Oleh Datu Pengeran Tua
Menyentuh tentang isu tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah, saya selaku wakil kepada pewaris Sultan Sulu yang sebenar, ingin memberikan sedikit ulasan mengenainya.
Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo). Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah.
Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan.
Begitulah halnya dengan Sultan Sulu. Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua. Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah?
Kesultanan Sulu yang mempunyai ramai pewaris tidak termasuk mereka yang menyamar sebagai waris Sultan Sulu akan sentiasa ingin membuat tuntutan ke atas Sabah dengan apa cara sekalipun.
Di sini, selaku wakil yang sangat mengenali waris sebenar Sultan Sulu yang mempunyai hak dan kata putus di Wilayah Sulu dan North-Borneo (Sabah), saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai mereka yang membuat tuntutan itu.
Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar. Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:
a) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Pertama".
1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar).
b) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Kedua".
3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda.
Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan "Sistem Penggiliran Takhta" antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).
Tuntutan:
1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram.
* Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II. Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada "Encik Amir Hamzah" yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.
2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V.
* Merujuk kepada "Salasilah & Kitab Khutbah" Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V. Maka, tidaklah boleh "disahkan" akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.
3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II.
* Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I - dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya "Sulu and Sabah", jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu "Sultan Jamalul-Kiram-II" yang mangkat pada tahun 1936 "tiada mempunyai waris". Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah "menyamar" selaku waris kepada Sultan Sulu.
4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin.
* Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut "Sistem Penggiliran Takhta" antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.
5. Tuntutan dari Yang Mulia Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II ibni Yang Mulia Datu Aliuddin @ Datu Haddis Pabila @ Datu Maputih ibni Yang Mulia Datu Mohammad Sie/Seh/Sheikh ibni Maharajah Adinda/Dinda/Arinda Sultan Mohammad Aranan (Adanan) Puyo ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei Ke-9).
* Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan "Pewaris Kedua Kesultanan Sulu". Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh "Pewaris Pertama Kesultanan Sulu" (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.
Maka waris sebenar Sultan Sulu inilah yang berhak menyelesaikan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah (North Borneo). Ini bersesuaian dengan perkataan "Pewaris dan Penyambung" (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.
Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.
Oleh Datu Pengeran Tua
Nov 19, 2004
Nampaknya isu kesultanan sulu ini semakin hangat dan mengelirukan.
ReplyDeleteSultan Sulu tidak akan diiktiraf oleh rakyat Sabah.
DeleteKes ini harus diselesaikan.
ReplyDeletePihak berkuasa Malaysia sudah berunding dengan pihak berkuasa Filipina mengenai kes ini.
DeleteKata Hamza Taib, pihak berkuasa sudah membuat keputusan untuk menghantar balik penceroboh ini ke negara asal mereka secepat mungkin.
DeleteBiarlah pihak berkuasa membaut siasatan sewajarnya agar tiada pihak mengambil kesempatan.
ReplyDeleteSerahkanlah kes ini kepada pihak berkuasa, yakin bahawa mereka akan menangani isu ini dengan baik.
DeleteAda pihak sengaja mengelirukan keadaan.
ReplyDeleteHarap tiada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini demi menimbulkan kekeliruan ataupun kekecohan.
DeleteSemoga pihak berkuasa dapat membuktikan kebenaran. Isu ini semakin rumit nampaknya.
ReplyDelete* Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut "Sistem Penggiliran Takhta" antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.
ReplyDeleteJika benar, apakah tindakan selanjutnya?
Kecelaruan mengenai pewaris sebenar yang berhak ke atas takhta Kesultanan Sulu bermula dengan kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang berdaulat tetapi malangnya tidak mewariskan sebarang zuriat.
ReplyDeleteSejak daripada tarikh tersebut, muncullah berpuluh-puluh individu sama ada dari Sabah mahupun rakyat Filipina yang mengaku sebagai pewaris dan berhak ke atas kekosongan takhta Kesultanan Sulu, terutamanya daripada keturunan keluarga Kiram.
ReplyDeleteIndividu yang membuat tuntutan ini termasuklah mereka yang sebenarnya langsung tiada kaitan dengan institusi Kesultanan Sulu ini (Sekadar menyamar).
ReplyDeleteSebenarnya selepas kemangkatan baginda, takhta sewajarnya dikembalikan semula kepada keluarga Pewaris Kedua iaitu Keluarga Maharajah Adinda.
