Search This Blog

Tuesday, August 28, 2012

SAPP: Fix historical facts on Independence


Ministry of Education urged to immediately correct the historical facts about the independence of Malaysia.

KOTA KINABALU - Sabah Progressive Party (SAPP) Youth Chief Edward Dagul said History lesson especially school textbooks should clearly state the actual facts of the matter.

"Date of this country gained independence through the formation of Malaysia on 16 September 1963 is different from the date of Malaya gained independence on 31 August 1957.

"The actual date that Sabah gained independence on 31st August 1963 must be written in the textbook so that our younger generation can distinguish between independence of Malaysia, Malaya and Sabah.

"Over the years of Malaya's independence day was celebrated across the country instead of the Malaysia's independence date.

"Malaysia is only around 49 years ago but the Federal Government to celebrate 55th year independence day this year.

"The difference between the date of independence of Malaysia and Malaya is clear but the Federal Government deliberately do it to have ulterior motives," said Edward.
 
He said the correction of the date of independence should be made immediately so that future generations can no longer be wrong of the historical facts involving independence Malaysia, Sabah and Malaya.

He said the photo taking of 11 young men at the gate of the State Istana during the celebration of Sabah's independence day on August 31, 1963 is very meaningful to the people of this State.

He said now the youths are now senior citizens to repeat their actions to commemorate the independence day on August 31, 2012 equal to Sabah reaching age 49 years.

"All of them have witnessed the independence of Sabah on 31 August 1963 and the formation of Malaysia on 16 September 1963.

"They're entitled to tell the truth and correct historical facts that Sabah gained independence 49 years ago. National Day this year should be celebrated for that time to 49 and not 55. Malaysia exist 49 years ago instead of 55 years, "he said.

He said the picture would become a source of inspiration to the younger generation that only Sabahans can defend the sovereignty, rights and autonomy of the state.

Edward went on to say, only the people of Sabah can maintain the correct historical facts and dignity of Sabah.

He said Sabah's Independence celebrations 49 organized by the SAPP is an attempt to establish the truth and to correct the distorted history by the Federal Government.

Versi Bahasa Malaysia -------------------------


Betulkan fakta sejarah kemerdekaan Malaysia, gesa SAPP

KOTA KINABALU, 28 Ogos 2012: Kementerian Pelajaran digesa memperbetulkan segera fakta sejarah tentang kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, buku teks sekolah terutamanya mata pelajaran Sejarah perlu menyatakan dengan jelas fakta sebenar mengenai perkara itu.

“Tarikh negara ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963 adalah berbeza dengan tarikh Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 juga sepatutnya ada ditulis dalam buku teks supaya generasi muda dapat membezakan diantara kemerdekaan Malaysia, Malaya dan Sabah.
“Selama ini hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh Negara merupakan tarikh kemerdekaan Malaya dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia.

“Malaysia hanya wujud 49 tahun lalu tetapi Kerajaan Persekutuan meraikan hari kemerdekaan kali ke-55 pada tahun ini.

“Perbezaan tarikh kemerdekaan diantara Malaysia dan Malaya adalah jelas tetapi Kerajaan Persekutuan sengaja melakukannya kerana mempunyai motif tersembunyi,” kata Edward.
   
Beliau berkata, pembetulan tarikh kemerdekaan itu perlu dilakukan segera supaya generasi akan datang tidak lagi salah tentang fakta sejarah membabitkan kemerdekaan Malaysia, Sabah dan Malaya.

Katanya, tindakan 11 pemuda yang merakam gambar di pintu gerbang Istana Negeri ketika majlis sambutan perayaan hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 amat bermakna kepada rakyat di Negeri ini.

Katanya, para pemuda itu yang pada hari ini sudah menjadi warga emas mengulangi tindakan mereka untuk memperingati hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan usia Sabah yang mencapai 49 tahun.

“Kesemua mereka telah menyaksikan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Malaysia  pada 16 September 1963.

“Mereka layak untuk memberitahu kebenaran dan fakta sejarah yang betul bahawa Sabah merdeka 49 tahun lalu. Hari Kebangsaan pada tahun ini juga seharusnya diraikan untuk kali yang ke 49 dan bukan 55. Malaysia wujud 49 tahun yang lalu bukannya 55 tahun,” katanya.

Beliau berkata, gambar itu akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda bahawa hanya rakyat Sabah sendiri boleh mempertahankan kedaulatan, hak dan autonomi negeri ini.

Edward seterusnya berkata, hanya rakyat Sabah berupaya mempertahankan fakta sejarah yang betul dan maruah Sabah.

