Search This Blog

Monday, May 28, 2012

20 Perkara Tidak Lupus Ditelan Zaman


TUMBUK..... Yong sedang menumbuk padi bersama pemimpin SAPP sebagai simbolik merasmikan Pesta Kaamatan.

TENOM: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyifatkan kenyataan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said mengenai isu 20 Perkara sebagai tidak menghormati kedaulatan serta menyisihkan hak asasi rakyat negeri ini kerana menganggap isu tersebut tidak sah; kononnya sudah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia.

Beliau berkata, kenyataan Salleh amat mengecewakan segenap lapisan rakyat kerana sikapnya yang tidak patriotik untuk mempertahankan hak asasi rakyat negeri ini malah sanggup memperlekehkan perjanjian 20 perkara sebagai tidak wujud lagi.

“Saya seorang Peguam banyak membaca dan meniliti perundangan yang melibatkan perjanjian Malaysia, 20 Perkara termasuk hasil persetujuan ketika pembentukan Malaysia 1963 dan juga laporan Inter Governmental Committee (IGC) yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak yang dipengerusikan Suruhanjaya Cobbold dari United Nation (UN) di mana menetapkan bahawa selagi Perjanjian Malaysia wujud dan tidak cacat selagi itu 20 Perkara tetap wujud,” kata beliau dihadapan kira-kira lebih 500 orang ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, di Kg Pulong dekat sini pada Ahad.

“Saya tidak tahu sumber mana Datuk Salleh perolehi peraturan tersebut atau mungkin beliau sudah berada dalam situasi menggelabah kerana mendapat tahu bahawa kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) sukar dapat mempertahankan kerajaannya pada Pilihanraya umum kali ke-13 ini,” tambahnya.

Tegasnya, dalam ertikata yang lain bahawa perjanjian Malaysia yang ditanda tangani sekitar tahun 1963 masih segar dan masih berkuatkuasa kerana tidak mempunyai had tempoh luput. Bagaimana pun sekiranya ia diputuskan tidak sah, bermakna segala perjanjian yang terlibat pada ketika itu semuanya tidak sah dan batal.

Selain itu, Datuk Yong turut membangkitkan perkara lain kerana baru-baru ini dua bekas penjawat awam menyaman kerajaan berhubung isu Borneonisasi Perkara 8 sepertimana termaktub dalam 20 Perkara dibenarkan oleh Mahkamah untuk dibicarakan.

Tambahnya, adalah jelas memberi gambaran bahawa perjanjian 20 Perkara masih relevan mengikut pandangan Mahkamah. Jikalau tidak sudah pasti ianya sudah ditolak oleh Mahkamah daripada meneruskan saman kedua-dua plaintif.

Turut dibangkitkan Yong adalah masalah tanah tanah NCR yang kini semakin kronik kerana terdapat beberapa insiden rakyat terpaksa merengkok di dalam penjara kerana atas tuduhan menceroboh kawasan larangan Hutan Simpan sedangkan kawasan itu adalah kawasan tanah NCR.

“Kita akan kembalikan tanah-tanah hak mereka apabila SAPP menjadi kerajaan dan dalam masa yang sama kita batalkan pemberian geran komunal dengan syarat rakyat harus bersama sama dengan kita untuk ‘tukar baju atau tukar kerajaan’ pada pilihanraya umum kali ke-13 nanti,” tegas Yong.

“Kalau kita tiada tanah siapa yang peduli kita? Malah tanah merupakan aset kita untuk menentukan arah kemajuan sosio ekonomi kita untuk menjana penghidupan yang lebih bermakna demi anak cucu cicit kita,” tambahnya.

Dalam pada itu, berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan, Yong turut menekankan bahawa SAPP akan terus menghormati serta memelihara perayaan itu yang penuh dengan pengisian adat dan senibudaya suku kaum KDM yang telah diwarisi sejak turun temurun sejak dari nenek moyang masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman.

“Kita percaya bahawa pesta yang mempunyai misi adat itu sudah pasti antara lainnya akan memberi galakkan untuk menambah nilai pendapatan padi yang menjadi sumber makanan kita pada tahun tahun mendatang. Selain itu ia juga merupakan majlis khas untuk mensyukuri Bambarayon atau Kenoingan yang memberi berkat dan limpahan rezeki kepada kita,” tegas Datuk Yong.

Yong seterusnya berkata, sekitar tahun 1997 ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, laporan pengeluaran beras di negeri ini sebanyak 300,000 metrik tan digunakan, pengeluaran tempatan sebanyak 100,000 metrik tan; manakala import sebanyak 200,000 metrik tan. Ekspot ke Sarawak sekadar 2,000 metrik tan sahaja.

Bagaimanapun, sekiranya SAPP ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan selepas Pilihanraya umum kali ke-13, parti itu telah siap membuat perancangan untuk 5 tahun ke hadapan kerana sejumlah RM500 juta akan dilaburkan untuk menerokai tanah seluas 100,000 hektar khusus untuk tanaman padi.

Jangkaan itu besar kemungkinan bahawa negeri ini tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimportan makanan, khususnya beras kerana berdasarkan fakta itu ianya mampu berdikari; malah berkemungkinan Sabah merupakan salah satu pengeksport beras kepada negara luar kelak, tegas Yong.