ReplyDeleteJusteru itu, mari kita lihat terlebih dahulu senarai ‘Sultan Sulu’ selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II, biarpun tidak lagi mempunyai kuasa dan tidak berdaulat, untuk memahami punca pertikaian sebelum meneliti senarai individu utama yang menyamar sebagai ‘Sultan Sulu’:
ReplyDelete1) Sultan Mawallil Wasit (1936) : Beliau merupakan adik kepada Sultan Jamalul Kiram II. Empat hari selepas kemangkatan abangnya itu, beliau telah ditabalkan oleh Rumah Bichara (Kabinet atau Majlis Diraja Kesultanan Sulu) untuk menggantikan abangnya. Walaubagaimanapun, beliau hanya sempat menjadi ‘Sultan’ untuk tempoh 6 bulan sahaja sebelum meninggal dunia secara mengejut akibat diracun dan dikebumikan di Maimbung. Setahun kemudian, Presiden Filipina, Manuel L. Quezon telah menyatakan melalui Memorandum bertarikh 20 September 1937 bahawa Kerajaan Filipina tidak akan mengiktiraf mana-mana lagi pewaris daripada Sultan Jamalul Kiram II (Keluarga Pewaris Pertama).
ReplyDelete2) Sultan Ombra Amilbangsa (1937-1950) : Beliau merupakan suami kepada Dayang-dayang Hajah Piandao. Dayang-dayang Hajah Piandao ini merupakan anak kepada Sultan Badaruddin dan anak saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Selepas kematian Sultan Mawallil Wasit, Dayang-dayang Hajah Piandao yang ketika itu bertindak sebagai “Sandah” (pemangku pemerintah), telah mengarahkan rakyat Sulu supaya mengisytiharkan suaminya dari Tawi-tawi, Datu Ombra Amilbangsa, sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Amirul Umara II pada Januari 1937. Datu Ombra ini juga pernah dilantik sebagai Gabenor Sulu. Selepas Perang Dunia ke-2, Datu Ombra Amilbangsa telah bertanding sebagai Ahli Kongres Filipina dan memenanginya (Tidakkah bodoh seorang ‘Sultan’ merendahkan martabatnya dengan menjadi sekadar Ahli Kongres di negara bukan Islam yang telah menjajah wilayahnya???).
ReplyDelete3) Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) : Beliau merupakan putera kepada Sultan Mawallil Wasit. Memandangkan Sultan Ombra Amilbangsa bukanlah waris langsung dari Kesultanan Sulu, maka Sultan Esmail Kiram I ini telah disepakati untuk dilantik sebagai Sultan Sulu yang seterusnya di Jolo pada tahun 1950. Pada tahun 1962, beliau telah menyerahkan wilayah Borneo Utara dan kekuasaan Kesultanan Sulu kepada Republik Filipina iaitu ketika era pemerintahan Presiden Diosdado Macapagal. (lihatlah sendiri perangai Sultan seorang ini. Lebih rela menyerahkan ‘wilayahnya’ kepada pemerintahan Kristian berbanding ditadbir oleh saudara seIslam di Malaysia). Beliau meninggal dunia di Jolo pada tahun 1974.
ReplyDeleteSultan Muhammad Mahakuttah Kiram (1974-1980) : Beliau merupakan putera sulung melalui isteri kedua kepada Sultan Esmail Kiram I. Beliau dilantik sebagai Sultan Sulu selepas kematian Sultan Esmail Kiram I kerana Datu Pujungan, yang ketika itu merupakan Raja Muda (setaraf Putera Mahkota), melarikan diri ke Sabah akibat kekacauan yang berlaku di Sulu pada masa tersebut. Apa yang menariknya, beliau ini dilantik secara langsung oleh Kerajaan Filipina di Manila yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Marcos. Beliau berdiam di Manila, tinggal di Hotel Aurelio di Mabini, dan menerima elaun serta ditanggung kewangannya oleh Presiden Marcos . Pada tahun 1980, selepas darurat ditamatkan, Raja Muda Punjungan kembali dari Sabah ke Jolo. Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram yang ketika itu turut berada di Jolo bersetuju menyerahkan takhtanya kepada pakciknya, Raja Muda Punjungan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Punjungan Kiram.
ReplyDeleteSultan Aliuddin-II (1980-2007) : Nama sebenar beliau adalah Datu Aliuddin Haddis Pabila bin Datu Syeikh ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo, dan berasal dari Sabah. Ketika era ‘pemerintahan’ Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram, telah berlaku satu peristiwa yang cukup penting. Para ahli keluarga pewaris Kedua mula memahami sejarah sebenar dan menyedari hak-hak mereka. Atas jemputan Pehin Dato’ Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, keluarga Pewaris Kedua yang diketuai oleh Datu Aliuddin Haddis Pabila telah meminta pihak Muzium Brunei untuk menjaga Pulau Janggi pada tahun 1978 (Bagi mengelakkan kepalsuan Pulau Janggi dibuat oleh pihak lain). Pulau Janggi yang diserahkan telah diperiksa dan disahkan ketulenannya oleh pihak Muzium Brunei. Pada masa tersebut, beliau telah disahkan sebagai “Pewaris Sultan Sulu yang sebenar” dan di dalam Surat Penerimaan Pulau Janggi yang dikeluarkan oleh pihak Muzium Brunei, beliau telah diisytiharkan sebagai “Sultan Aliuddin-II”.
