Larry Rafael
"Merujuk kepada kenyataan individu yang menggelarkan dirinya sebagai anti orang gila kuasa yang tersiar diportal terkenal Sabahkini.net beberapa hari lalu yang meragui krdebiliti kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi yang dilihat sebagai teratur dan lengkap dengan fakta.
Malah individu terbabit mendakwa kononnya tulisan tersebut sebenarnya bukan lahir dari kenyataan Rudy berdasarkan ungkapan yang begitu tersusun dengan rapi tetapi sebaliknya menuduh pula Timbalan Speaker Datuk Farnkie Chong yang mengokestra segala galanya.
Justeru, saya Larry Rafael Exco Pergerakan Pemuda SAPP Pusat yang juga Ketua Pemuda SAPP dan Setiausaha CLC N.38 Nabawan tampil menjelaskan bahawa kesemua yang berlaku adalah hasil perbincangan bersama Pergerakan Pemuda Pedalaman yang diPengerusikan Rudy Sulaiman Mairi berdasarkan hakikat yang sebenarnya.
Sebagai makluman individu terbabit termasuk PBRS bahawa kepimpinan Pemuda SAPP tidak pernah berselindung dalam semua aspek isu yang berlaku ketika ini termasuk gaya kepimpinan PBRS yang sememangnya tidak disenangi rakyat di peringkat akar umbi khususnya rakyat Pensiangan yang diwakili Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup sendiri.
Dalam soal ini, kepimpinan Pemuda SAPP merasakan tidak ada keadilan bagi PBRS melontarkan kata kata nista yang tidak bersopan terhadap Datuk Frankie yang menjawat Timbalan Speaker DUN, sedangkan jawatan tersebut diperolehinya ketika SAPP masih berada dalam BN.
Justeru, mengheret dan melibatkan Datuk Frankie dalam suara hati pemuda SAPP dalam membela diri beliau yang tidak berdosa adalah suatu pemikiran sempit dan tidak bermoral bagi PBRS kerana bersikap menuduh yang bukan bukan tanpa bukti yang jelas, pendek kata PBRS masih berfikiran kolot dan ‘semborono’(Bahasa Jawa Barat yang bermaksud cakap sembarangan tanpa usul periksa).
Hatta, adalah lebih baik dan lebih molek sekiranya kepimpinan PBRS lebih tertumpu kepada pembinaan asas yang kukuh bagi parti itu dalam menerokai agenda politik bertaraf nasional yang berpaksikan kepada pembelaan kebajikan masyarakat KDM atau Orang Asli Sabah secara menyeluruh dan bersais besar daripada mulut berbuyah buyah "mengidam sangat jawatan Timbalan Speaker" tetapi sanggup menekan seseorang yang secara tidak sengaja kekal menjawat jawatan tersebut.
Sebaliknya, PBRS yang terkial kial, bertempik, terlolong kesana dan kemari meminta jawatan Timbalan Speaker itu dikembalikan adalah suatu perkara yang membuang masa kerana suatu hari nanti apabila penyandangnya tamat tempoh ia takkan kemana jua dan pasti akan dimiliki oleh BN juga.
Seharusnya, PBRS harus menumpukan perjuangannya bagaimana meyakinkan kerajaan Federal dan KDN supaya 600,000 PATI diSabah dapat dihantar balik ke Negara asal mereka Filipina, kerana masalah PATI jika tidak diselesaikan secara mutlak ia merupakan "Ibu segala masalah jenayah diSabah". Kenapa PBRS membisu seribu bahasa dalam soal ini? Mungkinkah PBRS lebih suka PATI terus bermastautin diSabah? Rakyat sangsi pendirian PBRS dalam soal itu dan mereka jauh lebih dari bersedia " Untuk menghukum PBRS-UMNO dan BN" dalam PRU13 kelak.
Sebagai menjawab kenyataan Empir Andingos mantan AMT Parti Akar yang sudah dibubar menyatakan bahawa Nabawan telah membangun dengan pesatnya semasa dalam BN adalah disifatkan bahawa Empir seorang yang berangan angan dan mengigau disiang hari.
"Saya ingin bertanya Empir, sudahkah Klinik 1Malaysia siap? Bagaimana Hospital Nabawan yang dijanjikan Najib pada tahun 1994 yang kini hanya tersergam ‘Sign board’ yang sekadar menjadi kenangan ‘buak ri Najib". Bagaimana pula jalanraya Kg Loboh Nabawan, sudahkah berturap?," tegas Larry.
