Search This Blog

Wednesday, January 20, 2016

"Najib negotiating for safe passage out with stolen loot?" taken down

Admin Wiki Sabah

Tuan/Puan,

BERITA PALSU BERKENAAN LAPORAN PORTAL SARAWAK REPORT BAHAWA SPRM MEMASUKKAN 37 SYOR DAKWAAN TERHADAP YAB PERDANA MENTERI DATO’ SRI NAJIB RAZAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati bahawa pihak tuan/puan telah menerbitkan sebuah artikel yang mempunyai maklumat yang tidak benar di bawah tajuk “Najib negotiating for safe passage out with stolen loot?” melalui pautan seperti berikut:

               i.        http://wikisabah.blogspot.my/2016/01/najib-negotiating-for-safe-passage-out.html

3.       Untuk makluman tuan/puan, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi pada 18 Januari 2016 yang menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar.

4.       Oleh yang demikian, pihak MCMC dengan ini menyarankan pihak tuan/puan untuk menurunkan dan menghentikan penyebaran kandungan berita palsu tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98).

 Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan/puan. Terima kasih.

Yang Benar,


Jabatan Rangkaian Media dan Pengurusan Keselamatan
Bahagian Pengawasan Digital
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel  : +60 3 8688 8000
Fax : +60 3 8688 1000

No comments:

Post a Comment