Search This Blog

Monday, December 30, 2013

Kerajaan digesa kaji semula cadangan mengorek Sungai Padas dan Pegalan

TENOM - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Masdin Tumas (gambar), menggesa kerajaan agar mengkaji semula beberapa cadangan yang pernah diluahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) beberapa tahun dahulu dalam usaha untuk mengurangkan kejadian banjir besar terus berulang dikawasan disini.

Beliau berkata, antara cadangan yang pernah mereka taburkan seperti meluruskan beberapa selekoh sungai untuk mengelakkan hakisan mengakibatkan tebingan runtuh selain mendalamkan Sungai Pegalan dan Sungai Padas yang dipercayai telah cetek akibat timbunan lumpur.

Bagaimana pun, cadangan yang pernah mereka (pemimpin BN) taburkan sejak tahun 2010 ekoran beberapa siri banjir besar berlaku pada ketika itu seperti gelombang 1 dan gelombang 2, anehnya, sehingga kini janji mereka tidak pernah ditepati, kesal Masdin.

“Saya amat bersetuju apabila Senator Datuk Dr Lucas Umbul timbulkan masalah tersebut semasa persidangan Dewan Negara pada baru baru ini yang meminta penjelasan kerajaan, apakah langkah langkah yang mereka harus lakukan keatas tanah tanah runtuh disebabkan hakisan dikawasan disini.

“Selain itu, mengapakah ada perbezaan layanan terhadap mangsa mangsa banjir di Semenanjong terutamanya di Pahang dimana setiap mangsa terus mendapat bantuan RM500 sekeluarga/mangsa tetapi diSabah nampak senyap sahaja.

“Kita bukan mempolitikkan masalah banjir tetapi kita mahu melihat keadilan dan kesamarataan dari segi layanan terhadap semua mangsa baik di Semenanjong atau diSabah harus seimbang.

“Dimana letaknya kebenaran slogan yang sering dilaung laungkan pemimpin kerajaan seperti janji ditepati, rakyat didahulukan.....sebaliknya, kita dapati semuanya janji kosong,” kata beliau ketika mengulas isu banjir pada Ahad.

Beliau menambah, kerajaan seharusnya segera meluluskan peruntukkan khas bagi menjana kos membaikpulih beberapa kerosakan infrastruktur yang diakibatkan banjir pada baru baru ini terutamanya pembinaan semula tiang eletrik yang tumbang akibat dirempuh banjir dekat jambatan Tenom Lama.

“Disebabkan tiang elektrik tumbang dan tidak dapat menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan Kemabong maka seluruh kawasan disitu bergelap beberapa hari...walhal, masalah itu sudah ditegur oleh beberapa pihak sejak tahun 2010 tetapi tidak diendahkan...(jadi) siapakah yang harus dipersalahkan,” tegasnya.

Masdin yang juga merupakan bekas calon PKR kawasan Parlimen Tenom pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dalam pertandingan 4 penjuru melibatkan BN-UMNO, PKR, SAPP dan Star, meskipun beliau tewas kepada calon BN Datuk Raime Unggi tetap berbangga selepas menduduki tangga ke-2 dengan meraih undi sebanyak 5,885 undi.

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment