Search This Blog

Tuesday, January 8, 2013

Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit

KOTA KINABALU - Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 januari 2013.

Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan Himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO. 

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain. Kita memandang, diperingkat negeri sabah juga kena ada satu gerakan dan bentuk cara menyatakan hak rakyat. 

Tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah kita ingin menyatakan dan menuntut hak-hak yang kita mahu sebagai rakyat. Rakyat negeri sabah dan rakyat Malaysia. Terpulang pada individu, mahupun kumpulan-kumpulan, datang dan tuntutlah hak anda. Hari tersebut kita jadikan sebagai hari tuntutan rakyat.

Disamping itu, kita juga ingin tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan lagi bahan tunggul dan patung padi yang hanya duduk diam kalau hak mereka tidak diberikan kepada mereka. Rakyat kini sudah pandai. Kita mahukan bentuk perubahan berlaku. Bukan lagi janji kosong yang ditabur. 

Kita juga bagi amaran dan peringatan kepada pemerintah, rakyat ada kuasa. Jangan sampai rakyat muak dan menolak kerana sistem pemerintahan hari ini yang kita pandang sebagai kian rosak dan menindas rakyat, begitu juga dengan bakal pemerintah Malaysia selepas PRU 13, kerajaan sekarang mahupun pembangkang, kita ingin katakan jangan permain dengan rakyat dengan politik membodohkan. 

Kalau mahu perintah, bentuk sistem pemerintahan yang baik. Kalau kerajaan selepas PRU 13 juga bermasalah, rakyat juga tidak akan teragak-agak menolak kerajaan tersebut.

GEGAR akan hadir dengan sebelas tuntutan untuk rakyat dan anak muda Sabah. Tuntutan ini yang akan kita perjuangkan agar hak ini dapat dikembali dan diberikan kepada rakyat. 1. Peluang pekerjaan. 2.Rumah mampu milik 3. Kos sara hidup rendah 4.Liputan jalur lebar 5.Minimum kadar jenayah 6.Kemudahan pendidikan dan percuma 7.Pilihanraya bersih dan adil 8.Negeri hijau dan bersih 9.Royalti minyak dan balak 10.Hak tanah adat 11.Pembangunan insfrastruktur.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama himpunan akan diketuai oleh anak muda sabah. Hampir kesemua jawatankuasa bertindak Himpunan terdiri daripada anak muda dan mahasiswa. 

Jadi, kita sangat mengharapkan agar himpunan ini dapat mengumpulkan semua rakyat, terutamanya anak muda dan mahasiswa, kita bagi signal kepada pemerintah, anak muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok dan duduk diam dan lihat. 

Anak muda kini sedar dan mahukan perubahan. Dengan penuh harapan dan semangat, saya menyeru seluruh rakyat sabah tidak kira walaupun terdiri daripada latarbelakang yang berbeza dari aspek agama, bangsa, budaya mahupun fahaman politik, marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti kita, kita tuntut hak kita dan kita tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan.

Harieyadi Karmin, Koordinator GEGAR merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit.

56 comments:

  1. ini bukan kebangkitan rakyat.. sebaliknya kebangkitan Pakatan Rakyat yang mana ketua umumnya sangat-sangat mengidam jawatan perdana menteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada budaya perhimpunan di Sabah sehingga dibawah masuk oleh Bersih dan pembangkang.

      Delete
  2. anak-anak muda sekadar dipergunakan oleh pemimpin2 pakatan rakyat bagi membolehkan pakatan merampas puterajaya pada PRU13 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak muda yang berpendidikan lebih bijak dan pandai menilai apakah yang baik untuk masa depan mereka.

      Delete
    2. Undian golongan muda ini yang susah diramal.

      Delete
    3. Tapi sedihnya ramai mahasiswa yang mengikuti perhimpunan seperti ini, terutamanya di KL.

      Delete
  3. konon untuk tuntut peluang pekerjaan.. sedangkan berhambur peluang pekerjaan di sabah ni kalau belia2 dalam gambar diatas tidak memilih pekerjaan.. kerajaan boleh sediakan lebih banyak peluang2 pekerjaan jika pembangkang tidak membantah projek2 yang hendak dilaksanakan kerajaan..

    ReplyDelete
  4. rumah mampu milik??

    bagaimana dengan harga rumah di selangor dan pulau pinang?? kenapa NGO GEGAR tidak buat demo di negeri2 pakatan rakyat bila harga rumah di negeri itu mencecah setengah juta?

    ReplyDelete
  5. kos sara hidup di sabah memang sudah rendah berbanding dengan di selangor.. patutnya NGO pro pembangkang buat demo di semenanjung sahaja dan minta hapuskan tol di semua jalan di semenanjung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika pembangkang masih berangan-angan untuk menduduki kerusi empuk Puterajaya, kerajaan lebih dulu menyedari bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di Sabah dan Sarawak yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan air menyebabkan kos membawa barangan dari Semenanjung terlalu tinggi. Sebab itu kerajaan pada pembentangan Bajet 2013 menambah RM50 juta lagi peruntukan menjadikannya RM250 juta bagi tujuan menyerap kos pengangkutan barangan di kedua-dua negeri ini.

      Delete
    2. Dengan tambahan RM50 juta ini, rakyat Sabah dan Sarawak di kawasan pedalaman kini dapat menikmati harga barangan keperluan harian yang sama seperti rakyat di Semenanjung. Tambahan subsidi tersebut daripada RM200 juta tahun lalu kepada RM250 juta tahun ini akan meliputi 100 kawasan lagi penghantaran di pedalaman.

      Delete
    3. Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM47 juta tahun ini bagi subsidi pengangkutan feri untuk penduduk yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan air di Sabah, Sarawak dan Labuan, dan RM87 juta lagi bagi membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di setiap daerah di Sabah, Sarawak dan Labuan.

      Delete
  6. Minimum kadar jenayah?

    negeri2 pakatan rakyat tidak ada jenayah ka?? kalau belia2 diatas ni jadi polis, boleh turunkah kadar jenayah di sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana2 pun ada jenayah berlaku sekarang ni.tidak mungkin negeri tadbiran pakatan tiada jenayah.

      Delete
    2. Kes jenayah berada di mana-mana sahaja. Pihak berkuasa yang harus bertindak untuk mengurangkan kadar penjenayah.

      Delete
  7. 6.Kemudahan pendidikan dan percuma

    ada banyak institusi pendidikan di malaysia.. kalau keputusan cemerlang, boleh juga tu dapat pendidikan percuma.. so belajarlah rajin2, bukannya berdemo..

    ReplyDelete
  8. 7.Pilihanraya bersih dan adil

    Kesilapan pengiraan undi ketika pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas tidak harus dianggap kecil kerana ia melibatkan soal integriti sebuah parti yang mendakwa mereka telus dan adil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I still doubt with our PRU system.

      Delete
    2. Rakyat menyeru PRU yang bersih dan bersih demi menegakkan demokrasi negara.

      Delete
  9. 8.Negeri hijau dan bersih

    bagaimana pula bila PAS Kelantan memindahkan hak milik beribu-ribu hektar tanah kepada kroni-kroni DAP yang bukan sahaja memusnahkan balak dan tanah tetapi juga menjadikan orang Melayu yang menyokong PAS sebagai hamba abdi yang cukup dengan RM200 sebulan? masih hijaukah negeri pakatan?

    ReplyDelete
  10. Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, rancangan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan tersebut merupakan usaha ‘politik liar’ mereka untuk menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik.

    ReplyDelete
  11. Malah dakwa beliau, perhimpunan tersebut juga merupakan sebahagian daripada rancangan jahat pembangkang untuk mensabotaj ekonomi negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hina strategi pembangkang ni.semata2 kerana impian mereka sanggup untuk musnahkan keadaan negara sekarang.

      Delete
  12. menyertai perhimpunan ‘politik liar’ pembangkang itu tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya menyaksikan mereka melepaskan geram secara melulu.

    ReplyDelete
  13. Niat mereka untuk memberi gambaran kepada dunia bahawa situasi politik di Malaysia tidak stabil yang sekaligus mencemarkan reputasi kepimpinan kerajaan,” tegasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak hairan negara menjadi kucar kacir jika pembangkang memerintah.

      Delete
    2. Pembangkang cuam mementingkan agenda sendiri.

      Delete
  14. Beliau mempersoalkan apakah kewajaran perhimpunan tersebut diadakan sedangkan kerajaan BN telah melakukan pelbagai tranformasi untuk kepentingan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  15. Malah kerajaan hari ini sudah banyak memenuhi tuntutan pembangkang termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penambahbaikkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujarnya.

