Search This Blog

Thursday, January 3, 2013

Polis Sandakan Lindungi Penjenayah?

KESAL...Aisah akan buat laporan ke Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasaan Malaysia jika polis Sandakan gagal tangkap Rugayah. Gambar sisipan, Abdullah dan Rugayah sepasang suami isteri yang terlibat melakukan penipuan tuntut waris Satta Unggi dan Noraini Nahar.


Shaimon S Jumadi

Peguam Bela Tetuan Aisah Ahmad & Company mendedahkan di Majlis Sidang Akhbar Tertutup mengenai kes penipuan yang membabitkan 3 orang iaitu Ismail Tarandan, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang kini masih lagi bebas; walaupun kes ini sudah dilaporkan kepada pihak Polis dengan cukup bukti tetapi, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.

Menurut Aisah, pihak Polis terlalu sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan walaupun cukup bukti yang kukuh untuk membolehkan pihak polis mendakwa dan menangkap kepada kedua-dua orang yang terlibat kes penipuan tanah iaitu menuntut waris orang yang masih hidup.

Memandangkan kes ini banyak melibatkan orang tertentu terutamanya para pegawai kanan kerajaan dan dua tiga orang pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), maka tugas pendakwa agak sukar.

Aisah agak hairan kenapa pihak polis sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan; walaupun terang-terang membuat penipuan dan membabitkan orang kenamaaan kerajaan.

"Kenapa pihak polis tidak juga membuat tangkapan terhadap Rugayah Ahmad, isteri kepada Abdullah Japar yang cukup bukti, tetapi masih bebas,” tanya Aisah.

Berikut fakta daripada Dalam Mahkamah Rendah Syariah Sandakan Permohonan No SS – 12- 1990 Dalam Perkara: Harta Pusaka Simati Noraini Binti Nahar Kad Pengenalan H.0612474 “Afidavit Bagi Permohonan Membahagi Harta Pusaka.”

Saya Rugayah binti Ahmad KPT 660223-12-5200 bersumpah dan berikrar dengan Nama Allah menyatakan bahawa:-

1. Saya adalah ketua Pemohon dalam permohonan ini, tinggal menetap di alamat Kg Forest PPM 274 Elopura, Sandakan bertindak sebagai Pemohon dalam permohonan ini.

2. Simati Noraini binti Nahar KP: H0612474 telah meninggal dunia di Sandakan (sedangkan Noraini masih Hidup)

3. Pada saat kematian Simati masih memiliki secara sah harta-harta berikut ini yang masih belum di berikan kepada waris-waris yang berhak iaitu:

4. Tanah NT No: 093091859 di Koyah A Kinabatangan (Rugayah binti Ahmad Kpt: 660223-12-5200

5. Simati tidak mempunyai waris-waris lain

6. Semasa hidup, Simati tidak ada berwasiat

7. Semasa hidup, Simati tidak ada berhutang

8. Saya dengan ini memohon supaya harta-harta Simati sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 3 dibahagikan mengikut: Permohonan seperti di bawah ini iaitu kepada:-

Rugayah binti Ahmad KPT 660223-12-5200

9. Saya membuat permohonan pembahagian seperti yang dinyatakan dalam perenggan 11 diatas adalah berdasarkan alasan berikut:

PENAMA DI ATAS ADALAH ANAK KANDUNG SIMATI TIADA BANTAHAN DARI MANA-MANA PIHAK.

10.Dokumen-dokumen berikut yang masing-masing ditanda dengan, dilengkapi sebagai menyokong permohonan ini iaitu

13.1 Salinan Permohonan Tanah Kerajaan

13.2 Salinan KP Pemohon.

Kata Aisah, Inilah antara fakta kes yang disebutkan di dalam Mahkamah Rendah Syariah oleh Rugayah Ahmad. Persoalannya, macam mana Rugayah mengaku dia anak kandung kepada Noraini Nahar; sedangkan kalau diperhatikan dengan terperinci dan diteliti lihat nombor Kad Pengenalan Rugayah Ahmad 660223-12-5200 dan sementara nombor Kad Pengenalan Noraini Nahar ialah 641116-12-5324 perbezaan umur antara Noraini dengan Rugayah Cuma tua 2 tahun sahaja.

" Logikkah baru berusia 2 tahun sudah menjadi ibu kepada Rugayah? Nampaknya Rugayah belum begitu cekap untuk menjalankan kegiatan penipuan secara professional perlu ambil kursus lagi untuk mendapatkan sijil penipuan,” tambah Aisah.