Oleh Thamparreq Kitoes

38 comments:

  1. Yong, if I remember correctly you was once Sabah CM right? Why then u did not bring up the 20 points issue? Why now? Because back then you enjoy being in power and dare not challenge the federal govt right? Now you no longer in power and you want rakyat to vote you back to power? This only show how hypocrite n selfish politician you are.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu
      bukan
      hal
      mu
      diam-kau..

      Delete
    2. Kalau bukan hal kita, siapa punya hal? Kalau isu 20 perkara bukan hal orang Sabah, siapa punya hal?

      Delete
    3. Those who doesn't want 20 points to be protected, must be one of the ic project.

      Delete
    4. Yong will do just anything to get back his power.

      Delete
    5. I guess Yong didn't t think about fighting for 20 points when he was the cm.

      Delete
    6. Yong yang knows nothing!!! he's just a badass...

      Delete
    7. Yong ada agenda sendiri.

      Delete
  2. Window of opportunity for Sabah to bring 20 points issue and it is time for Yong and Sabah to raise up again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It would be pointless if there is no sincerity and seriousness in upholding the 20 Points.

      Delete
  3. Yong has voiced up of Sabah autonomy when he was only Sabah CM for 2 years from 1996-1998 and he did manage to fight for Sabah autonomy in just 2 years.

    The sad thing was after his position ended as Sabah CM follow the rotation system, his predecessor from other BN component party surrendered all the Sabah autonomy that had fought by Yong back to umno in KL.

    Click here to watch http://www.youtube.com/watch?v=LtBW4qzHuuQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP tidak akan mendapat sokongan rakyat Sabah lagi, jangan mimpi nak jadi CM lagi, ini tidak akan berlaku selagi rakyat masih ingat apa yang berlaku masa Yong Teck Lee menjadi Sabah CM.

      Delete
    2. Election in Batu Sapi gave a very clear sign to SAPP. Please do not hope too much for this time.

      Delete
  4. AnonymousMay 28, 2012 2:54 PM

    Yong, if I remember correctly you was once Sabah CM right? Why then u did not bring up the 20 points issue? Why now? Because back then you enjoy being in power and dare not challenge the federal govt right? Now you no longer in power and you want rakyat to vote you back to power? This only show how hypocrite n selfish politician you are.
    -----------------------------------------

    This has shown how ignorant and stupid fool you are as a Sabahan! Go to kiss your malaya boss hands dude.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Too late for Yong to say anything now, he got the chance to raise this issue when he was the Sabah CM, but he gave it up. What's the use of talking now? Stop wasting our time.

      Delete
    2. He never gave up.

      Back then, if he speaks up, he will never become CM but will end up arrested under ISA.

      It's better late than never.

      Delete
    3. Yong, suka mimpi di siang hari.

      Delete
  5. Mampus
    Kau
    Salleh
    Kuluak
    Penghulu
    Lanun-Bajingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 NGO meminta Salleh Said memohon maaf secara terbuka mengenai kenyataan beliau itu.

      Delete
  6. Salleh Said kata penjelasan akan diberikan mengenai isu perjanjian 20 perkara ini. Diharapkan rakyat boleh mengetahui situasi yang sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita dengar penjelasan dari Salleh, adakah ia boleh diterima?

      Delete
    2. Betul , kita dengar penjelasan dari Salleh, apa beliau mau cakap.

      Delete
  7. 'Panas' sudah rakyat dengan kenyataan Salleh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Instead of making confusing statement, Salleh needs to double check his statement before delivering it.

      Delete
    2. sebaiknya penjelasan diberikan agar isu ini tidak jadi lebih panas.

      Delete
  8. Ada antara perkara dalam 20 Perkara ni yang sudah dimasukkan dalam perlembagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then the 20 Points automatically not valid anymore? I don't think so.

      Delete
  9. Maximus pula kata 20 Perkara tu adalah relevan selama-lamanya. kenyataan yang bercanggah dengan Salleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti ramai tidak setuju dgn kenyataan Salleh, perjanjian 20 harus diperjuangkan.

      Delete
    2. setiap pemimpin perlu memperjuangkan kepentingan rakyat.

      Delete
  10. Jangan kelirukan rakyat Sabah dengan perjanjian tu.

    ReplyDelete
  11. YTL pandai ambil kesempatan, isu 20 points dijadikan lebih panas lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah, sapp cuba untuk mendapatkan perhatian.

      Delete
  12. kepentingan rakyat harus sentiasa dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  13. harap hak dan kepentingan negeri ini akan sentiasa dijaga.

    ReplyDelete
  14. Perkara 20 ini semestinya perlu dikekalkan. Kerana ini adalah hak penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  15. tidak ada makna gabungan Malaysia bagi Sabah jika 20 perkara ini dimansuhkan. Ini menandakan gabungan tersebut terbatal jika 20 perkara itu dimansuhkan.

    ReplyDelete
  16. ba apa lagi.. kalau YTL rasa kenyataan Salleh itu salah dan tindakan kerajaan persekutuan itu salah, kenapa tidak failkan saman terhadap Salleh atau kerajaan persekutuan?

    ReplyDelete