mahu mereka ini terus diheret ke muka pengadilan.
"Kalau setakat kita gunakan kaedah lain menerusi jabatan jabatan yang berkaitan ia tidak memberi kesan apa apa malah isu ini akan luput dan hilang secara perlahan lahan," tegas Rudy.

Oleh Mail Mathew

62 comments:

  1. Kita tunggu saja lah keputusan RCI.SAPP tidak payah lah cari publisiti murah.

    Batuk di tangga la.Lepas PRU13 ini SAPP akan batuk darah dengan keputusan rakyat Sabah.KOSONG PING!

    ReplyDelete
  2. Semua rakyat Sabah pun menanti-nanti penubunhan RCI. RCI penting dalam menangani masalah PATI.

    ReplyDelete
  3. harap KDN tidak menolak penubuhan RCI. PATI2 yang semakin meningkat bilangannya semakin membimbankan. selesaikan isu PATI.

    ReplyDelete
  4. The Federal Government must make a decision regarding the implementation of RCI for Sabah's project IC issue.

    ReplyDelete
  5. We should all wait for the official announcement from the government.

    ReplyDelete
  6. selesaikan isu ini sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  7. mmg ramai penduduk Sabah yang menyokong penubuhan RCI.

    ReplyDelete
  8. harap RCI akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
  9. kita nantikan respon tuntutan penubuhan RCI ni awal tahun depan.

    ReplyDelete
  10. harap isu tuntutan penubuhan RCI bukan dijadikan bahan politik semata2. pemimpin dan rakyat perlu bersatu hati agar tuntutan ini lebih kukuh.

    ReplyDelete
  11. kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
  12. buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri/pusat benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah

    ReplyDelete
  13. dan juga isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin sebelum tibanya PRU-13

    ReplyDelete
  14. janganlah sampai isu2 di atas tidak dapat dikawal barulah kerajaan kelam-kabut hendak bertindak

    ReplyDelete
  15. sudah pasti, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini

    ReplyDelete
  16. RCI should definitely be set up in sabah. We had enough of these illegal immigrants. we need a solution to decrease their numbers in sabah.

    ReplyDelete
  17. I really hope this coming election will be held fair and clean.

    ReplyDelete
  18. Harap kerajaan pusat akan menubuhkan RCI ini untuk menyiasat isu PATI.

    ReplyDelete
  19. Masalah PATI perlulah ditangani sebelum PRU-13 diadakan.

    ReplyDelete
  20. RCI is needed to identify the cause of the problems so that the necessary actions can be taken.

    ReplyDelete
  21. Yang penting jangan No Further Action selepas RCI buat siasatan. Heret ke muka pengadilan!

    ReplyDelete
  22. What are the other alternatives that we have other than RCI?

    ReplyDelete
  23. ramai yng mahukan RCI untuk menyelesaikan isu pati.

    ReplyDelete
  24. tunggulah perkembangannya. harap masalah pati akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  25. jika benar RCI akan ditubuhkan di Sabah, saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam memperjuangkan isu ini samada parti politik, NGO, media mahupun orang awam..

    ReplyDelete
  26. VK Liew cakap kerajaan hanya akan membuat keputusan mengenai RCI pada tahun depan selepas PSC menyerahkan laopran penuh kepada parlimen dan kabinet.

    ReplyDelete
  27. memang sokongan dari semua pihak kepada penubuhan RCI ini adalah perlu..namun tidak perlulah mengaku konon sendiri yang memperjuangkan penubuhan RCI sedangkan ramai pihak lain yang turut memperjuangkan perkara yang sama..

    ReplyDelete
  28. apa2 pun, kita tunggu dan lihat sama ada RCI ditubuhkan atau tidak..

    ReplyDelete
  29. RCI memang patut ditubuhkan..

    ReplyDelete
  30. semua parti politik sabah harus menyokong penubuhan RCI..isu PATI adalah beban semua rakyat sabah khasnya..

    ReplyDelete
  31. RCI is the only thing can help to curb the illegals.

    ReplyDelete
  32. Jika tidak RCI apakah cara yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah PATI?

    ReplyDelete
  33. Kerajaan persekutuan harus membuktikan keikhlasan terhadap rakyuat di Sabah dengan menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  34. Kegagalan menubuhkan RCI akan mendatangkan kesan negatif kepada PRU13. Rasa BN akan kehilangan banyak undi di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  35. Sekarang cuma BN yang tidak terima RCI, apakah sebab BN membuat demikian yang sanggup merisikokan ketenteraman rakyat di Sabah?

