Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

PBRS tamak gila jawatan?

Mac 23, 2011: KECELUPARAN pemimpin PBRS semakin terserlah apabila mereka berusaha mengetengahkan isu yang kurang relevan kepada kepentingan rakyat Sabah, sedangkan isu pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada kira kira 600,000 PATI diSabah pemimpin pemimpin parti itu termasuk Presidennya Tan Sri Joseph Kurup lenyap tidak bersuara.

Malahan PBRS seolah olah telah ketandusan isu untuk disajikan kepada rakyat mereka di kawasan Parlimen Pensiangan kerana selama ini PBRS boleh diibaratkan sebagai "Harimau mengaum namun tidak berupaya membaham mangsanya kerana tiada gigi taring".

Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup yang meminta kerajaan mengambil tindakan kepada Timbalan Speaker DUN Sabah daripada pembankang Datuk Frankie Chong supaya kuota jawatan itu dikembalikan kepada PBRS (sebelum itu jawatan tersebut disandang oleh Datuk Andrew James Vitalis Setiausaha Agung PBRS sebelum berpindah ke PBS).

Selain itu tegas Rudy, kelibat PBRS seumpama 'cacing kepanasan' sudah ada suatu petunjuk bahawa PBRS sudah tidak mendapat tempat dalam BN malah semakin mengecil saisnya, dimana kerusi PBRS setakat ini hanya 1 Parlimen dan 1 Adun. PBRS harus muhasabah diri sebab PBRS hanya ada segelintir ahli di kawasan Sook dan Nabawan. Lain-lain kawasan ibarat "hidup segan mati tak mahu", maka wajarlah keduduknya pada hari ini.

PBRS kehilangan Timbalan Speaker adalah disebabkan bekas Timbalan Speakernya Datuk James Vitalis hilang kepercayaan terhadap PBRS dan berpindah parti ke PBS membawa bersama jawatan Timbalan Speaker pada ketika itu, jika PBRS ingin menuntut kuotanya ia harus ambil daripada PBS yang terus menyandang itu sekarang..

Tegas Rudy lagi, Tan Sri Joseph Kurup seorang veteran politik dan Peguam seharunya tahu apakah hak dan kedudukan seorang Timbalan Speaker setelah dilantik oleh TYT dimana Timbalan speaker bukan jawatan eksekutif sebaliknya ia adalah jawatan perundangan/Legislative.

Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak semestinya semua Adun berada dipihak kerajaan, biasanya ada juga ahli pembangkang. Perlantikan Timbalan Speaker bukan dipilih di DUN maka sebab itu ia tidak boleh diambil tindakan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh berdasarkan kepada lunas undang-undang. Hanya TYT boleh melucutkan jawatannya dengan sebab-sebab tertentu mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah.

Timbalan Speaker dipihak pembangkang adalah pilihan dan haknya berpolitik seperti juga Timbalan Speaker yang satu lagi dipihak BN adalah kerana masing masing tergolong haknya didalam system demokrasi yang mungkin Kurup sudah termaklum perkara ini tetapi pura pura tidak tahu.

Dalam menyempurnakan amalan demokrasi yang diamalkan dinegara ini Kurup harus berpegang kepada prinsip prinsip RUKUN NEGARA, diantara lain menyebut; Keluruhan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, apakah Tan Sri Kurup hanya mahu pertikaikan berpandukan prinsip politik dan tidak kepada perlembagaan dan undang-undang seperti disebut dalam Rukun Negara?

Jika Kurup hanya ingin berpegang kepada prinsip politik maka dia juga harus letak jawatan sebab Kurup bukan dipilih oleh rakyat Pansiangan tetapi dia mendapat kedudukan MP melalui Mahkamah. Demikian juga Adun-Adun yang lompat parti dari segi prinsip politik mereka juga harus letak jawatan.

Pada satu ketika negeri Sabah dan negeri Perak dimana pembentukan kerajaan BN menerusi beberapa Adun yang berpindah parti (Katak) maka kerajaan berkenaan adalah kerajaan yang tidak bermoral dan juga harus dibubarkan jika berdasarkan prinsip politik yang dibangkitkan oleh Tan Sri Kurup.