Sekian dan salam 1Sabah.
(Larry Rafael ialah Ahli Exco Pergerakan Pemuda SAPP)
tidak kira mana-mana pihak sekalipun, tunjukkanlah sumbangan dan laksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
ReplyDeleteSAPP kalau cakap orang lain boleh tahan. Tapi parti sendiri tidak terurus marah bila parti lain yang bersuara. PBRS pasti akan menyelesaikan apa masalah yang dihadapi oleh parti dan mahu pun masalah rakyat. Jadi SAPP tidak perlulah risau dengan PBRS.
ReplyDeletealimah, siapa yang risau dalam kes minta jawatan kalau bukan PBRS terasa ditindas oleh syaitan umno? Baca dulu sebelum hantam babi buta macam orang bodoh!
ReplyDeleteapapun, sebagi pemimpin, laksanakanlah tanggungjawb anda terhadap rakyat.
ReplyDeleteAlimah mesti bangga sangat jika semua menteri sabah diganti oleh PENDATANG HARAM@umno member. YB Sekong Shamsudin Yahya adalah seorang Pilak dan member umno jadi YB di Sabah. Ini bukan menindas hak2 pribumi Sabah, apa lagi?
ReplyDeleteI think Alimah know what PBRS requst and Alimah also dont proud of many PATI in Sabah. What Alimah mention that SAPP no need to busybody other party matter. The party will solve their own issue.
ReplyDeleteSAPP busybody on PBRS issue i think SAPP want to tackle Pensiangan people attention. Well, as i know SAPP nowadays really active at pedalaman area.
Dalam apa-apa isu, mesti dengar penjelasan dua pihak sebelum membuat penilaian.
ReplyDeletememang patut Datuk Frankie dan SAPP rasa malu dan memang patut Larry tampil menghilangkan rasa malu itu kerana ketika mereka sibuk menyerang kerajaan bertubi2 salah seorang pemimpin mereka terus memiliki kemudahan dan kebaikan di bawah kerajaan BN..
ReplyDeleteSAPP pun turut sama terkial kial, bertempik, terlolong kesana dan kemari setiap kali menerima kritikan..
ReplyDeleteMemang kaki pengampu Barisan Najis mengamuk sama SAPP sebab semakin banyak sokongan SAPP diterima oleh semua rakyat Sabah.
ReplyDeletePBRS yang sibuk lobby jawatan timbalan speaker dan mereka lupa Posisi speaker ini dilantik oleh TYT bukan barisan najis. Hormatilah TYT Sabah kita dan jangan tak sopan.
Setakat yang saya baca komentator2 lain belum ada lagi yang tidak sopan & tidak mghormati TYT Sabah.
ReplyDeleteBila kamu soal pasal pelantikan dewan speaker,sudah bermaksud kamu tidak percaya sama keputusan TYT, sebab Dewan speaker dilantik oleh TYT bukan barisan najis.
ReplyDeleteTidak mustahil kaki pengampu bn teriak macam monyet untuk rebut jawatan. Jilat jangan tak jilat kepada kaki pengampu bn. Manusia yang tiada maruah!
"saya Larry Rafael Exco Pergerakan Pemuda SAPP Pusat yang juga Ketua Pemuda SAPP dan Setiausaha CLC N.38 Nabawan tampil menjelaskan bahawa kesemua yang berlaku adalah hasil perbincangan bersama Pergerakan Pemuda Pedalaman yang diPengerusikan Rudy Sulaiman Mairi berdasarkan hakikat yang sebenarnya".
ReplyDeleteBETUL ka TIDAK OH
True or not?
ReplyDeleteLots of blind supporters here.
ReplyDeleteWe can't simply make assumption here. Need to know both sides of the story first.
ReplyDeletePandai2xlah rakyat membuat penilaian mengenai hal ini.
ReplyDeleteBiasalah PBRS, teda jawatan dikasih oleh Tuan umno mereka. Macam anjing gila mengamuk saja.
ReplyDeleteSAPP-SAW AYAM POTONG-POTONG,PBRS-PARTI BUAT RAKYAT SUSAH- 2x5,baik diorang pegi tolong siapai,siucha,siwai d Sarawak,kalu Pakatan menang!
ReplyDeletegeranti KDM,Otto,Bapak! kalam kabut buka cawangan mcm dulu2 politik kampung!
Tidak mahukan orang gila kuasa di sini.
ReplyDelete