Katanya, perayaan Sabah Merdeka 49 anjuran SAPP adalah satu usaha untuk menegakkan kebenaran dan memperbetulkan sejarah yang dipesongkan Kerajaan Persekutuan.

55 comments:

  1. "Sabah adalah salah 'satu negeri' di Malaysia dan jangan dipertikaikan lagi. Kemerdekaan Malaysia adalah '31hb Ogos'. Itulah hakikatnya dan kalau tidak suka bodoh sendiri." <---- salah satu cara pemahaman dan hasutan oleh pemimpin terdahulu yang sudah lama tertanam dalam fikiran pemuda dan pemudi yang mana fakta sejarah sebenar hilang ditelan masa.

    Untuk Perhatian :@ pemimpin baru dan masa depan : Bertindaklah sebelum keadaan menjadi lebih parah.(penyakit barah ini lebih teruk jadinya kalau tidak disembuhkan dengan cepat) Saya pernah meninjau berberapa sekolah dan jawapan mereka adalah sama dan ini disebabkan oleh "arahan kerajaan"...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. THIS IS A GREAT PHOTO! HOW POIGNANT...THEY ARE TOGETHER AGAIN TO RE-TAKE THAT HISTORIC SHOT.

      But it is sad that all 11 gentlemen & patriots have been misled by the false "independence in Malaya".

      As the article says we were misled- deliberately. We did not get independence BUT got re-colonised by Malaya!

      When we have that final shot for independence let's hope they will be able to assemble for the real independence victory snap!

      Hidup Free Sabah Independence (when we get it)!

      Delete
    2. Selamat menyambut hari kemerdekaan NEgera kita pada 31 Ogos ini. Semua pihak dijemput untuk meriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan ini.

      Delete
    3. Salah tempat kau cakap ini.Kau pigi itu Jabatan Arkib Negeri Sabah.Sabah+Sarawak+Singapura+Tanah Melayu membentuk Malaysia.Tahu tidak?Sabah (menurut Perjanjian Yang Ditanda Tangani) adalah sebahagian daripada YANG MENUBUHKAN MALAYSIA.

      Kita ini ditipu hidup hidup.Jangan jadi talibarut MALAYA.Kau akan dikutuk oleh anak anak Sabah.Kalau tidak tahu,janganlah buat buat tahu.

      Gonzales
      Ex Gerak Khas Pertama

      Delete
    4. Bodoh dan Palui.

      Makan tahi Malaya

      Delete
    5. Sudah namanya Negara Malaysia jadi semua pun termasukanlah Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Lainlah cerita kalau Negeri memang Sabah dan Sarawak ini Negeri didalam Malaysia.

      Delete
    6. Sabah dan Sarawak are part of Malaysia, we should celebrate the independence of the country in 31 August and then celebrate the independence of our own state in 16th September.

      Delete
    7. Anyhow, Sabah has joined Malaya in 1963.

      Delete
    8. Hari yang mulia ini biarlah disambut dengan ceria.

      Delete
  2. Lihat gambar sejarah : Pemuda yang sedang berdiri di bawah pintu gerbang Istana dan tarikh kemerdekaan Sabah iaitu pada 31hb. Ogos 1963.(menunjukkan Sabah merdeka 49 tahun yang lalu) hanya pengkhianat sahaja yang tidak dapat menerima kebenaran fakta sejarah sabah ini...fikirlah dengan baik...ambil yang jernih buangkan yang keruh...

    "selamat hari kemerdekaan Sabah yang ke-49 tahun", MERDEKA.....!!! MERDEKA.....!!! MERDEKA.....!!!

    sons of the soil
    Simpang Mangazou(Tips of Borneo, Sabah)
    89058 Kudat

    ReplyDelete
  3. SAPP + STAR = Bebaskan Sabah dari penjajah... rakyat sedang menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya sukung butul. SAPP + STAR MISTI BEPAKAT.

      Delete
    2. Berpakat bukan senang, kalau menang siapa nak jadi KM? Jeffrey Kitingan mau jadi KM, Yong Teck Lee pun mahu, PKR pula nak hantar Lajim Ukin jadi KM Sabah.

      Delete
    3. SAPP is just another piece of....old rusted pipes.

      Delete
    4. Boleh kh dua parti pembangkang ini bersatu hati.. masing-masing ada agenda sendiri..semua gila kuasa.

      Delete
    5. Teragu juga sama ada STAR & SAPP ikhlas dan sanggup berjuangkan misi yang sama demi rakyat?

      Delete
    6. sapp dan star ni tidak mahu bekerjasama dengan parti lain menunjukkan mereka keras kepala.

      Delete
  4. MALAYSIA tidak pernah merdeka. Mengapa? Pernahkah Malaysia dijajah? TIDAK! Apa yang perlu disambut ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) pada 16 September setiap tahun.

    Bukankah dengan mengatakan Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing? Kalau betul Malaysia dijajah, siapakah yang menjajah Malaysia?
    Setahu saya, hanya North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang dijajah oleh kuasa asing iaitu British. Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.

    Maka, jangan keliru akan perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan Malaya kerana 'Malaysia' adalah nama yang dipersetujui oleh empat buah negara yang ingin membentuk negara bersekutu.

    Walaupun sebelum itu, Malaya ingin mengunakan nama Melayu Raya dalam persekutuan ini (konsep yang dicuri daripada Indonesia yang berkeinginan untuk mewujudkan negara Indonesia Raya) tetapi tidak diterima oleh 3 buah negara kerana ia lebih mengambarkan Kemelayuan.

    Maka, sedarlah akan hal ini. Kibarkan bendera Sabah dan bukan bendera Jalur Gemilang kerana jikalau anda sedari, itu adalah bendera penjajah!

    Oleh itu, saya menyeru anda sekalian yang menggelarkan diri mereka 'Anak Sabah', 'Bangsa Sabah', 'Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat' dan 'Bangsa yang Berani' untuk bersama-sama kibarkan bendera Sabah sebanyak yang mungkin di halaman rumah, kampung atau sekitar tempat tinggal anda untuk menghidupkan semangat Kemerdekaan yang telah diberikan kepada kita oleh pihak British pada 31 Ogos 1963.

    Tarikh inilah yang mesti kita pertahankan walau apa cara sekalipun. Jangan cuba menafikan kenyataan ini kerana ini adalah fakta! Maka, mari kita bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan kita. Kemerdekaan Negara Sabah (North Borneo) kerana kita sekali Merdeka, selamanya MERDEKA!

    Salam Hormat,

    TRULY SABAHAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. WELL SAID SABAH BROTHERS-

      WE MUST UNITE & STAND TOGETHER LIKE THE MEN OF DIFFERENT RACES AS ONE NATION - INDEPENDENT SABAH!

      FORGET ABOUT MALAYA'S COLONIAL MALAYSIA!

      STAND UP & FIGHT TO FREE SABAH FOR REAL INDEPENDENCE!

      Delete
    2. A true Sabahan will know what is Sabah in a real picture.

      Delete
  5. I like your article, keep up the good work.

    Truly Sabahan adalah contoh seorang patriotik gemilang tanah air Sabah merdeka...kibarkan bendera SABAH.

    Selamat Merdeka tanah airku Sabah yang ke 49tahun. selamat Merdeka semua....!!!

    Majulah Sabah Merdeka..!!!

    Merdeka...!

    Merdeka...!

    Dari Motunggung
    Sabah.

    ReplyDelete
  6. Sabah Deputy Chief Minister Yahya Hussin has urged the opposition, particularly Sabah Progressive Party (Sapp), to cease confusing the people on the nation's independence age, in conjunction with National Day celebrations.

    ReplyDelete
    Replies

    1. He said, although Sabah and Sarawak achieved independence six years after the Peninsular states, all states had agreed to a uniform celebration on national level. When it comes to a national event, we agreed to follow the Federal Government's decision.

      Delete

    2. On Sept 16, we can celebrate Sabah's independence. There is nothing wrong with that," he told reporters after launching the One Place Mall Education Fund in Putatan.

      Delete

    3. Yahya was asked by reporters to comment on Sapp's action in distributing posters and flyers, which stated Sabah's 49th anniversary as an independent state from the British, instead of the nation's 55th anniversary in conjunction with the upcoming National Day celebration on Aug 31.

      Delete

    4. Yahya was asked by reporters to comment on Sapp's action in distributing posters and flyers, which stated Sabah's 49th anniversary as an independent state from the British, instead of the nation's 55th anniversary in conjunction with the upcoming National Day celebration on Aug 31.

      Delete
    5. We will celebrate Sabah's independence on September 16 and Malaysia independence on August 31.

      Delete
    6. I imagine how SAPP looks like after hearing this.

      Delete
  7. Lain kali tanya rakyat dulu sebelum mengiyakan apa-apa persetujuan dengan Kera jaan KL...!!!

    Sekarang ni kami rakyat mahu merayakan hari kemerdekaan Sabah yang ke 49 tahun. Fahaaaaaaaaaaaamm..!!!!?

