Biou Suyan |
Oleh: Mail Mathew
KEMABONG: Ketua Bahagian United Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Orginazation (UPKO) Tenom Biou Suyan (gambar), menolak saranan mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh baru baru ini yang meminta Tan Sri Dompok letak jawatan hanya kerana mengkritik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara terbuka disifatkannya sebagai tidak berasas malah tidak masuk akal.
Harris mendakwa, Tan Sri Dompok dan Menteri Menteri Persekutuan yang lain harus meletakkan jawatan kerana cenderung mencari kesalahan jentera kerajaan dan menyalahkannya seolah olah ianya tidak menyokong konsep itu dan tidak bertanggung jawab bersama.
Biou menegaskan, tindakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok pada baru baru ini adalah sesuai dan relevan kerana sudah terdapat bukti bahawa angkara JPN lah yang menjadi punca masalah SPR sehingga ianya terkait dengan cemuhan rakyat yang tidak berpuas hati dengan ketelusan beberapa pilihanraya sebelum ini.
“ Adalah amat mengecewakan jika sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan sekarang tidak membenarkan seseorang Menteri dan Wakil Rakyat mengkritik agensi kerajaan yang melakukan kesilapan sehingga mencetuskan kepincangan sistem,” kata Biou dalam satu kenyataan disini pada Khamis.
“ Banyak kerusakan akan berlaku terhadap sistem pentadbiran Negara ini jika amalan “yesman” atau memberi sokongan membabi buta terus terusan diamalkan. Rakyat mahu melihat ada pro dan kontranya,” tambah Biou.
Dalam pada itu, berhubung pemberian Kad Pengenalan (KP) kepada rakyat asing (PATI), Biou turut mengaitkan JPN sebagai dalang kepada lambakan pengeluaran KP beratus ribu jumlahnya melalui “Pintu belakang” yang kemudiannya mendaftar sebagai pengundi disesuatu kawasan pilihanraya Dun atau Parlimen.
“ Disebabkan gejala sebegini berlaku, maka SPR menjadi sasaran cemuhan rakyat kononnya ada pengundi hantu dan sebagainya, sebaliknya ia dilakukan oleh sekumpulan manusia yang mahu merosakkan sistem yang betul dan adil,” kata Biou lagi.
Ekoran ketidak pastian itu tegas Biou, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing dalam sidang Parlimen yang lalu ada mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian KP kepada PATI yang dianggarkan lebih kurang 600,000 jumlah pemegangnya.
Namun tegasnya, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak cadangan itu walaupun data data yang dikehendaki telah lengkap disediakan oleh wakil rakyat terbabit dengan tidak memberitahu dengan sejelas jelasnya alasan penolakkan itu.
Sehubungan itu, Biou turut mengajak mantan Ketua Menteri Sabah itu agar turut sama berganding bahu untuk memperbaiki sistem kerajaan yang kini bercelaru khususnya JPN supaya ianya benar benar berada dilandasan yang betul, adil dan telus.
Dompok hnya memberikan pandangannya mengenai JPN. hal ini tak perlulah nak diperbesarkan.
ReplyDeleterasanya tak salah Dompok membuat kritikan. sekurang-kurangnya pihak JPN sedar akan kelemahannya.
ReplyDeletesetuju..Dompok tidak perlu meletakkan jawatan...masih banyak tugas yang perlu beliau lakukan.
ReplyDeleteharris salleh apa tau..dia takut bah tu...mungkin pasal dia pun terlibat sama menjadi agen2 PATI.
ReplyDeletejika bukan pemimpin yang menyuarakan, siapa lagi? sedangkan suara rakyat pun tidak didengar maka harapan pada pemimpin lah..
ReplyDeletezaman BERJAYA sudah tamat...harris tidak payahlah cuba2 mahu masuk semula dalam dunia politik..lagipun si harris salleh adalah pengkhianat negeri sabah kerana memberikan labuan kepada persekutuan untuk memenuhi kepentingan politik beliau pada masa beliau menjadi KM sabah.
ReplyDeletenasihat kepada harris salleh,
ReplyDeletekalau sudah jadi mantan tu, tidak payah lah bising2..kau bising macam mana pun, kau tetap pengkhianat..
“ Banyak kerusakan akan berlaku terhadap sistem pentadbiran Negara ini jika amalan “yesman” atau memberi sokongan membabi buta terus terusan diamalkan. Rakyat mahu melihat ada pro dan kontranya,” tambah Biou.
ReplyDeleteKenyataan di atas memang betul.
sebelum dipaksa letak jawatan, siasat dulu jika kenyataan Dompok itu betul atau keterlaluan.
ReplyDeleteUPKO ini di tubuhkan untuk apa? Untuk kasi jawatan dan kekayaan kepada pemimpin ka atau untuk membela rakyat Sabah khasnya KDM?
ReplyDeletekalau sudah rasa rakyat tempatan dianayai dan UPKO pula terpaksa 'zip' mulut berasaskan semangat setiakawan dalam BN maka patut mengundur diri dan keluar saja untuk membolehkan ia meneruskan perjuangan politik nya.
Kalau mahu relevan lagi di hati rakyat UPKO patut berfikir panjang dan menilai status nya dalam BN.Jangan ingat jawatan saja.Ingat tak Bernard Dompok kalah dalam pilihanraya negeri walaupun memegang jawatan CM.Mahu sekali lagi?
kenapa kerajaan tak tubuhkan sahaja Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian KP kepada PATI yang dianggarkan lebih kurang 600,000 jumlah pemegangnya?
ReplyDeleteSoal letak jawatan tu biarlah Dompok yang tentukan.
ReplyDeleteSekarang ni ada saja hal yang timbul. Saya harap rakyat akan membuat penilaian yang teliti dan lakukan apa yang sepatutnya.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeletekira bagus la jika para menteri berani mengkritik jentera kerajaan.. nanti kalau diam membisu macam2 pula yang keluar dari mulut Haris..
ReplyDeleteTan Sri Dompok melakukan semua ini atas tindakkan sesetengah orang yang menyebabkan IC Palsu Berlaku. Mungkin Harris juga tahu perkara ini.
ReplyDeleteBenar itu, Harrislah pemusnah negeri Sabah. Sabah mengalami kerugian atas keputusan Harris sebelum ini. Tan sri Dompok cuba mempertahankan kepentingan negeri ini.
ReplyDeleteWho is this Harris, the destroyer of sabah to ask Dompok to resign???!I'm sure there are more people siding Dompok than Harris.
ReplyDeletekenapa pula harris suru ltak jwtan...x releven..mmg wajarlh Dompok tegur JPN...memang wajar pemimpin tegur kesilapan mana2 jbatan...Dompok ada hak..law Hariss marah pn,xkn samapi suru Dompok resign...
ReplyDelete