KENINGAU - Masalah tanah dan tanah adat (NCR) begitu berleluasa diseluruh negeri Sabah. Kejadian rampasan tanah dan hak anak negeri terabai oleh kerajaan BN. Demikian juga masalah tanah berlaku di kawasan Mukim Dalit dan di Kg Rimbayan kawasan Sook.
Parti Maju Sabah (SAPP) telah menggubal polisi untuk menyelesaikan masalah tanah di Sabah. Tanah adat (NCR) dan tanah-tanah yang dahulunya dipohon oleh penduduk kampung dan telah diambil oleh orang lain atau syarikat akan dikaji semula dan akan dikembalikan kepada penduduk kampung termasuk geran komunial juga akan di kaji semula seterusnya akan dibahagi-bahagikan dalam bentuk geran NT kepada penduduk kampung. Demikian saranan Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa lawatan ke Kg. Dalit Station dan Kg. Rimbayan Sook.
Orang asing (PTI) dengan senang wenang mendapat kad pengenalan MyKad sudah sampai ke satu tahap yang membimbangkan. Projek IC dibawah pemerintahan Umno/BN menjadi masalah besar kepada rakyat Sabah, mereka jadi warga Negara dengan begitu mudah sekali yang diurus oleh Putrajaya. Hak dan keselamatan rakyat Sabah sudah terancam, masalah sosial, masalah jenayah dan rampasan hak dan peluang rakyat Sabah amat terasa disemua pelusuk negeri Sabah.
Untuk menyelesaikan masalah ini SAPP akan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (IC SABAH), untuk rakyat tulin Sabah. Orang Sarawak dan Semenanjung yang sudah jadi penduduk tetap di Sabah juga layak memohon. Cara ini sahajalah dapat membezakan orang asing yang ada MyKad dengan rakyat Sabah tulin yang ada Mykad dan Sabah IC.
Semua urusan kerajaan termasuk permohonan lesen perniagaan, biasiswa, permohonan kerja, kebajikan, permohonan tanah dan sebagainya perlu gunakan Sabah IC untuk mendapat kelulusan.
Dalam majlis Harapan Baru Sabah tersebut, Presiden SAPP telah Melancarkan Markas SAPP Mukim Dalit dan Sub Markas Kg. Rimbayan. Seramai 100 orang meyertai SAPP di Kg.Dalit dan seramai 120 orang meyertai SAPP di Kg.Rimbayan.
Turut hadir ialah Datuk Hj Md Noor Mansor, Timbalan Presiden Datuk Eric Majimbun, Hj.Amde Sidik, Naib Presiden Datuk Frankie Chong, Edward Dagul, Jimmy Jawatah, Japiril Suhaimin, AMT, Aloysius Danim, Abdul Malik, Kpt Joseph Lakai, Puan Irene Chan dan pemimpin-pemimpin CLC Sook.
All the revenues from oil & gas, sucked dry by the Federal Gov't and so indirectly by UMNO/BN with little or nothing left for Sabah & Sarawak. Just compare: Scotland in Great Britain and Quebec in Canada had an open, honest & fair national referendum on cessation/separation. Any talk of independence and your ex Sabah CM Tun Faud Donald Stephens died in a crash. Sabah & Sarawak are a total tragedy, not even a proper trunk road! The natives lack electricity and drinking water while Criminals bought submarines and built twin towers costing multi-billions for kick-backs; all cronies live in palaces. Outrageous! BN's evil is earth-shaking. Finish them off in the coming election. !
ReplyDeleteRM33 million an hour! RM800million a day. Malaysia Chronicle: “For the first decade... Malaysia has lost a staggering RM1.08 trillion (US$338 billion = RM800million a day) in illicit outflows which is the fourth highest in the developing world…The Global Financial Integrity (GFI) reported in January that RM930 billion flowed out of Malaysia from 2000 to 2008.
ReplyDeleteAn economist at Morgan Stanley in Singapore said that the Malaysia might have lost as much as US$100 billion since the early 1980s to corruption (RM300 billion = 300,000 million). Najib & Dr MM, & UMNO cronies are some of the biggest criminals in modern times, they with all the UMNO and BN cronies have destroyed their own country with apartheid, lies, deception, cheating; with mis-mangement, thefts & plunder to the tune of hundreds of billion if RM$. They should be charged for treason and punished severely. I write as a neutral observer from NZ - rated as one of the world's most democratic & transparent countries.
Kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan tuntutan Hak Tanah Adat Negeri (NCR), malah sentiasa memberi keutamaan kepada isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat itu.
ReplyDeleteHak milik rakyat harus diutamakan.
DeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan, sebagai kerajaan yang prihatin, setiap tuntutan NCR akan dikaji dan diteliti sedalam mungkin bagi mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.
ReplyDeleteharus juga mengkaji tuntutan rakyat, jangan membiarkan rakyat dalam kesusahan khas isu tanah yang tiada penyelesaian.
