KENINGAU - Pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) Paul Kadau (gambar), menjelaskan bahawa wujud kebimbangan dikalangan rakyat Sabah terutamanya masyarakat KDM terhadap kedatangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ke negeri ini kelak, akan mencetus keadaan tidak menentu kerana ramai yang menentang kehadirannya.
Oleh itu, APS merasakan bahawa adalah perlu pihaknya meminta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menghalang kedatangan Ibrahim buat masa ini kerana melihatkan emosi golongan pengikut agama Keristian masih berkeadaan panas, tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Rabu, sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perkasa Negeri Sabah Jeffrus Maimin Rijan dalam laporan baru baru ini, antara lain kenyataan itu memetiknya sebagai berkata bahawa Perkasa Sabah membidas saranan APS menghalang Ibrahim datang ke Sabah.
“Memang kita tidak ada kuasa menghalang Datuk Ibrahim Ali, lebih lebih lagi Perkasa atau APS sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar tetapi disebabkan keceluparannya beberapa bulan lalu telah mengguris perasaan para pengikut Keristian tanpa mengira sensitiviti masyarakat lain.
“Kalau dahulu sebelum Ibrahim berkelakuan celupar, kita tidak ada masalah untuk menerimanya sebagai kawan malah tidak pun menghalangnya memasuki Sabah...kerana kita adalah rakyat Malaysia. Tetapi selepas dia menghina penganut agama Keristian kononnya Tuhan mereka tidak mempunyai nama dan ada suatu ketika di Pulau Pinang beliau (Ibrahim) pernah mencadangkan supaya “Bible” yang mengandungi perkataan Kalimah Allah dibakar membuatkan ramai yang marah.
“Ini jelas menunjukkan sifat sebenar Ibrahim yang dipandang keji oleh masyarakat Keristian disini...malahan ianya satu penganiayaan yang bukan sahaja pengikut Keristian di Semenanjung tetapi turut memprovokasi pengikut pengikut agama Keristian diSabah dan Sarawak.
“Lagi pun, tidak ada gunanya mengagung agungkan kedatangan Ibrahim Ali ke Sabah kalau kedatangannya mengajar dan menghasut anak anak muda kita bersikap kasar dan berfahaman rasis serta tidak menghormati undang undang (kerana beliau telah disabitkan kesalahan menghina Mahkamah),” tegasnya.
Paul berkata, beliau dan kepimpinan APS tidak berniat untuk bertindak keterlaluan dalam beberapa perkara yang melibatkan hak asasi setiap rakyat namun apa yang dihajati NGO itu adalah semata mata untuk memupuk hubungan muhibbah dan harmoni antara kaum dalam sebuah negara majmuk berpaksikan kepada kehendak prinsip prinsip Rukun Negara.
Dalam pada itu, berhubung persoalan Rijan kononnya objektif Perkasa adalah untuk mempertahankan hak dan kepentingan serta membangunkan kaum Bumiputra dari aspek kemunduran ekonomi Paul berkata,
“ Perjuangan Perkasa yang berstatus NGO tidak akan mampu mengambil alih peranan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk memperkasakan ekonomi Bumiputra kerana soal itu adalah tanggung jawab mereka selaku parti politik yang memerintah.
“Sebaliknya, Perkasa sepatutnya membantu membangun minda masyarakat untuk mencintai keamanan, keharmonian dan mengamati kandungan prinsip Rukun Negara selain membantu kerajaan untuk menegakkan keadilan kerana agenda ini merupakan lebih penting dimainkan NGO sepertimana NGO lain,” tegas Paul.
Selain itu, Paul menggesa Jeffrus yang juga salah seorang kakitangan kerajaan berjawatan Penolong Pegawai Pembangunan (ADDO) disini supaya membimbing perjuangan Perkasa diSabah ke arah budaya positif dengan menerapkan nilai nilai murni selari dengan kehendak prinsip prinsip Rukun Negara agar perjuangan NGO itu dapat membantu aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara aman dan damai dirantau ini.
No comments:
Post a Comment