Kata Aisah, bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan dan peguam kepada mereka yang terbabit merayu kepada Ketua Polis Daerah Sandakan agar mengambil tindakan segera terhadap Rugayah Ahmad yang cukup bukti.

"Jika pihak polis masih meragui mengenai kes ini, saya sedia dipanggil bila-bila masa saja untuk mengemukakan segala- bukti-bukti kukuh kerana semua dokumen ada dalam simpanan saya," ujar Aisah.

Sebagai peguambela kepada 400 orang, sekiranya polis Sandakan tidak mengambil sebarang tindakan membuat tangkapan kepada Rugayah dalam tempoh 10 hari dari sekarang; Aisah tidak mempunyai pilihan, melainkan pergi ke Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis di Bukit Aman bahawa pentadbiran Polis Sandakan terlalu lemah dan seterusnya juga membuat aduan kepada Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasan Malaysia (SIPM) agar mereka camputangan kes yang semakin parah.

41 comments:

  1. Kalau memang sudah cukup bukti, wajarlah 'penipu' ni ditangkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika bukti kukuh, pendakwaan pasti dpt dilakukan.

      Delete
    2. Bawalah ke sini ke mahkamah dan biarkah mahkamah yang menentukannya.

      Delete
  2. Mungkin sedang laksanakan siasatan dengan lebih terperinci.

    ReplyDelete
  3. Siasatan terperinci harus dijalankan. Jika benar ada pihak berkuasa salah menggunakan kuasa, harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  4. Aisah agak hairan kenapa pihak polis sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan; walaupun terang-terang membuat penipuan dan membabitkan orang kenamaaan kerajaan.

    Mungkin pihak polis harus memberi penjelasan untuk mengelakkan andaian yang negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak polis perlukan bukti kukuh untuk mengambil tindakan.

      Delete
  5. Kes ini semakin serius nampaknya. harus juga bertindak bijak dan jangan mengikut perasaan.

    ReplyDelete
  6. Jangan pula ada unsur rasuah diantaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak hairan jika ada rasuah diantaranya. Aktiviti seperti ini bukan isu baru lagi.

      Delete
  7. Jika ada golongan salah gunakan kuasa, harus dikenakan hukuman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hukuman ketat harus dikenakan jika benar ada yang salah gunakan kuasa dan bertindak sesuka hati.

      Delete
  8. Pegawai dan anggota polis di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah ‘terperangkap’ dengan permainan politik mana-mana pihak yang sengaja menyalahkan polis terhadap sesuatu isu yang berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  9. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata tanggungjawab polis pada pilihan raya umum kelak pastinya cukup hebat memandangkan provokasi biasanya akan digunakan bagi mengujui kesabaran pasukan keselamatan.

    ReplyDelete
  10. “Berdasarkan pengalaman, ada puak atau pihak sengaja menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran mereka. Saya berharap para pegawai dan anggota tidak mudah terjebak dengan perangkap ini supaya jadi tidak keruan.

    ReplyDelete
  11. “Jika ianya berlaku, maka dengan mudahlah pasukan keselamatan dijadikan sasaran alasan dan dipersalahkan dalam sesuatu peristiwa atau isu yang berlaku,” katanya berucap pada majlis makan malam penghargaan kerajaan negeri terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor, di sini

    ReplyDelete
  12. Abdul Ghani berkata kerajaan negeri berkeyakinan pasukan polis mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi pada musim pilihan raya umum kelak berdasarkan pelbagai cabaran ditempuhi dalam pilihan raya sebelum ini termasuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang, tahun lepas.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata kecekapan dan kesabaran pasukan polis dapat dilihat pada pilihan raya kecil itu apabila proses mengundi tetap berjalan lancar dalam keadaan hujan lebat manakala keselamatan penduduk tetap terjamin walaupun dilanda banjir.

    ReplyDelete
  14. Sementara itu, Abdul Ghani berkata keselamatan di negeri ini akan terus berada pada tahap terbaik berdasarkan keupayaan kontinjen PDRM Johor mengekalkan penurunan indeks jenayah buat lima tahun berturut-turut sejak 2008.

    ReplyDelete
  15. Katanya sebagai petanda kejayaan, PDRM Johor mendapat pujian dari pelbagai pihak menerusi pendekatan kepolisan yang diterjemahkan sepanjang penganjuran Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) kelapan, pada 4 hingga 6 Disember lepas.