    ReplyDelete
  36. Hope the government will soon announce the solution for PATI issue by setting up RCI.

    ReplyDelete
  37. Ramai yang berpendapat RCI ini patut ditubuhkan. Jadi hal ini seharusnya lah diberi perhatian.

    ReplyDelete
  38. Ini kerana isu pati sudah sekian lama berlaku namun hingga saat ini masih juga belum dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  39. Harap hal ini dapat ditanggani dengan baik. Sementara itu kita nantikan saja keputusan kerajaan.

    ReplyDelete
  40. Kalau sebelum PRU RCI tak ditubuhkan juga alamatnya sampai kapan pun konpom takkan ditubuhkan.

    ReplyDelete
  41. Justeru kuasa yang ada harus digunakan sebaik mungkin. Jangan sia-siakan kuasa itu bila masanya tiba nanti.

    ReplyDelete
  42. The government seems don't have any intention to resolve the PATI problems.

    ReplyDelete
  43. Its bring many negative effects to BN by rejecting RCI in Sabah. Hope BN make brilliant decision to resolve the issue.

    ReplyDelete
  44. Bn tidak ikslas untuk membantu orang Sabahan, ini juga sebab BN tidak menerima proposal RCI yang dikemukakan selama ini.

    ReplyDelete
  45. Apakah tindakan wajar dari kerajaan persekutuan berkenaan dengan isu PATI ini? PRU makin mendekati, harus juga menyelesaikan sebelum PRU dianjurkan.

    ReplyDelete
  46. Semoga kerajaan menunaikan permintaan pertubuhan RCI demi masalah PATI yang semakin serius. Golongan ini makin bertambah dan mengancam ketenteraman, kini, mereka tampilkan diri untuk mendapatkan bantuan RM500 tersebut.

    ReplyDelete
  47. RCI masih belum ada cerita lagi. Apa yang hangat sekarang mengenai bantuan RM500 itu. Harap akan ada tapisan supaya PATI tidak akan memperolehinya.

    ReplyDelete
  48. Perlu atau tidak RCI ini untuk menangani isu PATI di Sabah? Kerajaan serius menangani isu seperti ini. Tapi isu ini cuma menjadi permainan politik pihak pembangkang semata-mata.

    ReplyDelete
  49. SSD cuma membuat siasatan dan bukannya penyelesaian. Sudah namanya siasatan. Maka ie hanya menyiasat perkara ini tanpa ada penyelesaian kelak. Apa pun kita mengharap sangat dari kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini sebelum berlangsungnya PRU 13.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
  50. Kerajaan skg ni akan tunaikan janji utuk wujudkan RCI ni.. kalu ditubuhkan sebelum PRU 13.. perlaksanaan selepas PRU 13.. atau lepas PRU 13 baru ditubuhkan dan perlaksanaan akan di kaji semula.. standard pemikiran pemimpin UMNO.. tapi kalu pasal kes liwat Anwar.. oh.. satu jawatan kuasa penyiasat akan ditubuhkan serta merta.. Kalu betul2 pemimpin2 di sabah skg ni PEKA.. dari dulu sdh kana wujud bah RCI ni.. tembiranglah sa ckp kalu dorg naik kereta d kk nda nampak PTI siring jalan...

    ReplyDelete
  51. Use the best way, don't simply use a method that won't any better.

    ReplyDelete
  52. Govt must make smart decision.

    ReplyDelete
  53. It has to be done asap.

    ReplyDelete
  54. Buktikan kepada rakyat yg kerajaan prihatin dengan nasib rakyat..dan tidak akan membiarkan rakyat hilang kepercayaan..

    ReplyDelete
  55. harap RCI dapat di tubuhkan untuk memuaskan hati semua pihak..

    ReplyDelete
  56. SAPP akan terus memainkan isu ini..itulah senjata terhebat mereka..jadiBN buktikan yg mereka mementingkan rakyat..

    ReplyDelete
  57. Kerajaan harus segera membuat keputusan bagi kepentingan rakyat..

    ReplyDelete
  58. Kita tunggu dan lihat apakh keptusan kerajaan tentang penubuhan RCI ini..

    ReplyDelete