Jadi apakah pendirian Tan Sri Kurup dalam hal sedemikian? Jika beliau juga akur kepada undang-undang dan perlembagaan maka PBRS harus juga hormat perlantikan Timbalan Speaker oleh TYT. PBRS harus berhenti memutar belitkan hak dan kedudukan Datuk Frankie Chong sebagai Timbalan speaker, tegas Rudy lagi.

Rakyat sudah sedar bahawa PBRS jelas menggelabah kerana telah tergugat dengan kehadiran SAPP di kawasan Pedalaman yang semakin mendapat sambutan yang hangat termasuk kawasan Parlimen Pensiangan dimana Kurup bakal dicabar oleh seorang cendikiawan muda dan anak jati Pensiangan.

Tan Sri Kurup sudah jadi wakil rakyat ADUN dan MP selama 26 tahun dikawasan Sook dan kini MP Pansiangan, apakah yang telah dilakukannya dengan jalan raya Sook ke Sinua, Jalan ke Dalit dan banyak lagi kampong-kampong di Kawasan Sook , sedangkan yang terdekat seperti Jalan Skim Biah dan Jalan Kuala Biah yang terdekat dengan Pekan Keningau pun belum diaspal tidak ubah seperti jalanraya "cowboy" .

Lain-lain kemudahan asas tidak perlu disebut satu demi satu memang jauh ketinggalan daripada janji janji yang pernah Kurup taburkan sebelum beberapa pilihanraya lalu.

Konklusinya tambah Rudy, Tan Sri Kurup dan Datuk Ellron telah gagal menjadi wakil rakyat yang efiesyen dari Satu Rancangan Malaysia ke satu Rancangan Malaysia hinggalah ke RMK10 janji-janji pilihanraya masih belum ditunaikan.

PBRS sepatutnya menumpukan perhatian serius untuk membangunkan rakyat di kawasan Sook dan Pansiangan dan bukan "membuat bising" mengejar jawatan sahaja Pastinya dengan kehadiran SAPP di kedua dua kawasan PBRS akan tergugat di PRU13.. Oleh: Mail Mathew

14 comments:

  1. Is PBRS still relevant?

    ReplyDelete
  2. PBRS kena byk berusaha dan tunjukkan peranan mereka.

    ReplyDelete
  3. sepatutnya isu jawatan ini tidak perlu dipertikaikan selagi jawatan itu dipegang oleh pemimpin tempatan.

    ReplyDelete
  4. kesilapan PBRS ialah, ketika semua pihak sibuk mengetengahkan isu2 kritikal di Sabah, pemimpin PBRS pula sibuk menuntuk jawatan.. tahniah dan good luck..

    ReplyDelete
  5. Most probably PBRS is not performing well.

    ReplyDelete
  6. Bah, buck up already!

    ReplyDelete
  7. kenapa nak berebut jawatan, masing2 dah diberi peranan. tindakan ini hnya boleh memecahbelahkan parti.

    ReplyDelete
  8. Every politicians are the same.

    ReplyDelete
  9. PBRS jangan hanya menunggu kuasa jatuh ketangan sendiri. Sepatutnya PBRS berusaha menunjukkan kebolehan mereka. Apa pun biarlah Ketua yang menentukan siapa diberikan amanah.

    ReplyDelete
  10. tidak perlulah perbesarkan lagi isu ini. yang penting semua pihak fokus terhadap isu-isu yang lebih penting..

    ReplyDelete
  11. jika ada isu pun yang berlaku ia boleh diselesaikan dengan baik melalui perbincangan..

    ReplyDelete
  12. This shouldn't be made into an issue the first place.

    ReplyDelete
  13. Orang sibuk fikir pasal nak selesaikan masalah yang timbul, dorang pula heboh pasal jawatan. huhu

    ReplyDelete
  14. Semoga hal ni ditanggani dengan baik tanpa perlu diperbesarkan.

    ReplyDelete