Search This Blog

Wednesday, June 29, 2011

Satu lagi projek BN yang tidak dapat disiapkan

Oleh Datu Shuaib Mutalib

LAHAD DATU, Jun 29, 2011: Satu lagi projek dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat mengalami kelewatan untuk disiapkan dan mungkin akan mengalami kegagalan dan terus menjadi gajah putih.

Projek perumahan berkembar satu tingkat ini terletak di Jalan Tungku menjanjikan sebanyak lebih kurang 2000 unit akan dibina oleh Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad dibawah kementerian kewangan dan melantik Supenesa Sdn Bhd sebuah agensi dibawah Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) Sabah untuk membina dan menyiapkan projek tersebut.

Dari tarikh 17hb November, 2005 , pelancaran pembinaan dan harus disiapkan pada 18hb May 2009 sudah berlalu.

Pekerja-pekerja dari Negara Cina yang diupah sebagai pekerja pembinaan di tapak kawasan pun sudah tidak lagi kelihatan kerana meninggalkan tapak pembinaan.

Lebih tertekan diangarkan 900 orang atau lebih pembeli rumah yang terpaksa membayar pinjaman daripada pihak bank, walaupun rumah-rumah tersebut tidak disiapkan dan tidak dapat diduduki ini memaksa pembeli rumah tersebut membayar sewa berganda kerana tiada tempat tinggal.
Kementerian Kerajan Tempatan dan Perumahan haruslah bertanggungjawab melaksnakan undang-undang melalui "Housing Controller" bagi memastikan pemaju mematuhi perjanjian dan kewajipan mereka.

Apa yang berlaku, sebaliknya kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang gagal menjalankan undang-undang yang sedia ada. Siapa yang akan mengambil tindakan dan menghukum kementerian kerajaan Tempatan dan Perumahan serta agensi dibawahnya?. Belum Jelas!!

Suaib Mutalib ialah Penolong-Setiausaha Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pengerusi CLC N.49 Tungku

3 comments:

  1. SEBUAH LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK RAKYAT. 1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan harus ditukar kepada 3 malaysia, wakil rakyat didahulukan, pencapaian boleh ricycle masa nak dekat2 pilihanraya umum. Hahaha.....

    ReplyDelete
  2. janji bn dalam pilihanraya ialah biasa...janji apalah untuk menang...nanti baru kira..inilah cara BN selama berapa tahun dan kami telah ditipu sama.

    ReplyDelete
  3. Bah, lama suda sia tunggu itu panyukung umno/bn.. mana suda kamu........... teda pun kasi sumbang komen. kanapa? kana pada batang hidung sandiri ka? jan la malu2 ba... kalau lemah nak kena mengaku juga. jan la sampai sorok kepala dan badan tapi punggung yg besar masi takaluar. masam mana pun kamurang batapuk, nampak juga itu porut buncit kamu yg panuh dgn najis rasuah.

    ReplyDelete