Search This Blog
Friday, May 11, 2012
Bumburing tidak dihormati di Kaamatan Tuaran?
Oleh Raymond Tombung
TUARAN: Benarkah Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing tidak diberi penghormatan di Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran pada 10 Mei?
Seorang pemerhati, En. Albert Polinoh, di sini menyuarakan kesalannya di atas apa yang dipanggilnya kegagalan di pihak Jawatankuasa Sambutan dan Protokol Pesta Kaamatan tersebut kerana tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada Bumburing yang masih memegang kedudukan sebagai Ahli Parliment P. 170 Tuaran. Bumburing juga adalah bekas Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Tuaran.
“Saya amat terkejut dan kecewa bila melihat ketika ketibaan Datuk Seri Panglima Wilfred bersama Datin Seri Panglima Rubinah,” kata Albertt. “Tiada satu pun alat-alat muzik tradisional yang dibunyikan ketika mereka masuk ke dewan.
“Di pintu masuk Dewan Seri Sulaman yang baru itu terdapat tiga kumpulan pemuzik tradisional, iaitu kumpulan mojumbak Lotud, kumpulan muzik sumazau Penampang, kumpulan betitik Bajau. Di samping itu terdapat juga kumpulan tarian singa Cina.
“Malangnnya tiada satu pun kumpulan tradisional ini yang memainkan muzik mereka, dan kumpulan tarian Cina juga seperti tidak menghiraukan ketibaan beliau.”
Albert berkata ini menunjukkan sikap penganjur yang gagal menunjukkan sikap yang profesional dan lupa apa yang dimaksudkan dengan “protokol” sedangkan jawatankuasa penghanjur adalah terdiri dari para pegawai tinggi di Daerah Tuaran, dan pengerusi penganjurnya ialah Tuan Pegawai Daerah Tuaran.
Albert yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Suang Lotud Sabah mengesali kegagalan Jawatankuasa Penganjur yang jahil tentang budaya Lotud sebagaimana yang dilihat dengan cara Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, Datuk Hajiji Mohd. Noor dipakaikan sigar.
“Yang memakaikan sigar itu ialah seorang wanita, tetapi ini adalah salah di segi budaya Lotud,” tegas Albert. “Mengikut protokol tradisional Lotud yang memakaikan sigar adalah orang lelaki dewasa yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat, bukan sebarangan orang.
“Tradisi ini bertujuan untuk menunjukkan penghormatan tinggi kepada orang yang dipakaikan sigar itu. Ini selari dengan tradisi raja-raja di Eropah di mana orang yang meletakkan mahkota ke atas kepala raja ialah ketua agama di dalam negara itu.”
Albert juga amat mengesali sikap penhganjur yang tidak terfikir pun untuk menjemput Persatuan Suang Lotud Sabah (PSLS) untuk menyertai pengajuran Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran itu.
“Saya tidak faham kenapa jemputan dibuat kepada Presiden PSLS, En. Soguli Olid, dibuat pada jam 8.00 malam sebelum pesta itu. Dan itu pun dibuat melalui telefon,” katanya. ”Ketara benar penganjur terlupa kewujudan PSLS yang selama ini aktif di Tuaran, dan di saat-saat akhir jemputan terpaksa dibuat secara tergesda-gesa di asaat-saat akhir, dan itu pun seperti cara jemputan gerila!”
Albert yang sangat kecewa berpendapat semua kesilapan dan kelalaian ini mesti diakui oleh pihak penganjur. “Satu permohonan maaf harus dibuat secara umum oleh mereka yang bertanggungjawab,” katanya.
Di samping itu, seorang ketua masyarakat yang tidak mahu disebut namanya mengesali kerana bunyi muzik di dalam dewan terlalu kuat dan pendingin hawa juga terlalu sejuk hingga ramai yang menggeletar kesejukan.
“Adakah pihak yang berkenaan mahu menunjukkan betapa hebatnya unit-unit pendingin hawa yang berpuluh-puluh itu yang masih baru?” tanyanya. “Dan tidakkah pengurus pentas dapat membeza antara suara muzik yang menasabah dan yang memecah telinga penonton?”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sya hanya mampu kasi katawa wakakakakakakakakakakakakakakakakakakakakaka...sepa va Bunburing ni??? sya inda kanal owh
ReplyDeletesya pernah dengar nama dia dulu time dia bilang, maw kasi pindah SMK Nabalu pi sabalah rumah dia di Tenghilan.....SILAKA!!!!! BABI!!!!!!