ReplyDeleteDengan pertukaran takhta bagi pewaris Keluarga Pertama oleh Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram kepada Sultan Punjungan Kiram yang bukan daripada darah di Raja Kesultanan Sulu, maka sahlah permulaan takhta Kesultanan Sulu dikembalikan kepada keluarga Pewaris Kedua (Maharajah Adinda) melalui Sultan Aliuddin-II ini. Pada 17 Disember 2004, Majlis Diraja Sulu sekali lagi telah mengisytiharkan beliau sebagai “Sultan Sulu”, namun Majlis Pertabalan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggalah beliau wafat pada 30 Jun 2007.
DeleteDatu Ali Kuyung (2007-kini) : Pengerusi Majlis di Raja Sulu (Pemangku Sultan Sulu buat sementara waktu). Nama sebenar beliau ialah Datu Muhammidul Ali bin Datu Mahmun bin Datu Halun ibni Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Merupakan anak saudara kepada Datu Aliuddin Haddis Pabila. Biarpun dari segi kekananan generasi, masih terdapat ramai waris lebih tua yang lebih layak, namun beliau merupakan pewaris yang paling layak untuk ditabal sebagai Sultan Sulu yang seterusnya jika ditinjau dari segi kekananan baginda kerana merupakan cicit lelaki sulung kepada isteri pertama Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Beliaulah yang meneruskan legasi perjuangan Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu pada masa kini. Tidak memakai gelaran ‘Sultan’ kerana telah disepakati tiada siapa pun yang berhak mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’ pada hari ini selagi kesemua waris yang berhak termasuklah yang telah menabalkan diri masing-masing sebagai Sultan Sulu tidak duduk semeja untuk berbincang dan menabalkan seorang sahaja yang benar-benar paling layak dan berhak untuk menjadi Sultan berdasarkan Tartib di Raja Sulu.
ReplyDeleteSejarah telah tercipta apabila beliau telah berjaya menyatukan Keluarga Pewaris Pertama dengan Keluarga Pewaris Kedua iaitu melalui anakanda Sultan Muhammad Mahakutta Kiram, iaitu Raja Muda Muedzullail Kiram. Telah disepakati bahawa kedua-dua pewaris Kesultanan Sulu ini tidak akan membuat tuntutan terhadap Sabah, yang akan hanya menguntungkan mainan politik Filipina semata-mata. Kini, masa sahaja yang akan menentukan apakah pengakhiran kepada episod tuntutan tahkta Kesultanan Sulu ini. Namun apa yang pasti, jika beliau berjaya memerdekakan kembali Kesultanan Sulu Darul Jambangan (bukannya sibuk menuntut Sabah dan elaun wang pajakan sebagaimana sesetengah individu yang mendakwa diri sendiri sebagai ‘Sultan Sulu’), tiada keraguan lagi beliaulah yang akan ditabalkan secara rasmi kelak sebagai Sultan Sulu.
DeletePenyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat diterima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada wilayahnya.
ReplyDeletePenyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
ReplyDeleteSabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan Sulu semenjak sebelum Perang Dunia Kedua.
ReplyDeletePada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia yang termasuk Borneo Utara.
ReplyDeleteKerajaan Filipina di bawa kepimpinan Macapagal mempersoalkan kesahihan hak milik British ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962.
ReplyDeleteMalah pada Oktober dan November 1962 Macapagal membawa kes tuntutan ini ke PBB dan kemudian berbaik dengan Soekarno serta Azahari (pemimpin parti rakyat Brunei) untuk menentang pembentukan Malaysia.
ReplyDeleteSatu Sidang Kemuncak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963 oleh Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal untuk menyelesaikan pertikian tentang pembentukan Malaysia dan kes Borneo Utara.
ReplyDeleteKerajaan Filipina dan Indonesia bersetuju untuk menyokong pembentukan Malaysia sekiranya terbukti mendapat sokongan penduduk terbabit dan disahkan oleh PBB.
ReplyDeletePersetujuan dicapai pada 9 Julai 1963 antara kerajaan British dan Tanah Melayu tentang penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
ReplyDeleteWalaupun hubungan Malaysia dengan Filipina telah pulih tetapi Kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.
ReplyDelete