LABUAN : Jika Sabah merupakan sebuah negara, ia merupakan pengeluar kelapa sawit ketiga terbesar di dunia dan merupakan petunjuk penting mengenai peranan yang dimainkan oleh kelapa sawit dalam pertumbuhan negeri ini setakat ini dan apa yang ada untuk masa depan.
Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pada 2009, Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain, seluas 1.36 juta hektar daripada 4.69 juta hektar keluasan tanaman di seluruh negara.
Hasil juga secara umumnya lebih kukuh pada purata 4.3 tan sehektar pada 2010 - tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Sabah Timur dikenal pasti sebagai lokasi baik untuk kelapa sawit, terutama di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
"Kawasan itu menempatkan ladang paling banyak dan pekebun kecil paling ramai dengan dua projek hiliran yang menyediakan perkhidmatan hiliran moden untuk sektor berkenaan," kata Jerel Soo, Pengarah Urusan Fireworks Event (M) Sdn Bhd, kumpulan perunding pengurusan acara, yang pakar dalam pameran kelapa sawit.
Beliau berkata kelapa sawit yang merupakan antara NKEA (bidang ekonomi utama negara) kerajaan pusat, bermakna sektor ini akan mendapat perhatian khas menerusi program dan insentif pada tahun-tahun akan datang.
"Oleh itu kami dalam usaha untuk membantu menganjurkan Pameran Minyak Sawit (Palmex) 2012 terbesar bagi membantu membawa masuk lebih banyak perniagaan kepada penggiat tempatan," katanya.
Soo mengesahkan sejumlah 130 ruang pameran, dengan lebih 80 membabitkan pameran luar negara. Kerajaan Singaprua memberi subsidi kepada lebih 10 syarikat untuk mempromosi teknologi hiliran dalam industri kelapa sawit.
"NKEA meliputi segala-galanya, dari penanaman pokok sehingga industri hiliran moden seperti oleokimia, selain meningkatkan bilangan aplikasi yang dilihat sebagai produk buangan seperti tandan buah kosong.
"Meningkatkan sektor ini bermakna menangani beberapa cabaran utama. Isu seperti kekurangan tanah di Sabah, cabaran mendapatkan pekerja mahir, kurang mekanisme dan sebagainya, akan menjejaskan pertumbuhan sektor ini, dan ini memberi perhatian khusus.
"Bagi menangani perkara ini, beberapa inisiatif penting sudah disediakan menerusi NKEA dalam projek permulaan," katanya.
"Kami difahamkan kerajaan akan melaksana skim penanaman semula. Menerusi skim ini, semula pokok yang berusia lebih 25 tahun akan digantikan.
"MPOB akan menyediakan sokongan kewangan untuk pekebun kecil menanam semula dengan pokok jenis baharu, yang mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Kira-kira RM1 bilion diperuntukkan untuk tujuan ini," katanya.
Industri kelapa sawit Sabah dijangka mencatat perkembangan utama yang baharu yang dijangka memberi impak kepada penggiat industri, seperti penanam dan pengeksport.
Sementara itu, Soo berkata proses hiliran merupakan satu lagi segmen yang mendapat perhatian.
"Pentingnya industri minyak sawit kepada Sabah tidak boleh semata-mata diukur berdasarkan aliran perolehan langsung yang dijana memandangkan ia memberi sumbangan yang jauh lebih besar dan penting kepada negeri ini," katanya.
"Industri minyak sawit perlu memain peranan utama berdasarkan hubungannya dengan sektor lain - daripada teknologi kepada pembinaan dan pengeluaran - dan yang pasti, saiz industri yang besar berbanding sektor lain di Sabah."
Kelompok Industri Kelapa Sait Kinabalu Bhd (POIC) Lahad Datu juga mempromosi industri berkenaan yang akan menggunakan jumlah biomas yang dihasilkan dari ladang sawit di Sabah.
Sebuah syarikat pengeluar tenaga bebas telah mengambil inisiatif dalam menjadikan POIC lebih mesra alam sekitar dengan menandatangani perjanjian untuk menjana tenaga dan stim di tapak berkenaan menggunakan biomas.
"Pelabur seperti ini dapat menyelesaikan dua masalah di POIC, menyediakan sumber tenaga yang boleh dipercayai dan menggunakan banyak bentuk sisa buangan yang dihasilkan menerusi proses itu."
Hasilnya, POIC Sabah juga boleh menjangkakan pelabur akan datang dan menambah nilai dalam industri kelapa sawit di sini. (Bernama)
Sabah memang salah satu pengeluar minyak kelapa Sawit yang terbesar di dunia dan mampu membekalkan minyak sawit ini kepada pengguna di negara-negara seluruh Asia.
ReplyDeletemoga indudtri Sawit Sabah akan terus berkembang. sawit adalah sumber utama Sabah.
DeleteSangat baguslah tapi lebih bagus lagi rakyat2 di Sabah boleh menikmati semua hasilnya nanti. pembangunan pun mesti makin bbertambah.
DeleteThis is one of the government's efforts in developing the state.
DeleteIndustri ini akan berkembang pesat jika dirancang dan diuruskan dengan baik.
DeleteSatu perkembangan yang bagus untuk ekonomi Sabah.
DeleteIndustri Minyak Sawit merupkan penyumbang besar kepada ekonomi Sabah.
ReplyDeleteBukan Sabah saja tapi satu Malaysia. keluasan ladang penanaman kelapa sawit Sabah memang luas.
DeleteMaka kita harus berterima kasih dengan kerajaan kerana menerokai tanah2 untuk tujuan meningkatkan lagi sumber pendapatan negeri.
Deletepengurusan kerajaan yang baik menyebabkan industri Sawit kita antara yang terbaik.