    ReplyDelete
  16. Menurut Abdul Ghani kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada PDRM bagi menjamin keselamatan di negeri ini seiring dengan perkembangan ekonomi khususnya pembangunan Iskandar Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah jika sokongan dan bantuan diberi agar keselematan dan keharmonian sentiasa dijamin.

      Delete
  17. “Kerajaan negeri yakin cabaran perkhidmatan polis tidak ada noktahnya selagi nadi manusia berdenyut lebih-lebih lagi dengan kepesatan pembangunan Iskandar Malaysia termasuk kewujudan beberapa destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menuntut lebih perhatian daripada PDRM.

    ReplyDelete
  18. “Sehubungan itu, kerajaan negeri turut berharap agar pelbagai kaedah dan inisiatif seperti skuad bermotor dan polis dalam komuniti diperkasakan supaya lebih berkesan dalam menjamin kehidupan di negeri ini,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Turun padang dan buat rondaan yang berpatutuan agar keselamatan dapat dipeliharakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rondaan dan pemantauan kerap adalah cara yang terbaik untuk menghalang jenayah.

      Delete
  20. Polis akan menambah 400 pegawai penyiasat dalam usaha untuk meningkatkan standard penyiasatan dan proses pendakwaan bagi meningkatkan imej pasukan itu mulai Januari depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pegawai penyiasat yang terdiri daripada masing-masing 200 pegawai penyiasat berpangkat Inspektor dan penolong pegawai penyiasat berpangkat Sarjan itu telah dilatih dalam bidang penyiasatan.

      Delete
    2. “Beban kerja yang banyak membuatkan mereka tidak memfokuskan kerja mereka dalam menangani kes jenayah dan apa yang kita hendak mereka membina kapasiti kerja untuk meningkatkan profil penyiasatan dan pendakwaan kes,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah di sini kelmarin.

      Delete
    3. Mohd Bakri berharap pasukan pelapis muda yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun itu mempunyai diploma dan ijazah penyiasatan daripada Pusat Latihan Polis (Pulapol) akan membantu menyelesaikan kes secara lebih pantas dan profesional.

      Delete
    4. Beliau berkata usaha itu bagi mengecilkan peranan pegawai penyiasatan yang terpaksa menanggung beban kerja dengan nisbah satu pegawai melaksanakan lima kertas siasatan dalam satu masa berbanding kini mencakupi sehingga 20 kertas.

      Delete
    5. “Pada tahun depan, kita mahu mengurangkan beban kerja dan meningkatkan sudut prestasi kerja kepolisan berdasarkan pelbagai kejayaan yang dicapai pasukan polis masa kini,” katanya.

      Delete
    6. Beliau berkata pada masa kini juga seramai 300 anggota sedang menjalani latihan di Pulapol untuk ditempatkan di Jabatan Siasatan Jenayah seramai 200 orang dan selebihnya di jabatan-jabatan lain bagi meningkatkan prestasi keupayaan polis membanteras jenayah.

      Delete
    7. Dalam usaha itu, katanya polis akan meningkatkan sistem penyampaian penyiasatan yang lebih mantap dengan sasaran 30 peratus kadar pendakwaan kes di mahkamah berbanding 25 peratus yang ditetapkan pada tahun ini.

      Delete
    8. Semoga sistem penyampaian penyiasatan yang lebih mantap ini boleh membantu mencapai sasaran mereka.

      Delete
  21. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mammah berkata indeks jenayah di Sabah menurun sebanyak 9.48 peratus atau 609 kes pada tahun ini berbanding 6,529 kes yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omar berkata sebanyak 5,910 kes dilaporkan dari Januari hingga semalam dengan kadar penyelesaian kes sebanyak 47.39 peratus.

      Delete
    2. Beliau berkata penurunan kes dan kadar penyelesaian kes yang dicatatkan itu membolehkan kontinjen polis Sabah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

      Delete
    3. Harap peratusan kes yang diselesaikan akan ditingkatkan lagi dengan lebih usaha.

      Delete
  22. The Sandakan police should take their responsibilities seriously.

    ReplyDelete
  23. Setiap laporan dibuat perlulah diambil serius oleh pihak polis, pastikan tindakan diambil jika didapati dakwaan itu betul.

    ReplyDelete