ReplyDeleteI have no respect for this kind of Urang Sabah!!!!!
Wilfred Bumburing mahu low profile sikit, tidak perlu begitu banyak drama.
ReplyDeleteMungkin beliau juga tidak mengambil kisah terhadap perkara ini. Tidak perlulah mempertikaikan perkara ini.
DeleteI believe the people in Sabah know that unlike the opposition, Barisan Nasional (BN) makes and keeps their promises
DeleteYang berlaku adalah kesilapan protokol tapi rasanya Bumburing tidak ambil hati sangat kerana beliau memang seorang yang low profile.
DeleteApapapun, diharapkan penganjur Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tuaran akan tampil memberikan penjelasan mengenai isu ini.
ReplyDeletetidak payahlah..tiada gunannya memperbesarkan perkara ini..
Deletekesilapan di pihak penganjur. mungkin tidak disengajakan.
Deleteini mgkin hanya kesilapan penganjur, ia tak perlu nak diperbesarkan, pada masa akan datang, perbaikilah.
ReplyDeletememang tidak perlu diperbesarkan pun..
DeletePihak penganjur kena lebih alert pada masa akan datang.
DeleteKelemahan ini boleh diperbaiki lagi.
DeleteBumburing pasti tak ambil kita akan hal ini kan..
ReplyDeletedia pun tidak ambil kisah...kalau dia ambil kisah lama sudah dia buat kenyataan media..tidak payah orang lain..
Deletekalau tidak ambil hati tu baguslah. profesional sikit..pihak penganjur pun belum ada banyak pengalaman mungkin
Deleteperkara kecil tidak payahlah diperbesarkan..
ReplyDeleteIsu remeh saja pun mahu disensasikan? Tiada berita lain sudah kah?
Deletemasih banyak lagi isu lain yang perlu diberikan tumpuan.
Deletebiasalah kalau ada kesilapan dan kelemahan dalam penganjuran sesuatu majlis...di masa akan datang kesilapan dan kelemahan ini harus diatasi..
ReplyDeleteSemoga majlis kali ini akan memberikan satu pengalaman kepada pihak penganjur supaya tidak lagi mengulangkan kesilpan yang sama pada masa depan.
DeleteLain kali rancang dan atur bagus2. buat rehearsal supaya boleh ingat perjalanan majlis yang akan dilaksanakan.
DeleteDatuk Musa Aman said as far as the BN was concerned, every promise made to the people would be fulfilled
ReplyDeleteTidak payah kecoh2 pasal ini. Kita jumpa di KDCA 31 Mei ni! hehe...sekarang pun buli sudah pi KDCA kalau mau..
ReplyDeletesemoga sambutan disambut dengan meriah dan harmoni.
DeleteAda juga pihak cuba politikkan isu kecil ini.
ReplyDeleteharap isu ini tidak dijadikan sebagai isu besar pula.
DeleteMore rooms of improvement.
ReplyDeletePerancangan harus dibuat dengan baik agar program tersebut boleh dijalankan dengan lancar.
ReplyDeleteya, perancangan perlu dibuat teliti agar program berjalan lancar.
Deletesetiap pemimpin harus dihormati, apa pun, isu ini tidak perlulah jadi isu besar.
ReplyDeleteTidak bermakna tidak dimainkan muzik tidak dihormati. Mungkin memang pihak penganjur telah rancang perkara itu terlebih awal.
ReplyDeleteJika sudah menjadi jemputan sudah pastilah pemimpin itu dihormati. Kalau tidak buat apa dijemput ke acara tersebut. Kita jangan nilai hanya dengan satu perkara saja.
ReplyDeleteApa pun kita mengucapkan terima kasih atas sokongan dari pemimpin kita untuk program tersebut.
ReplyDeleteyalah, tapi tak kan bunyi kompang pun teda.............!!!!!!!
ReplyDeletesi Bumburing sudah sms ba tu awal2.. jangan kasi bunyi alat2 muzik masa dia datang.. dia mahu jadi macam rakyat biasa ba.. baru mantap!
ReplyDeletetidak payah la ba kasi jadi isu besar.. kalau tidak puas hati pun, cakap saja depan2 dengan penganjur..
ReplyDeleteamu oni iyo kuma'us diri rumikot iyo hilo pun okon oni ko mokihuramat po iyo maa diri tu pemimpin suai amu no tagal do jumbakan ko nunu nopo kotutun oni ti kadayan sio
Delete