Search This Blog

Friday, July 1, 2011

Lawatan PM ke Kemabong sakitkan hati rakyat Rundum

Palipus Ampasu 50, seorang penduduk
Kg Kabintaluan Rundum

Oleh: GONOD SUNDA

LAWATAN Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak bagi julung kalinya ke Daerah Kecil Kemabong pada Khamis merupakan lawatan pertama kalinya selepas dilantik ke jawatan PM bagi kali ke-6 yang disifatkan banyak pihak khususnya rakyat Kemabong sebagai “ Misi PM menghancur harapan rakyat Kemabong” kerana impian mereka (rakyat) untuk menolak pemberian geran komunal sudah hancur lebur dan seterusnya menjadi debu.

Apa tidaknya jikalau Perdana Menteri sudah mengesahkan bahawa hanya geran komunal sahaja yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tanah bekas NCR yang suatu ketika dahulu menjadi kontroversi kerana tanah NCR itu berada dalam kawasan Hutan Simpan.

Mereka hanya berkesempatan bergembira seketika apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak pensabitan bersalah oleh Mahkamah Majistret Tenom terhadap 6 orang penduduk Kg Imahit beberapa bulan lalu kerana dituduh menceroboh kawasan Hutan Simpan, dimana alasan Hakim yang membicara semula rayuan ke enam enam tertuduh bahawa tanah yang mereka terokai dan duduki adalah hak mutlak mereka sebagai tanah adat atau NCR.

Sejurus beberapa bulan selepas itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman pula mengumumkan bahawa semua tanah tanah NCR yang berada dalam kawasan Hutan Simpan akan dikeluarkan menjadi “State land” sebelum ianya diberi kepada penduduk kampong yang berhak dengan syarat ianya berstatus geran komunal.

Titik tolak daripada itu, mulalah penduduk kampong khususnya kawasan kawasan yang terlibat dengan bekas tanah NCR berpaling muka sesama mereka bahawa apakah geran komunal itu selamat bagi mereka atau apakah mereka ibarat “ Terlepas dari mulut naga, masuk ke mulut buaya”.

Lantaran itu, ketibaan PM ke Kemabong dalam siri lawatan kerjanya dengan hanya membawa ole ole peruntukkan sekadar RM5.8 juta dimana pecahannya seperti berikut; Pembinaan Rumah Panjang/Rumah Kebudayaan sebanyak RM3 juta dan membaikpulih jalanraya sebanyak RM2.8 juta, adalah jelas bahawa urusan sebenar PM bukan lah untuk memberi peruntukkan pembangunan tetapi sekadar membantu Wakil Rakyat Kemabong untuk memberitahu rakyat bahawa geran komunal tetap dilaksanakan.

“ Bolehkah sejumlah peruntukkan yang diumumkan itu mampu menyelesaikan masalah pembangunan disini terutamanya jalanraya yang 70 peratus rosak teruk,” tanya Palipus Ampasu 50, seorang penduduk Kg Kabintalan Rundum.

PM bersama dif dif kehormat dibarisan hadapan astaka
“ Dalam ucapan PM itu kenapa balik balik Tanya hadirin yang hanya lebih kurang 10 ribu orang dengan bertanya bolehkah BN menang? Tapi jawapan sinis saja daripada hadirin…apa sebabnya itu? Tahu sama tahu sahaja lah kerana mungkin Najib selaku PM kerajaan BN adalah yang terakhir ketika ini,” tambah Palipus lagi.

Ramai rakyat Kemabong yang kecewa apabila secara tiba tiba PM mengumumkan pemberian geran komunal itu, sedangkan mereka masih menunggu rayuan yang difahamkan masih berada ditangan SUHAKAM yang sepatutnya Adun Kemabong  bertindak lebih rasional sebelum sesuatu keputusan mutlak terhadap perkara tersebut dengan mendahulukan hak rakyat yang menuntut tanah NCR.

3 comments:

  1. Jangan takut Aboi,Kayam -Ordinan Tanah Sabah cap.68(pekara 77) Geran Communal menerangkan bahawa pecah geran kpd N.T diboleh asalkan nama2 yg tersenarai didalam Geran Communal bersetuju!
    dan pekara 17-berkuat kuasa 16.01.1883 segala urusan2 tanah Anak Negeri di Sabah,adalah dilarang sesama sekali Orang Asing(Termasuk PM Najib)mencampuri!,kerja haram ini dibuat oleh Dtk Rubin Balang,Dtk Musa Aman dan Dtk Osman Jamal tidak tahu baca Ordinan Tanah Sabah.

    ReplyDelete
  2. Among the first things that the Chartered Company did during the initial stage of its administration was to introduce a series of laws and regulations relating to land issues. Until 1913, all the land laws were issued as Land Proclamations, each with the effect and ingredients of a proper land law. In promulgating these land laws and their subsequent amendments, the Company adhered as best it could to the various articles of the Royal Charter granted to the Company by the British Government in November 1881, particularly on issues pertaining to the welfare and rights of the natives. In general, the statutory law introduced by the Company recognized the position of native customs and native rights to communal lands. Among the first laws introduced by the Chartered Company were the Land Proclamations of 1881 and 1889. These, especially the 1889 edition, emphasized the protection of native rights to lands; it stipulated that "before any title-deed to land could be issued to a European the chiefs had to be informed of the area under consideration and the headmen or chiefs had to be shown the surveying marks erected for their information.

    ReplyDelete
  3. Komen drp Anonymous-04/07/2011 memang betul,yg berkuasa menentukan tanah adat adalah Ketua Kampung (Section 13 Land Ordinance bab 68) bukanya Pengarah Tanah atau Ketua Menteri!Tetapi jangan saja Ketua Kampung makan rasuah drp individu dan syarikat2 besar drp Malaya! fasal tidak cukup makan!

    ReplyDelete