    ReplyDelete
  16. Pembangkang tidak pernah menepati jaminan mereka dari segi ketenteraman awam, inilah sebenarnya yang mereka mahu supaya mendapat perhatian luar,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akibat jangka panjang tindakan mereka tidak difikir pula.

      Delete
  17. Pakatan’s January Rally is at the “Expense of National Security”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Rakyat have been accused of planning yet another rally in January to "run down the Government at the expense of national security".

      Delete
    2. The rally, announced Wednesday by PAS' Mat Sabu, comes hot on the heels of the failed Himpunan Hijau New Year protest against Lynas that attracted just 500 people and the 100-hour hunger strike that ended with protesters being photographed gobbling noodles at the 60-hour mark.

      Delete
    3. Mat Sabu says he wants to stage his event at the Stadium Merdeka on January 12 and has vowed that it will be peaceful. This is a tacit acknowledgement that although last year's Bersih protest gave the Opposition a short term boost, the scenes of senior figures orchestrating disorder lost Pakatan Rakyat support, particularly from older voters.

      Delete
    4. No wonder Mat Sabu says this event will showcase good behaviour. Any trouble could cost Pakatan Rakyat dearly at the ballot box at GE13.

      Delete
    5. He will also be hoping that it is more successful than his last street protest. Last year he organised a settlers' street march against the Felda Global IPO which, he claimed, would leave settlers landless. The listing went onto become the second-biggest worldwide in 2012 after Facebook and the windfall payments that accompanied it made settler families RM15,000 richer during the year.

      Delete
    6. Anything short of a disaster for Mat Sabu this time around will be a vast improvement.

      Delete
    7. But Umno information chief Datuk Ahmad Maslan has slammed the planned event saying: "They hold illegal demonstrations, strikes, protest gatherings and others to attract attention and directly encourage the public to be uncouth and disrespect the law."

      Delete
    8. Expect Pakatan Rakyat to increase its public presence via events like these as we near the election. Violence or no violence, it knows that such spectacles are essential in underlining its place as the plucky underdog fighting against the might of the Government.

      Delete
    9. But aside from rousing speeches about the need for change, don't expect any of these events to include any actual vision for how Pakatan would govern and don't expect to witness a detailed policy discussion. The Opposition parties have missed their chance to articulate proper policies. From here on in, it is demonstrations and slogan all the way.

      Delete
  18. Tindakan pembangkang menganjurkan demonstrasi adalah untuk menarik perhatian masyarakat demi kerjaya politik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demontrasi yang mengancam ketenteraman dan keselamatan harus dielakkan. Ia tidak memanfaatkan sesiapa.

      Delete
  19. Puak terbabit tidak mengutamakan keselamatan negara sebaliknya lebih mementingkan faedah politik mereka apabila mensensasikan sesuatu isu menerusi ceramah dan demonstrasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah demonstrasi cara yang baik untuk menangani sesuatu masalah?

      Delete
    2. Apakah yang dapat dicapai menerusi demonstrasi sebenarnya?

      Delete
  20. Demonstrasi haram,mogok,perhimpunan,bantahan,protes dan sebagainya secara langsung menggalakkan rakyat bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budaya seperti ini tidak patut digalakkan, tapi pembangkang suka menggalakkan rakyat membuat begitu.

      Delete
  21. Amalan yg dibawa pembangkang ini adalah merbahaya kerana mereka memperalatkan org ramai selain cuba menutup kelemahan dlm parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil contoh perhimpunan Bersih 3.0, rakyat dibiarkan mengelut dalam kekecohan, keselamatan mereka tidak terjamin oleh pihak penganjur himpunan.

      Delete
  22. Pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir sebuah negara kerana sentiasa bertelagah sesama sendiri yg menunjukkan kelemahan mereka dlm berkongsi kuasa kerana ideologi politik berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka juga tiada sefahaman untuk bekerjasama.

      Delete
  23. Tidak salah mengikut perhimpunan aman, tapi tujuan sudah tiada bila kekecohan berlaku.

    ReplyDelete
  24. Ramai yang bertindak mengikut emosi sehingga timbul huru-hara.

    ReplyDelete
  25. Semua pengikut perhimpunan perlulah mengikuti undang-undang juga untuk menjamin keselamatan semua.

    ReplyDelete