Search This Blog

Monday, October 21, 2013

Question on review of Malaysia Agreement rejected by Parliament

Parliament will not discuss any review of the rights of Sabah and Sarawak under the Malaysia Agreement as this is "frivolous" and a "non-issue," the government told a Sabah MP today.

PKR MP Dorrel Leiking was told to end his quest for a review of the 20-point Agreement for Sabah and 18-point Agreement for Sarawak, which are meant to ensure that the two Borneo states are equal partners with the peninsula.

Under the agreements, a review is provided for but it has not been carried out.

The issue of the review was first raised last month by veteran Umno politician Tengku Razaleigh Hamzah, even though 40 years have passed with the review still not done.

"Very clearly, the federal government will find ways to avoid the Sabah and Sarawak Partnership - my question following Tengku Razalegh's revelation and the 20 & 18 Points issue & the Malaysia Agreement have been rejected," Leiking wrote on his Facebook page.

Leiking, who is the Penampang MP, received a written reply letter from the Parliament secretary saying he had raised a matter that would "confuse, alienate and break hearts for the sake of explaining something that is superficial and frivolous".

It was also unreasonable to raise a non-issue "just to get opinions and feedback when the governing laws were not in question," the reply states.

Under the safeguards for Sabah and Sarawak to join Malaysia, there was supposed to be a review 10 years after the formation of Malaysia but they were forgotten following the untimely deaths of the prime minister and deputy prime minister at that time.

Opposition leaders in Sabah and Sarawak have been accusing the federal government of not only failing to fulfil the agreements, but also treating Sabah and Sarawak as states rather than as equal partners of Malaya.

43 comments:

  1. >> TAHUKAH ANDA?
    Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada Perlembagaan 5a iaitu agama Islam menjadi agama rasmi bagi negeri Sabah yang di sokong oleh kabinet negeri di bawah kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu. Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di negeri Sabah.<<

    ReplyDelete
  2. >> TAHUKAH ANDA?
    Perkara 7 di dalam “20 Perkara Sabah” bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh kabinet negeri mahupun persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh ketua-ketua pemimpin negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa tersebut negeri Sabah juga dituntut oleh kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka.

      Delete
  3. >> TAHUKAH ANDA?
    Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagai PEMERHATI dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat dalam Inter-Governmental Meeting (IGC). Oleh itu, dakwaan bahawa Perjanjian Malaysia tidak sah adalah TIDAK relevan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia bukanlah satu isu kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan Malaysia. Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei mempunyai satu sistem kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidak menjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.

      Delete
  4. >> TAHUKAH ANDA?
    Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party (PAP) Singapura yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya mengambil alih peranan MCA. Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura.

      Delete
  5. >>TAHUKAH ANDA?
    Sehingga Julai 2011, seramai 53 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah. Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut. Senario ini jelas menunjukkan kerajaan persekutuan menitikberatkan keupayaan serta kemahiran yang dimiliki oleh anak watan Sabah, malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa.<<

    ReplyDelete
  6. >>TAHUKAH ANDA?
    Agreemant Malaysia yang ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu. Perkara ini telah dimasukkan di dalam Artikel 1: iaitu artikel ini menerangkan bahawa negeri-negeri yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak, negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura adalah satu komponen negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “20 Perkara Sabah” adalah 20 tuntutan yang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang perlembagaan negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia sekarang, “20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan negeri Sabah mahupun kerajaan persekutuan.

      Delete
    2. Selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 50 tahun Sabah Merdeka di dalam gagasan Malaysia. Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada kerajaan persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia. Sabah bukan sahaja hidup aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

      Delete
  7. >>TAHUKAH ANDA?
    Dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada kerajaan persekutuan agar sistem pembelajaran yang bersepadu dan diselaraskan diseluruh Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sistem pendidikan Sabah pada masa ini tidak baik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah maka tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y.Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.

      Delete
  8. KESIMPULAN
    20 Perkara adalah draf tuntutan yang di bawa ke IGC untuk diserapkan ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 di London. Anggapan bahawa 20 Perkara adalah sebuah perjanjian yang sah dan telah ditandatangani oleh pemimpin terdahulu adalah tidak benar sama sekali. Rakyat Sabah seharusnya berasa bertuah kerana negeri Sabah mendapat kemerdekaan di dalam Malaysia serta kebijaksanaan pemimpin terdahulu menyertai Gagasan Malaysia harus diwar-warkan agar memberi kefahaman dan kesedaran kepada rakyat Sabah itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai contoh, sekiranya pada hari ini kita sebagai negeri di bawah naungan negara Indonesia. Apakah nasib kita pada hari ini? Tidak perlu pergi jauh, kita lihat sahaja nasib orang-orang Tarakan dan Nunukan berbanding kita di Sabah, perbezaan amat ketara sekali. Sedangkan kedudukan tanah mereka dan kita hanya bersempadan sahaja.

      Delete
    2. Sekiranya pada hari ini kita merdeka di bawah naungan kerajaan Filipina, terbelakah nasib kita? Sedangkan rakyatnya juga lari ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan dan peluang pekerjaan. Persoalan-persoalan dan infomasi sebegini harus diamati oleh pemikiran segenap generasi hari ini agar membuka mata dan tidak mudah terpesong dengan dakyah-dakyah pembangkang yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi..

      Delete
  9. Why it has been rejected in the first place?

    ReplyDelete
  10. The question is they do not understand

    ReplyDelete
  11. surely there must be something within our legal system that can compel the Parliament for a review.

