PENJELASAN Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun yang turut memegang potfolio Pelajaran, dalam media tempatan; memang tepat dan kena pada tempatnya kerana selama ini para pemimpin di Sabah dalam genggaman dan jajahan takluk minda pemimpin Kuala Lumpur, terutama pemimpin UMNO.
Rakyat Sabah tidak punya kuasa penentu, pemimpin BN seolah-olah dipasung dan dicucuk hidung seperti kerbau. Jika melawan atau menyuarakan hak mereka akan dianggap menderhaka dan disentap turun dengan ganas; sebagaimana yang terjadi kepada Allahyarham Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Tan Sri Harris Salleh dan juga Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Sikap pemimpin ‘Besar Mulut’ seperti Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Puad Zarkashi yang berjubah BN menjual maruah rakyat Sabah seolah-olah mereka ‘Dewa’ yang perlu disembah dan tempat meminta-minta.
Masa untuk membohongi rakyat Sabah sudah lama berlalu dan sepatutnya pemimpin Persekutuan, tidak kira apa juga jawatan, sedar diri bahawa tanah yang mereka pijak mempunyai ‘tuan’ dan tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh dan membuang najis sesuka hati.
Pernahkah Puad terfikir bagaimana murid-murid di Sabah dapat maju dalam pelajaran sedangkan semua guru yang dihantar ke Sabah baru keluar daripada makmal dan langsung tidak berpengalaman. Apabila mereka sudah mahir, mereka ditukarkan kembali ke Semenanjung dan Sabah terus menerima ‘bahan mentah’ yang terpaksa dimasak lagi selama beberapa tahun sebelum mahir dan begitulah seterusnya.
Janji Puad untuk menyelesaikan isu GSTT mungkin tidak seteruk janji untuk memenggal lehernya demi untuk menunjukkan bahawa beliau pemimpin agung yang sanggup mengorbankan diri untuk rakyat jika BN gagal tunai janji.
Sebaiknya, Puad tidak lagi menjejakkan kaki ke Sabah jika hanya menjual ‘sup lidah’ di Sabah terutama kegagalan Puad memastikan guru terlatih di Sabah diberikan peluang kenaikan pangkat, terutama ke jawatan Guru Besar, Pengetua atau Guru Penolong Kanan atau Guru Pakar.
Tidakkah Puad malu menghantar lebih 250 orang Juruteknik Komputer yang hanya berkelulusan SPM daripada Semenanjung dan puluhan ribu guru daripada Semenanjung Malaysia sehingga menafikan hak rakyat Sabah untuk berbakti kepada negeri mereka sendiri.
Puad telah membunuh jiwa para guru di Sabah dengan merendahkan martabat mereka dalam isu GSTT dan kelayakan menjadi guru, sedangkan rakyat Sabah bukan lagi bercawat atau tinggal di atas pokok.
Salam Hormat,
YB Datuk Eric Majimbun
Guru Sabah patut berkhidmat di Sabah!
ReplyDeleteJika benar Puad bersikap seperti itu, dia harus sedar dan memperbaiki diri untuk memastikan penerimaan rakyat terhadapnya.
ReplyDeleteKena komplen baru buat bulan Ogos. Jika semua pun diam2 tak dah la bulan Ogas tu. Tapi kita tunggu bulan Ogos tu ada atau tiada.
ReplyDeleteSudah buat janji tu, pandai2 la tepati pada masa yg ditetapkan....kalau tak dapat tepati pun, inform la dengan2 pihak2 yg berkenaan, jgn diam2 buat orang tertunggu2 pula...
ReplyDeletesetiap janji yang diberikan perlulah dipenuhi. setiap kritikan harus juga diterima dengan positif untuk memperbaiki diri.
ReplyDeletejanganlah suka bercakap besar jika janji itu tidak dapat ditunaikan.
ReplyDeleteTruthfulness has never been counted among the political virtues, and lies have always been regarded as justifiable tools in political dealings.