ReplyDeleteKudos to the government.
DeleteKerajaan telah berusaha untuk menaik taraf industri sawit, syabas.
DeleteSabah memang berpotensi untuk menjadi negeri yang terkaya sebenarnya tapi hairan bagaimana masih lagi mundur dari pelbagai aspek.
ReplyDeleteMemang masih banyak yang harus diperbaharui namun dengan terciptanya NKRA, saya rasa banyak peningkatan ketara boleh dilihat.
DeleteSemoga industri sawit di Sabah akan diuruskan dengan lebih baik dan mampu bawa pulangan yang lumayan sekaligus memanfaatkannya kepada penduduk Sabah.
ReplyDeleteI put my high confidence on the government. I'm sure the government will do its best in giving us the best.
DeleteKerajaan pasti akan membantu Sabah untuk keluar dati kemiskinan.
DeleteSiapa yang ada tanah, bolehlah mula menceburkan diri dalam penanaman kelapa sawit ni.
ReplyDeleteMasih ada ramai rakyat tempatan yang diberikan tanah oleh kerajaan tetapi dibiarkan sahaja. Mereka patut menggunakan tanah tersebut untuk pertanian, bukan sahaja boleh memajukan industri pertanian tetapi juga boleh menambah pendapatan.
DeleteRata-rata 50% Pekebun kecil di Sandakan,Lahad Datu,Tungku,Semporna,Tawau dan Keningau tanaman sawikt dorang enadah geran bah tu !!! Konsep Apply dan tanam 15-20 tahun pun belum tahu dapat geran fasal banyak birokrasi urusan tanah,(Di Sabah permohonan tanah harus melalui 24 peringkat) yang jadi Malaikat Tanah ada lah Jurukur Daerah recomandasinya kepada Jawatan Kuasa Pengunaan Tanah Daerah 100% boleh lulus ,Pengarah Tanah tau signed saja tu...
ReplyDeletemaybe the next 20 years , pertanian gonna be our major export. sabah ada tanah yang luas untuk tujuan pertanian. tapi selagi kerajaan sama yang pegang, sabah tidak akan kaya juga walaupun jadi konlomerat yang besar dalam bidang perniagaan pertanian.
ReplyDeleteYa, Sabah memang negeri yang berpotensi tinggi dalam industri penanaman dan pertanian kerana tanah kita yang subur, lokasi yang strategik jauh dari ancaman bencana alam, cahaya matahari dan hujan sepanjang tahun. Semua faktor ini boleh menjadikan Sabah negeri pertanian yang berjaya.
DeleteSabah merupakan pengeluar sawit ketiga besar di dunia, ini memang satu pengiktirafan yang baik kepada industri kelapa sawit tempatan. Semoga kita akan terus menjadi pengeluar yang signifikan dalam dunia.
ReplyDeleteKajian untuk meningkatkan kualiti kelapa sawit diperlukan
Deletediharap dengan adanya kelapa sawit akan menjana lebih ekonomi Sabah
ReplyDeleteThe state government is fully aware of the need to optimize resources through value-added downstream operations.
ReplyDeleteChief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman said the setting up of the palm oil industrial clusters (POICs) in Lahad Datu and Sandakan was testimony of the government’s commitment in encouraging the establishment of businesses that added value to raw products like Crude Palm Oil (CPO).
ReplyDelete“Much wealth can be generated by adding value to raw products, and now we are seeing growing interest among investors to set up base at the two palm oil industrial clusters.
ReplyDelete“The Lahad Datu palm oil industrial cluster alone has attracted 40 investors, making it an industrial park with the largest concentration of investors in palm oil, with a combined investment value of about RM5 billion.
ReplyDeleteThe federal government has also recently announced an allocation of RM490 million for the development of a container port in the Lahad Datu palm oil industrial cluster that will allow for reliable and better shipping of palm oil products and will help further boost economic growth in Lahad Datu
ReplyDeleteThe Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has expressed the importance and the pivitol role of the the oil palm industry in Sabah's economic development.
ReplyDeleteHe said the industry also served as a catalyst for the development of other economic sectors such as transport, eco-tourism and livestock breeding.
ReplyDeleteMusa has emphasised that the oil palm industry, if managed systematically, can reap lucrative returns to the growers and contribute significantly to the state's economy.
ReplyDeleteSabah is the largest producer of crude palm oil in Malaysia, accounting for 25 per cent of the country's total production.
ReplyDeleteDengan ini, pendapatan negeri melalui kelapa sawit akan berterusan banyak.
DeleteIn terms of export earnings, oil palm contributes 30 per cent of total income from exports.
ReplyDeleteTodate, 17,000 hectares of land have been planted with oil palm over the past three years.
ReplyDeleteThe remaining 31,000 hectares would be developed in a more systematic manner.
ReplyDeleteMusa said the plantation programme has focused on all aspects of employee' welfare and this was a step in the right direction for any organisation to succeed.
ReplyDelete"Employees, whose welfare are well looked after, will contribute positively towards output," he said.
ReplyDeleteSabah merupakan pengeluar ketiga besar dunia, kenapa pula Sabah masih negeri termiskin berbanding negari lain yang tiada sumber seperti negeri Sabah?
ReplyDeleteKajian harus diteruskan untuk memastikan hasil kelapa sawit akan berterusan dan berkualiti.
ReplyDeleteInilah kelebihan yang boleh kita nampak untuk Sabah. Potensi dalam pengeluaran hasil kelapa sawit yang baik.
ReplyDeletesiapa yang bawa kelapa sawit ke Sabah?? dan siapa yang mengembangkang potensi kelapa sawit di Sabah?
ReplyDelete