    ReplyDelete
  12. Selepas 50 tahun Malaysia dibentuk, sudah tiba masanya untuk melangkah ke depan dan salah satu perkara yang harus diberi perhatian adalah untuk meneliti semula Perjanjian Malaysia 1963.

    ReplyDelete
  13. Hasrat ini dibentang oleh dua ahli akademik yang mengulas dari konteks Sarawak dan Sabah masing-masing.Pensyarah Kanak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir menyatakan bahawa sebahagian daripada perjanjian itu sudah tidak lagi relevan.

    ReplyDelete
  14. “Kita perlu melangkah ke depan dan masuk fasa ke-dua. Sebahagian daripada 18 perkara tersebbut sudah tidak relevan lagi, antara sebabnya peredaran masa sudah berubah dan antara perkara-perkara tersebut sudah mencapai kemantapan,” kata Jeniri.

    ReplyDelete
  15. Penganalisis politik tersebut memberi contoh perkara yang menyentuh bahasa, perlembagaan, pemimpin negeri dan borneonisasi yang menurutnya, tidak lagi menjadi isu.

    ReplyDelete
  16. Perjanjian Malaysia, yang melingkungi 20 perkara di Sabah dan 18 perkara di Sarawak, merupakan syarat- syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.Ia sering dibangkitkan apabila sesetengah pihak mendakwa bahawa hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam perjanjian itu telah dipinggirkan.

    ReplyDelete
  17. “Apa yang mungkin menjadi isu sekarang ialah soal imigresen di mana rakyat Semenanjung memerlukan kebenaran untuk masuk ke Sabah dan Sarawak serta memerlukan permit untuk bekerja di sini," tambah Jeniri.

    Jeniri berkata, tujuan asal perkara-perkara ini dimasukkan adalah untuk melindungi kepimpinan Sabah dan Sarawak yang dianggap masih terkebelakang.

    ReplyDelete
  18. Tambah beliau, ada sesetengah ahli politik yang memperjuangkan perkara ini, sama ada daripada pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, semata-mata untuk untuk kepentingan politik.

    “Seolah-olah kita mempertahankan dan menggambarkan kita tidak yakin tentang diri kita… bahawa kita tidak boleh bersaing di luar. Ini cara berfikir 50 tahun lalu,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Jeniri juga memberi contoh di mana kadang kala ahli politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) disekat masuk ke Sabah dan Sarawak atas alasan mengancam keselamatan negara.

    “Ini secara tidak langsung dilihat seperti mempergunakan perkara 20 atau 18 ini. Perkara 6 iaitu hal imigresen harus dilaksanakan mengikut semangat asal klausa itu dan bukan untuk tujuan politik.”

    ReplyDelete
  20. Jeniri berkata antara hasrat utama atau impian rakyat Sabah dan Sarawak masih menjurus kepada soal pembangunan.

    “Jurang perbezaan antara Sabah, Sarawak dan Tanah melayu diharapa dapat dirapatkan. Untuk sekian lama, aspirasi ini masih relevan kerana hingga kini, masyarakat di sini masih bercakap tentang bagaimana mundurnya kawasan mereka terutama dari segi ekonomi… kaum minoriti masih miskin,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Malaysia Sabah(UMS), Dr Zaini Othman, berkata soal rasa terpinggir ini boleh diperbaiki dengan menyemak semula apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia untuk menilai apa yang sudah belum dilaksana.

    ReplyDelete
  22. "(Ini) agar persoalan kepincangan wilayah Sabah dapat diperbaiki dan seterusnya diserap ke dalam arus pembangunan nasional," kata Zaini.

    ReplyDelete
  23. "Saya percaya pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah mengambil inisiatif dalam hal ini, cuma ia akan mengambil masa untuk memastikan masalah ini dapat dipulihkan sepenuhnya," tambah beliau.

    ReplyDelete
  24. Bagaimanapun, Zaini berkata sudah lebih ramai pemimpin politik dari Sabah dilantik menjadi menteri-menteri kabinet dan dari segi pendidikan pula, sudah lebih banyak universiti ditubuhkan di Sabah.Ini dilihat juga sebahagian daripada langkah kerajaan untuk memenuhi 20 Perkara dalam isi Perjanjian Malaysia 1963, katanya.

    ReplyDelete
  25. "Ini termasuklah perjanjian pembangunan, memastikan sumber daya manusia Sabah dibangunkan, proses ‘borneonisation’ dalam konteks Persekutuan Malaysia. Perkara ini semua sudah mengambil tempatnya cuma ia masih belum dapat dimantapkan sahaja lagi," kata Zaini.

    ReplyDelete
  26. Zaini mengakui bahawa perkara dalam Perjanjian Sabah bukanlah satu perkara yang mudah dan banyak perkara yang perlu dilihat.

    ReplyDelete
  27. Antara 20 Perkara yang sering menimbulkan pertikaian serta isu politik di Sabah adalah hal perihalan yang bersifat Borneonisasi, iaitu persoalan bagaimana apabila Sabah membentuk Malaysia, adakah sumber-sumber daya manusia mereka akan diangkat dan dibangunkan untuk menerajui Sabah.

    ReplyDelete
  28. Walaubagaimanapun ini bukanlah satu isu yang berterusan kerana perkara ini lebih menjurus kepada isu politik berbanding isu sosiologi. Ini dapat dilihat sewaktu pilihan raya atau ketika isu mengenai hubungan tidak baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri timbul.

    ReplyDelete