Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

BN Gagal Mengatasi Inflasi di Sabah Selama 16 Tahun

Kenaikan pada harga minyak dunia akan membawa kepada kenaikan banyak barangan keperluan. Kebanyakan industri tidak menyaksikan paten sama berhubung gaji dan pampasan.

Walaupun Malaysia adalah sebuah Negara pengeluar minyak, Sabah paling terjejas oleh kanaikan harga minyak berganda dan berlaku dengan kerap. Kos hidup yang tinggi di Sabah berpunca daripada kenaikan harga petrol, yang mana, menyumbangkan pula kepada kenaikan harga barang-barang keperluan contohnya produk pengguna seperti gula, garam, daging, bawabg, halia, beras, minyak masak dsb, disebabkan oleh kos pengilangan dan penghantaran yang tinggi ke Kota Kinabalu.

Orang awam dari semua lapisan masyarakat sudah mula merasa tersepit akibat kenaikan ini. Pertambahan dalam kos hidup tidak bersesuaian dengan gaji mereka masing-masing.

Perasaan sama juga dirasai oleh peniaga kecil seperti peniaga kedai runcit, kopitiam dan gerai-gerai di pasar/pasar malam/pasar basah di dalam dan sekitar bandaraya. Para peniaga ini sama ada tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa menaikkan harga barangan mereka juga, yang mana mereka berhak, akibat oleh kos bahan yang tinggi, ditambah dengan kenaikkan dalam sewa bulanan kedai atau gerai mereka.

Secara realitinya, mereka terpaksa ikat perut atau bersiap sedia mendapat margin keuntungan kecil.

Penduduk Sabah menyaksikan kuasa membeli mereka mengurang melainkan dasar-dasar yang wajar diwujudkan bagi menangani trend ini.

Kerajaan pimpinan BN telah gagal:

  1. Menghapuskan dasar kabotaj yang menyatakan semua kapal luar Negara tidak dibenarkan berlabuh terus ke pelabuhan di Sabah manakala perlu melalui Port Klang walaupun tidak penting, atau biarpun dengan hakikat kapal luar Negara diberikan kebenaran berlabuh terus ke pelabuhan Sabah, mereka sama ada tidak dibenarkan memuatkan kontena atau kargo apabila meninggalkan pelabuhan ini, yang mana apada dasarnya tidak patut secara ekonomi dan tidak praktikal – menyebabkan banyak kapal luar Negara tidak mahu dating ke pelabuhan Sabah secara terus.
  2. Mengurangkan tariff pelabuhan-pelabuhan Sabah.
  3. Menambah peralatan operasi perlabuhan seperti Kren, bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan banyak operasi seperti mengangkat dan menurunkan kontena dari dalam kapal ke dermaga atau sebaliknya.
  4. Menangani masalah utiliti asas yang sudah lama berlarutan dengan gangguan bekalan air dan elektrik kerap, manakala kualiti kedua-duanya masih belum memuaskan.
  5. Menarik lebih banyak FDI (Pelaburan Langsung Asing) dan MNC (Syarikat Multi-Nasional) untuk membina kilang, loji dan pejabat di Sabah terutamanya Kota Kinabalu.
Saya juga ingin bertanya secara terus kepada kerajaan BN terutama YB Api-Api Datuk Dr Yee Moh Chai:

  1. Apakah gunanya melulus dan membina terlalu banyak pusat beli belah di KK sedangkan majoriti belia dan dewasa Sabah hanya mampu tengok-tengok barang di kedai, disebabkan oleh purata pendapatan rendah.
  2. Apakah langkah pencegahan dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi kos hidup penduduk Sabah yang semakin tinggi? Perlu diingat kerajaan telah membuat tindakan kurang bijak dengan mengurangkan subsidi minyak yang mana sangat-sangatlah diperlukan.
  3. Berapa banyakkah, jika ada dari wang tersebut (dengan menghentikan subsidi) telah dibelanjakan untuk membantu mengatasi kos hidup tinggi yang dihadapi oleh rakyat? Akan adakah penambah baikan dalam infrastruktur asas dan system pengangkutan awam, mungkin?
  4. Bagaimana Kerajaan pimpinan BN boleh membantu untuk menstabilkan, jika tidak menaikkan gaji bawa pulang kaum buruh, meringankan beban, bagi menghadapi kenaikan luar biasa kos hidup yang dihadapi penduduk Sabah?
  5. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Datuk Dr Yee sebagai Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, yang mempunyai portfolio yang luas dan berkemampuan, untuk mencegah dan kalau boleh, menyelesaikan sepenuhnya akses internet kurang memuaskan yang disediakan oleh Telekom Malaysia? Kesemua isu-isu kronik dan mendesak ini memerlukan penyelesaian segera dan masalah kelajuan Internet yang disediakan oleh syarikat. Kami tidak mahu terbiasa dengan polisi, produk dan perkhidmatan berkaitan dengan tidak berapa baik.


Clement Lee
Setiausaha Penganjur
SAPP CLC Api-Api

6 comments:

  1. Kenaikkan harga minyak kerana untuk mengurangkan beban negara kerana ekonomi dunia yang tidak menentu. Maka diharapkan rakyat faham dengan keadaan ini.

    ReplyDelete
  2. Inflasi ada di mana-mana saja. Ini termasuklah semenanjung Malaysia dan juga negara-negara lain.

    ReplyDelete
  3. Karim, memang betul inflasi dimana mana aje.

    Tapi jangan lupa kenapa gaji orang Sabah tidak naik walaupun kita negeri pengeluar minyak sepatutnya dapat lagi banyak keuntungan dari harga minyak naik?

    Kenapa negara2 lain gaji mereka naik macam di brunei dan singapore? Kenapa Sabah tidak?

    Jangan aksi memperbodohkan rakyat lagi. Ketulahan baru kau tahu nanti. Tidak baik makan rasuah! Berdosa tahu? Sendiri mau ingatlah.

    ReplyDelete
  4. kalau mahu kasi banding Malaysia dengan negara2 maju yang lain, lain kali jangan suka2 bantah projek mega.. kalau ada projek kasino sekalipun di Sabah jangan bantah. apa sahaja dana yang keluar dari tabung kerajaan persekutuan, mesti ambil. halal atau haram, tapak tidak sesuai, penggondolan hutan atau apa sahaja alasan, semua itu belakang kira..

    ReplyDelete
  5. Walaupun Singapore bukan sebuah negara keluar minyak dan tiada pengeluaran bahan mentah macam di Sabah. Kenapa Singapore boleh kasih turun inflasi mereka dengan kenaikan gaji pekerja dan Sabah tidak? Jawapan senang saja, Sebab kerajaan Sabah tidak boleh harap dan tidak boleh pakai. Otak Kosong!!! Tahu aje makan duit haram.

    Dengan kenaikan harga minyak pasaran sepatutnya keuntungan untuk Sabah naik tapi dimana duit semua pergi? Kenapa gaji orang Sabah sama saja tetapi harga barang terus naik?

    Apa kena-mengena dengan project mega dengan inflasi? Balik dulu pergi sekolah belajar ekonomi baru lah buka mulut. Jangan kasih malu orang sini oh. Walaupun anak aku cuma 15 tahun pun tahu lebih daripada kamu kot.

    Itulah orang Barisan Najis tak pernah pergi sekolah. Tahu aje Korek Korek Korek. Tak dosa dan malu ke? Poorah!!!!

    ReplyDelete
  6. Inflasi di semenanjung bukan juga dapat diatasi.

    ReplyDelete