DeleteSetakat ini, sebanyak 615 kes tuntutan NCR telah didaftarkan yang mana sebanyak 207 kes tuntutan NCR telah diiktiraf, 70 kes ditolak dan sebanyak 338 kes lagi masih dalam siasatan.
ReplyDeletesemoga kes2 seperti ni dapat diselesaikan dengan baik.
DeleteKerajaan berjanji akan mempercepatkan proses siasatan terhadap 338 kes ini dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri.
ReplyDeleteSemoga unit baru ini benar dapat menanggani isu dengan berkesan. Jangan biarkan rakyat menjadi sasaran.
DeleteSemoga usaha ini dapat menanggani isu tanah dengan berkesan.
Deleteisu NCR yang melibatkan kepentingan masyarakat tidak harus dimanipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya proses itu perlu ditangani bersama secara baik.
ReplyDeletejangan bangkitkan isu ni semata2 untuk kepentingan politik.
Deletedalam usaha menangani masalah itu kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan menghentikan serta-merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan bagi membolehkan siasatan dilaksanakan dengan lancar.
ReplyDeleteSebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan untuk memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah.
ReplyDeleteStrategi ini memerlukan masa untuk dikaji dan dilaksanakannya.
Deletebagi melindungi dan memelihara pemilikan tanah NCR sebanyak lima lagi kaedah dilaksanakan termasuk pemilikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah yang menyaksikan seluas 190,452 hektar tanah telah diberi hak milik.
ReplyDeletekaedah kedua adalah dengan mewartakan tanah simpanan anak negeri yang menyaksikan seluas 53,190 hektar tanah diwartakan untuk kegunaan anak negeri.
ReplyDeletekedua cara ini boleh dikaji supaya isu NCR ini dapat diuruskan dan yang penting memanfaatkan rakyat.
DeleteKaedah seterusnya ialah dengan pemilikan tanah geran komunal, pemilikan tanah kepada agensi kerajaan untuk pembangunan ladang dan pemilikan ekuiti oleh anak negeri dalam pemilikan tanah pajakan pertanian melebihi 404 hektar.
ReplyDeleteSAPP boleh selesaikan la konon masalah tanah di Sabah ni???
ReplyDeleteJangan percaya kata2 yang tidak dilihat dengan tindakan.
DeleteKerajaan ada cara mereka sendiri untuk tangani masalah ini. SAPP usah nak tunjuk pandai.
ReplyDeleteSAPP hanya mengambil kesempatan saja tu. Lepas berucap terus lepas tangan.
DeleteItu hanya isu yang dibangkitkan untuk kepentingan politik mereka.
DeleteYTL banyak merepek dan mengarut
ReplyDeleteAdakah SAPP boleh dipercayai untuk membela nasib rakyat?
ReplyDeleteApa saja yang SAPP sumbangkan masa jadi parti memerintah Sabah dulu?
DeleteTanah adat (NCR) dan tanah-tanah yang dahulunya dipohon oleh penduduk kampung dan telah diambil oleh orang lain atau syarikat akan dikaji semula dan akan dikembalikan kepada penduduk kampung termasuk geran komunial juga akan di kaji semula seterusnya akan dibahagi-bahagikan dalam bentuk geran NT kepada penduduk kampung.
ReplyDeleteAt least the government take further step to identify and resolve the land matter.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan harmoni antara Sabah dan kerajaan persekutuan selama ini telah membawa limpahan pembangunan ketara dan rahmat kepada negeri itu dan seluruh rakyatnya.
ReplyDeleteSabah kini pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di negeri itu termasuk pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), projek Kluster Perindustterian Kelapa Sawit (POIC), projek akuakultur di Semporna dan projek baja urea di Sipitang.
ReplyDeleteProjek besar lain kata Najib ialah projek Pusat Ternakan Bersepadu Keningau di Sook bernilai RM763 juta yang akan menjadikan Keningau sebagai pusat pengeluar terbesar di Malaysia.
ReplyDeleteNajib berkata Gagasan 1Malaysia berupaya membawa keharmonian bukan sahaja antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan tetapi juga antara semua rakyat berbilang kaum dan kepercayaan kerana 1Malaysia bukan sekadar toleransi tetapi lebih tinggi daripada itu ialah penerimaan perbezaan yang ada.
ReplyDeleteBeliau berkata kerajaan Barisan Nasional akan terus berusaha memastikan limpahan rezeki yang diperolehi semua rakyat Malaysia hari ini akan terus melimpah untuk dinikmati rakyat dan keadaan itu akan dapat dikecapi jika rakyat dan kerajaan berada dalam ikatan yang harmonis.
ReplyDeletePertumbuhan ekonomi Sabah kekal teguh selain memiliki rizab yang kukuh.-Musa Aman
ReplyDelete