ReplyDeleteSetiap orang ada kelemahan mereka masing-masing. Jadi janji yang diberikan pastikan mudah untuk dilaksanakan. Bukan janji dimulut saja.
ReplyDeleteDatuk Masidi memang seorang yang berani bersuara untuk kebaikkan rakyat. Teruskan usaha itu Datuk!
ReplyDeleteItulah lain kali kena perjelaskan seawal yang mungkin. Jangan tunggu sehingga orang lain tertanya2 barulah sibuk untuk menjelaskan.
ReplyDeletejika masidi ada tontolo, sudah dia keluar umno. Bukan kelmarin saja berlaku pemimpin malaya buat bodoh tentang pembangunan di Sabah.
ReplyDeleteSudah UMNO kalah baru keluar.Sekarang ni 'enjoy' dulu lah jadi menteri.
ReplyDeletePuad telah menipu rakyat sabah..kalau dia datang di sabah, patut dipenggal saja kepalanya kerana itu jaminan dia..
ReplyDeleterakyat tidak perlukan pemimpin yang bermulut besar..kerana yang bermulut besar ini selalu menipu rakyat..yang penting poket gemuk dengan duit rakyat.
ReplyDeletesabah berhak menentukan pembangunannya sendiri..
ReplyDeleteSudah tiba masanya rakyat Sabah membangkit menuntut hak wajib dan bukan setakat memgemis simpati dari Semenanjung.
ReplyDeleteI applaud Dato Masidi for his courage to stand up and voice out.
ReplyDeleteWhatever promises that were made to the people must be fulfilled. Don't ever let the people down.
ReplyDeleteMutu pelajaran Sabah terutamanya kawasan pendalaman dikira rendah. Pemimpin tempatan harus berani menuntut hak anak tempatan diberi didikan yang lebih bermutu setanding KL.
ReplyDeleteJanji mesti ditunaikan, jika tidak nama itu akan dikutuk selamanya.
ReplyDeleteRakyat Sabah suka dengan janji. Janji demi janji, walau setakat janji. Tidak pernha boring.
ReplyDeleteBukan mereka tidak mahu menunaikan janji mereka, cuma mereka mudah lupa. Lupa janji, lupa tanggungjawp, lupa amanah, lupa Tuhan.
ReplyDeleteMenyediakan kemudahan awam seperti sekolah adalah tanggungjawap sabuah kerajaan demokrasi.
ReplyDeleteGagal berbuat demikian bermakna mereka gagal menunaikan amanah dan tanggungjawap mereka.
Pilih kerajaan yang mampu menyediakan kemudahan persekolahan kepada semua kawasan.
ReplyDeletejgnlah membuat janji jika tak mampu menunaikannuya.
ReplyDeleteNo offense to others but 'Melayu mudah lupa' is suitable for Puad. Be responsible, don't be a snob.
ReplyDeleteOnce you have made your promise, fulfill it. You put hope on other people, don't upset them.
ReplyDeleteconfirm malu suda tu si Puad.. lepas ni dia diam2 saja tu..
ReplyDeletewujudkan kembali BIASASIWA ANAK NEGERI untuk bantu anak-anak negeri di pedalaman,jangan lantik banyak2 WKAN,KAN,KETUA DAERAH-membazir bayar gaji mereka ini! bukan banyak kes sangat! Kes Rogol & mencuri urusan civil kes,Polis sudah,cuma mereka urusan kawin dan cerai saja!Urusan kes tanah adat Pengarah Tanah dan Ketua menteri ambil alih sudah!
ReplyDeletemereka ini boneka politik saja! lain hal zaman colonial OKK betul2 buat kerja dan disegani British!
selagi tidak ada tindakan diperingkat persekutuan, selagi itu isu ini akan sentiasa dimain2kan oleh pihak tertentu... sebelum isu ini memberikan impak yang lebih besar kepada kerajaan, baik bertindak lebih awal.
ReplyDelete