Menurut Zulkfli, surat rasmi peletakan jawatan dihantar pada 24 Oktober dan berkuatkuasa semalam kerana merasakan DAP dan pentadbiran kerajaan negeri kini telah tersasar dari matlamat asal.
"Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini tidak menyebelahi rakyat.
"Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf 'elite' sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Zulkifli, beliau kesal apabila melihat perjuangan asal DAP yang dulunya bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisma dan diktator.
Beliau turut mengecam parti itu kerana kononnya berteraskan “Umar Abdul Aziz” sedangkan ianya merupakan retorik semata-mata.
"Jesteru itu saya berpandangan bahawa cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya,"katanya.
Biarpun melepaskan jawatan dalam parti Zulkifli berkata beliau masih lagi merupakan ahli DAP.
Zulkifli sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri dan Pengarah Penang Global Tourism.
Ini bukan pertama kali ahli DAP mengumumkan keluar dari parti itu, terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Hiew King Chew yang juga penasihat DAP Sabah melepaskan jawatannya dan menjadi calon bebas.
M Insider
No comments:
Post a Comment