    Rakyat mahu tengok bendera Sabah berkibar dan buka bendera penjajah.... Yahya ni hanya "yes man" KL ja.

    ReplyDelete
  8. SAPP + STAR = SABAH MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA

    ReplyDelete
  9. Segala fakta yang tidak betul harus diperbetulkan untuk kebaikkan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap maklumat yang tepat akan dimasukkan dalam buku teks sejarah kita supaya kita tidak akan keliru lagi.

      Delete
  10. Kita tidak akan mengetahui kebenaran jika tidak ada yang bersuara.

    ReplyDelete
  11. Jika inginkan sesuatu berlaku pastikan semua bersama2 dan bersatu hati untuk menjayakannya.

    ReplyDelete
  12. kita harus tau sejarah kita.

    ReplyDelete
  13. Besok adalah Hari Kemerdekaan Malaysia, sama-sama kita sambut dengan meriah! Kibarkanlah Jalur Gemilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita kibarkan jalur gemilang untuk menyambut hari kemerdekaan

      Delete
  14. Malaya Merdeka 55 pada 31 Ogos 57 kamudian pemimpin Sabah juga berbincang turut ikut Tunku dan Malaya Merdeka tapi berada pada tahun 1963 sama sama Sarawak.
    Seterusnya mereka juga setuju berada Hari Malaysia dan namakan negara Malaysia pada 16 Sep 1963 supaya tidak Sabah dan Sarawak ditinggalkan ditangan PTI dan orang putih penjajah.Syukurlah kita jangan terlupa sebab SAPP dan golongan pemimpin pemimpin tidak mau terima kebenaran sejarah ni.
    Lebih tepat selepas 1963,bersama sama Malaya,Sabah dan Sarawak juga masa itu Singapura meria ULANG TAHUN MERDEKA MALAYSIA pada 1964.Lebih tepat maka kemerdekaan Malaysia hanya 48 tahun kalau bukan ada bertujuan berpulitik oleh mana pihak.

    Setuju?Jika setuju kibarlah JALUR GEMILANG untuk MALAYSIA ke48 dimana saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ini Fakta juga situasi sebenar yang telah berlaku?
      Apa mau kamu menceritakan fakta tidak bagus memburukkan hubungan antara orang Malaysia!
      Jangan terlupa pemimpin kita yang korban memperjuangkan MERDEKA MALAYSIA.

      Halau syaitan-syaitan berpulitik semua!

      Delete
    2. Harap2 RCI dapat menyelesaikan masalah PATI di Sabah.

      Delete
  15. Paling sennag kita sambut lah Merdeka 31/8 dan 16/9? Bagus bah tu ada cuti.

    ReplyDelete
  16. Jika hal ini berlanjutan tidak mustahil rakyat akan terkeliru.

    ReplyDelete
  17. Kita sambut sajalah hari merdeka hari ni. no harm pun kan. Lepas tu 16/9 kita sambut lagi utk negeri kita.

    ReplyDelete
  18. Kalau ada yang tak puas hati juga, susahlah.. Apapun harap isu ini dapat diperjelaskan.

    ReplyDelete
  19. Jnagan putar belit fakta sejarah sebab ia hanya kana mengelirukan generasi di masa hadapan.

    ReplyDelete
  20. tdk ada guna kamu bising di sini.sda ka kmu tandatangan petisyen utk di bwa ke PBB spya sabah dan swak boleh memerintah negara sendiri? masuk sini,sama2 la kita bebaskan sabah.
    http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

    ReplyDelete
  21. don't manipulate the fact.. the current historical celebration is enough.. 16 September 1963 is Hari Malaysia, while 31 August 1957 is Hari Kemerdekaan.

    ReplyDelete
  22. Hari Kemerdekaan sudah disambut selam 50 tahun, sehingga kini masih ada pihak ingin merosakkan sambutan Hari kemerdekaan ini, apakah niatnya?

    ReplyDelete
  23. Kedua hari kemerdekaan dan pembentukan Malaysia disambut dengan meriah. Ini adalah cara yang paling baik yang menyenangkan hati semua golongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia kedua-duanya di Sambut meriah.

      Delete
  24. Kekeliruan ini harus diselesaikan demi masa depan. Semoga tiada pihak sanggup mereka cerita untuk manfaat dirinya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sebarang kekeliruan harus diatasi dengan secepatnya.

      Delete
  25. dulu masa YTL jadi KM tiada pula dia suarakan pekara ini.

    ReplyDelete
  26. semoga sambutan Hari Malaysia nanti disambut dengan penuh semangat patriotik.

    ReplyDelete