Search This Blog

Monday, May 28, 2012

Kempen ‘Keluar Mengundi, Lawan Penipuan BN’


Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR : Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.

Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.



"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan. Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.

Jelas Maria, antara aktiviti yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.

"Setakat ini kami telah merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kami bergerak atas nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.

Tambah Maria, "kempen itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan dibuat pada bulan Julai."

"Lokasi lain masih dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan," katanya lagi.

Himpunan vigil anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis," "polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu IPCMC."

Malah, peserta turut melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sejurus perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan kumpulan tersebut. Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta dan polis.
(TMI)

44 comments:

  1. Undilah jangan tak undi, bagi mereka yang masih belum lagi mendaftar sebagai pengundi perlulah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat asli Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang PATI datang mengundi, rakyat tempatan pula tidak keluar mengundi.huhu

      Delete
    2. How funny is that when those who complain so much is actually has not registered him/herself.

      Delete
  2. Undi adalah hak rakyat tulen, jangan sia-siakan hak ini dimana masih ada banyak rakyat di negara lain yang tidak dibenarkan mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is indeed the rights of the local people to vote but it is tainted with the existence of phantom voters.

      Delete
  3. Jangan pula ini pun timbulkan kekecohan dan keganasan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh please make it peaceful this time.

      Delete
    2. Janganlah membuat kekecohan di negara kita, susah nak hidup di sini jika masalah ditimbuk lagi

      Delete
    3. Harap tidak ada masalah seperti sebelum ini.Kacau sahaja.

      Delete
  4. perhimpunan Bersih setakat ini tidak membawa kebaikan bahkan keburukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. And people continue to speculate Bersih. In the end, it only bring confusion to others.

      Delete
    2. Kesian rakyat yang inginkan keamanan.

      Delete
    3. perhimpunan bersih menimbulkan banyak kesan negatif.

      Delete
    4. Lebih banyak keburukan dari kebaiakn perhimpunan bersih ini.

      Delete
  5. Many were injured badly during the bersih rally. are they sure they want to go ahead with their demo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebarang aktiviti yang menjejaskan ketenteraman awam harus dielakkan.

      Delete
  6. Those who have not register yet should do so now. The future of Malaysia is in your hand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. we must vote for our rights...

      Delete
  7. teruslah kempen kamu, rakyat pandai jg menilai semua itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak orang cedera semasa kejadian tu. janganlah membiarkan masalah ini terus berlaku...

      Delete
    2. Mudah2an kampen tu tidak menjejaskan keselamatan.

      Delete
    3. rakyat harus bijak menilai mana yang baik dan mana yang tidak.

      Delete
  8. I'm sure a lot of people do not wish to be involved in this incident again.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya kehangatan Bersih di sana belum reda2 lagi.

    ReplyDelete
  10. biar rakyat yang tentukan sediri siapa pilihan mereka.

    ReplyDelete
  11. rakyat pasti dapat menilai dan membuat pilihan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  12. SPR perlu memastikan yang mana PRU akan berlangsung dengan jaya dan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPR sudah bersetuju untuk melaksanakan beberapa permintaan daripada Bersih 2.0 seperti menggunakan dakwat kekal dan membersihkan senarai nama pengundi....

      Delete
    2. SPR pasti akan menjalankan tugas mereka dengan adil dan bersih.

      Delete
  13. Semua rakyat Sabah perlulah melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia, keluarlah mengundi pada PRU-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata undi anda tidak penting, setipa undi adalah penting untuk menentu masa depan negara! Undi jangan tak undi!

      Delete
  14. Banyak kempen pun tiada guna, rakyat tetap tidak akan percaya pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Semua terletak di tangan rakyat untuk menentukan parti mna yang layak memerintah.Bagi saya BN tetap terbaik.

    ReplyDelete
  16. waaa.. selepas rumah ketua penganjur Bersih kena serang pelbagai jenis punggung, kali ini dia tukar strategi mahu berkempen pula.. Bersih ni bukan badan bebas sudah ni..

    ReplyDelete
  17. tanpa Bersih pun, rakyat tetap akan turun mengundi.. rakyat tetap akan buat pilihan yang terbaik.. apa lagi Bersih mahu ajar?? bukan berkali2 sudah pemimpin politik cakap "rakyat semakin bijak"?

    ReplyDelete
  18. Sabah now has 926,638 registered voters, according to Election Commission (EC) deputy chairman Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

    ReplyDelete
  19. However, 258,943 people in Sabah aged 21 and above have not registered as voters.

    ReplyDelete
  20. The EC regards this as a big number, although not as big as in some other states. Those eligible are reminded to register as voters.

    ReplyDelete
  21. Wan Ahmad said voters could check Sabah’s electoral roll over a one-month period since June 1 via SMS by typing in their identity card number and sending it to 15888 or calling the state EC number at 088-488-588.

    ReplyDelete
  22. On the enforcement teams, he said 31 teams had been formed in Sabah to represent the respective parliamentary constituencies including Labuan.

    ReplyDelete
  23. Each parliamentary constituency is represented by one team, while Kota Kinabalu, Sepanggar, Batu Sapi, Tawau and Sandakan have two teams each, after taking into consideration the size of these areas and their number of voters.

    ReplyDelete
  24. Wan Ahmad said the teams would monitor the activities of the contesting parties and candidates throughout the official campaign period.

    ReplyDelete
  25. These enforcement teams can bring down or remove slanderous posters and other campaign materials which disparage and embarrass the candidates or those that touch on the sensitivities of candidates, religion and race, or that can cause public anger.

    ReplyDelete
  26. Wan Ahmad said each team was represented by an EC officer, a police inspector or officer of higher rank, officers from the local authorities and representatives of the contesting parties or candidates.

    ReplyDelete